Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 10 April 2022

Curious Cat

Korang tau tak ada 1 apps yang korang boleh tanya any questions anonymously? Sejak aku ada blog, ramai jugak la emel aku tanya itu dan ini. So aku create satu akaun Curious Cat if korang ada apa-apa nak tanya tapi segan nak aku tau siapa korang. You can freely ask about anything, pasal kehidupan ke PTD ke apa ke. InshaAllah aku cuba jawab yang mana dalam pengetahuan aku (bila ada masa) hehe.

So here is my link:


If korang tak kisah nak emel, I don't have any issue with that too. Let's enjoy life to the fullest, stay positive and be happy! 😋

*please refer 👇 for any new post.

Monday, 9 December 2019

Bali - Where to?

Pantai Seminyak dan Pantai Kuta

Hari kedua kitorang pergi sini je. Sampai Seminyak time tu pukul 3 petang rasanya. Ajenye gila, panas nak mampus! Pasir pun panas tapi omputeh relax je berjemur. Tapi sebab gigih nak bergambar sanggup ku membakar kulitku yang mulus ini bagai lilin membakar dirinya. Hahahahapo kau ni.

Sedapp tapi kena ketok. Ada ke setongkol 20k Rupiah. Jadah. Nasib sedap


Pemandangan dia dengan laut luas terbentang memang cantik and awesome. I'm in love with Bali Beaches. Saujana mata memandang. Aku nak mandi tapi Suami aku taknak layan. Merajukkkk. Haha. Pantai-pantai kat Bali memang sesuai untuk surfing. Aku idokle, surf internet aku terror, naik skateboard atas jalan rata pun terumbang ambing haha.

Dekat seminyak tenang sikit. Hotel-hotel dia pun nice mengadap pantai and nampak mewah.

Uluwatu Temple

Esoknya kitorang pergi Uluwatu Temple dan kat sini satu kejadian yang menyayat hati telah berlaku kepada aku. Nak masuk Uluwatu ni kena bayar 20k Rupiah/seorang. Memang cantik gila woi pemandangan dia, aku amazed gila sampai la bila terjadi.......

Aku tengah jalan-jalan sambil tak habis2 kagum, dengan sepantas kilat tetiba aku kena ragut! Oleh monyettt! Tau dia ragut apa? Bukan maruah tapi spek mata aku!! Bloody hell. Weh dia buat kerja macam terlatih, tak sampai sesaat hilang segalanya.

Suami aku try buat sistem barter by offered his shades instead sebab spek aku tu ada power!! Tapi dia pandai, dia nak ambil spek Suami aku tapi spek aku dia sorok belakang badan dia hahahhahahahahahanet betul perangai kau.

Negotiation tidak berjaya ye. Dia patahkan spek aku. Memang ada announcement jaga spek, topi etc tapi tak sangka aku yang jadi mangsa. Spek yang tengah pakai kot bukan atas kepala. Aku tengok ramai jugak la yang kena, so hati-hati la. Nasib baik dia ambil spek bukan handphone ke apa. Kalau handphone memang aku tolak dia jatuh gaung. Terus murung kejap sebab aku tak nampak apa. Tapi aku kena okay balik secepat mungkin sebab taknak spoil mood honeymoon kitorang.

Tak jadi tengok Kecak Dance sebab apa je aku nak tengok pun dah tak nampak. Nak tengok Kecak Dance kena beli tiket lain. Tengok laki aku je la dance dalam bilik hahahhaha.  Kitorang terus balik pergi cari lens. Aku dah la tak reti pakai lens, seksa weh sampai hari balik pakai lens. Beli lens pun dah 200k Rupiah. Sedihhh spek kena curi, kejap je boleh menikmati pemandangan yang indah.

Kena pergi lagi sebab hari tu tak dapat menikmati. Kan Suami kan? Hehe
Ada orang cerita monyet-monyet kat sana memang di train untuk mencuri. Cousin aku pernah kena curi kamera kat situ. Gila! So bila kena curi kita akan minta sami dia tolong minta balik kat monyet tu and bayar sikit dekat sami tu. Wallahualam. Time jadi tu takde sami pun kat tempat tu. So wassalam je la. Balik KL baru buat spek baru, melayang RM600. Siap kat akhirat aku tuntut balik. Eh? Haha

Waterblow Benoa, Badung

Yang ni pergi hari Khamis. Bali memang dikelilingi laut yang Subhanallah breathtaking gila pemandangan dia. Memang sakan bergambar la cerita dia. Jalan nak datang sini pun tenang gila, I mean bila dah masuk compound dia. Ibarat taman-taman syurga di dunia. Haha exaggerated.

Acececece

Mengadap gunung apa aku tak tahu. Tapi cantik kan? Kan?

Air dia jernih sangat! Geram! Rasa nak turun tapi tak boleh.
Memang layan duduk sini. Tenang je. Ada jugak 2-3 hotel and resort dekat sini. Kalau nak ketenangan boleh lepak sini. Ada satu hotel tu kolam renang dia berdepan dengan pemandangan laut. Perghhh layannnn.

Tanah Lot Temple

Yes sini pun laut haha. Kitorang memang datang untuk sightseeing je kali ni. Sebenarnya kat Bali ni banyak aktiviti adventure korang boleh buat, nak taknak je. Masuk Tanah Lot ni tak silap aku 40k Rupiah sorang. Patutnya tourist 60k tak silap tapi sebab muka kitorang ni buat dia confused orang Indonesia ke Australia ni (Kahhhh!) so dia bagi diskaun sikit. Tak silap aku kalau penduduk tempatan lagi murah tiket dia.




Aku tak pernah doa untuk dapat laki yang pandai ambil gambar. Sekali ada dalam pakej la, kira bonus da ni hahaha. Thank you Suami gigih ambilkan gambar cun-cun hehe
Discovery Shopping Mall & Pantai Kuta

Sebab tema bercuti kali ni adalah mereput, so dah lepas Asar kot baru keluar hari Sabtu tu. Itupun pergi mall je makan A&W haha. Tapiiii belakang mall tu ada Pantai Kuta. Lepas makan kitorang lepak situ tunggu sunset. Perghhh cantik dan asyik sungguh layan perasaan kat situ, rasa in love sangat dengan pemandangan, eh eh dengan Suami haha. Sebelum tu dah terkinja-kinja tangkap gambar hehe. Nah tengok satu, tak boleh upload banyal-banyak nanti korang jeles haha.

Cantik ke idok wehhh? Kat sana kitorang ambil gambar pakai Iphone XS Max dengan Action Camera Olympus.
Sebelum pergi sempat beli tripod RM69 sekali dengan remote bluetooth. Memang sakan la bergambar plus Suami aku rajin melayan and suruh posing haha. Berbaloi-baloi sebab tengok movie pun guna tripod as holder haha

Tegenungan Waterfall - Kintamani - Tegalalang Rice Terrace

Hari Ahad adalah hari terakhir berjimba and perjalanan paling panjang kitorang tempuh naik motor. Perjalanan dah nak sampai Ubud and dari Ubud ke Kintamani memang layannnnn sebab kawasan kampung and Kintamani kawasan pergunungan. Dari Legian ke Kintamani 75km one way haha. At first kitorang tak plan pun nak pergi Kintamani tapi tu la, Allah sebaik-baik perancang haha

Time gerak ke Tegenungan tu dah nak pukul 12 kot hahaha jadah betul. Dah la tak breakfast. Nak turun ke kawasan waterfall tu jauh ok, ada tangga jangan risau. Dengan panasnya. Ramai gila orang. Nak masuk kena bayar 20k Rupiah. Sekarang dekat Bali kan tengah in tangkap gambar atas buaian, so kat situ je ada 2-3 rasanya. Time turun tangga ok time naik fuhhh aku terus dizzy sebab tak makan and panas gila. Sampai atas terus minum air redbull terus bertenanga umpama seladang haha podaaa.

Tak pakai spek sebab apa kawan2? Sebab monyet curiii! Yeayy 🙄
Lepas tu nak gerak pergi next destination yang tak decide lagi time tu haha tapi tetiba line takde. Suami aku kata jom lunch dekat Kintamani. Dari situ nak ke Kintamani lebih kurang 43km lagi. Aku on je. Sementara takde line Suami aku ikut signboard. Dah nak berhenti tanya kedai telefon kenapa takde line tetiba ada balik hahaha binawe betul.

So kitorang teruskan perjalanan. Sakit la jugak pinggang tapi ok je sebab cuaca nyaman and jalan kampung. Sampai memang terus lunch mengadap gunung Kintamani Volcano. Harga lunch 70k Rupiah/ sorang and buffet dekat Restoran Grand Puncak Sari. Tapi aku tak makan banyak pun, tak selera sangat lagi selera tengok pemandangan. 
Ish rinduuu!


On the way balik kitorang singgah the famous Tegalalang Rice Terrace. Kena bayar 20k sorang tak silap aku. Dekat Bali ni semua kena bayar and tiap kali parking pun kena bayar, rate 1-3k Rupiah sekali parking. 
Time ni dah flat gila. Kitorang dah tak larat nak turun jauh2. Depan kitorang tu tiang buaian hahaha. Tak lama pun lepak sini.
Dari sini nak ke Legian lagi 30km macam tu. Sampai Legian solat dulu dekat Masjid and Suami aku ajak pergi Krisna Souvenier Shop. Memang besar kedai souvenier ni. Macam2 ada, baju, makanan, tshirt, keychain. Boleh la pergi kalau nak cari souvenier.

Malam last tu kitorang jalan-jalan area hotel je nak menghabiskan Rupiah haha. Ada la aku beli sekeping dua souveniers untuk diri sendiri sebagai kenangan. Kitorang beli shades, nego harga gila-gila punya haha. Memula harga dua shades dia letak 400k Rupiah. Eh memang tak laa. Tawar punya tawar dapat 150k je untuk dua. Sampai Malaysia bawa pergi kedai spek sebab aku nak tukar lens ada power, dia ingat Rayban Bali aku original weh hahaha. So conclusion nya, nak beli barang kat sana sila nego habis-habisan. Tapi ada je seller yang sombong, so banyakkan survey untuk elak ditipu hehe.

Tu je la tempat kitorang menjelajah, santai-santai je. Hari Isnin kitorang balik KL dengan penuh kesyahduan sebab malasnya nak keje woiiii! Haha. Total damage termasuk hotel, flight semua untuk dua orang less than RM2k. Ok la kan? 8 hari kotttt hahaha.

Tuesday, 3 December 2019

Bali [Honeymoon 1.0]

Wah gitu dah pandai honeymoon sekarang, siap ada 1.0 sebab aku target nak sampai 191019.0 haaahhh kauu! Hahaha. I try to make it as simple as I can, kalau panjang sangat kita split kepada 2 atau 3 entri ok Beron? Ahhh I miss Bali so much, or maybe I miss the moments with my love instead? Hmm let me discover it later. Honeymoon aku takde sweet2 ye, kitorang buat ala-ala backpackers je hehe.

Kitorang kat sana 8 hari ok, freaking 8 days! Haha. Bapak lama kan but still aku tak berapa faham bahasa dorang. Kitorang stay dekat Legian. Legian memang havoc dengan kelab-kelab malam dan manusia-manusia separuh bogel. Ya Allah zina mata betul haha. Sebab Bali adalah daerah yang majoritinya beragama Hindu, kat sana amatlah mudah nak dapat Babi Guling, setiap 100m ada kedai dia haha. Kat sana banyak jugak patung-patung besar, dewa mereka agaknya.

Makanan halal ada jangan risau tapi kena berusaha sikit cari. Kat sana hari-hari aku makan nasi kosong, ayam goreng dengan sambal dia. Time tu rindu gila tomyam huaaaaa haha. Makan agak caca marba kat sana, ada time tu kitorang pergi beli fastfood je dekat IndoMart dia. Kalau pergi sana korang boleh try 1 restoran ni nama Ayam Tulang Lunak, sedapppp. Serius tulang dia lembut gila macam tulang ikan sardin dalam tin haha. Ada je kitorang makan McD, A&W dan Burger King. McD Indonesia tak sedap haha. Jangan risau, semua tu halal.

Flight
Macam biasa mestilah Air Asia pilihan utama rakyat marhaen sepertiku haha. Harga pergi balik untuk 2 orang termasuk luggage around RM700 jugak la. Luggage memang ambil untuk sorang je. Makanan atas flight baru beli. Perjalanan around 3 jam. Time balik best sebab dapat naik airbus, leg room besar la sikit kan. Aku download movies siap2 dekat Netflix lepas tu enjoy movie dengan Suami. Hikhikhik. Kau apehal gelak gedik naww? Tampar tau la.

Airport Transfer
Aku suggest kalau airport transfer baik kau book guna apps Klook siap2. Macam aku dah sampai sana baru terfikir hahhahaha binawe. Aku kena dari airport ke hotel 150k Rupiah, lebih kurang RM45 padahal kat Klook boleh dapat RM30 je. dalam 10km je pun airport - hotel tu. So jadi pengguna yang bijak ye kawan2. 

Hotel
Kitorang menginap dekat Maxi Spa and Hotel, Legian. Murah je, 7 malam dalam RM550. Husband aku yang suggest duduk situ sebab dia pernah stay situ beberapa tahun yang lepas. Bilik dia memang besar tapi bilik air dia walaupun luas tapi tak memuaskan hati aku, macam tak mantain. Aku pantang sikit bab bilik air ni, cuci bilik air adalah hobi aku wah gitu haha. Tapi survive je 8 hari kat situ.Time husband aku stay beberapa tahun lepas tiptop katanya. Hmm sayang. Swimming pool dia pun kecik je and tak berapa mantain jugak. Tapi Wifi laju, tu yang penting nak upload story IG hehe.

Aku suka bilik tu sebab ada balkoni yang luas. Dia siap bagi penyidai baju so memang aku basuh baju kat sana and sidai kat balkoni. Bali panas yakmatmat tapi sidai baju susah nak kering sebab dia tak windy. Panas yang terik pulak tu. Burn I nyah.

Lokasi dia memang easy access kepada semua kelab malam dan kedai2 jual segala macam souveniers. Most of the nights, we walked along the road watching people with variety of behaviours. Kebanyakan pelancong Bali adalah dari Australia. Night life kat Legian memang happening and sesak especially weekend.

Transport 
Kitorang tak ambil supir instead we rented motorcycle. 1 week for 350k Rupiah. Cheap right? Kitorang cari dekat website, then deal via whatsapp tup tup sampai depan pintu hotel, bukan pintu bilik amboi melampau, with free charge of delivery.

Memang berbaloi sewa motor kat sana sebab kat sana macet yang amat tapi tak seteruk Jakarta. Aku tengok sistem jalan kat sana agak caca marba haha. Standard Malaysia kalau ada simpang, paling banyak pun 4 kot, kalau kat sana 8 kot! Haha. Pening aku tengok waze, ada la sekali 2 salah simpang haha. Kalau naik kereta memang rugi masa atas jalan je. 20km sejam baru sampai. Hapooo??!

Total kitorang habis untuk minyak dalam masa 8 hari tu around RM15 je. Tu pun sebab Suami aku kerjanya nak isi minyak je, pantang jumpa stesen nak berhenti, hobi ke apa entah tak tau. Aku perati je pe'el dia haha. Sampai aku yang tak bagi dia berhenti.

Kat sana hon menghon memang amalan yang mulia ye. Bukan macam kat Malaysia hon tu tanda marah. Hon kat sana macam isyarat nak bagitau kita nak potong or keluar simpang. Suami aku suka main hon 😕 Kalau kat Malaysia aku marah dia hon suka2, kat sana aku biarkan je. Lepaskanlah gianmu, lepaskanlahhh haha.

Oh ada sekali tu kitorang kena tahan dengan pak polisi masa roadblock. Takde apa pun dia just check insurans, roadtax and lesen. Tunjuk je lesen Malaysia kita. Time tu dia tahan semua tourists je. Ingatkan kitorang lepas sebab muka jawo-jawo sikit kan tapi sangkaan aku meleset maybe sebenarnya muka kitorang macam pan asian ke pan kuali? Hahaha.

Paling jauh kitorang travel pergi balik dalam 1 hari dalam 140km. Wahhhhhh kauu! Macam tak percaya kan? It's worth it! Nasib baik tak mengalami sakit pinggang yang kronik. Hari balik kitorang pergi airport naik motor je and park kat sana nanti orang tu ambil. Jimattt. Kau bayangkan aku riba luggage 17kg sepanjang 10km haha. Tapi okay je sebab aku kan tough haha. 

Simkad
Kalau nak beli simkad sila cari kedai tepi jalan ye, wayyy murah dari airport and kedai2 beraircond ni. Kitorang beli simkad SIMPATI, 6gb 65k Rupiah, memang solely untuk data sebab nak waze je pun.



Kalau pergi Indonesia please beli keropok-keropok ni, sedap namateyy. Kadang-kadang kitorang breakfast keropok je. Percutian lama kan so santai sikit, tiap hari bangun pukul 10-11 pagi wakaka. Subuh sana awal dalam pukul 4 lebih dah rasa nak bangun sahur. Cerah pun awal dalam pukul 6 cerah dah. So kitorang bangun tu memang matahari tengah menari-nari la. Haha

Eh tempat-tempat yang aku pergi aku update next post la. Panjang pulak rasa. Doakan aku ada masa nak update. Gitchuuu. 

Tuesday, 26 November 2019

Persediaan (kewangan) sebelum kahwin - Walimatul Urus

Kalau sape yang dah lama baca blog aku, tau yang aku memang nak perkahwinan yang simple je. But atas sebab dilahirkan di Asia or to be specified in Malaysia, negotiation itu jarang berjaya antara mak dan anak. Haha. It depends, macam Ayah aku tak kisah bab ni tapi Mak aku kesahhh. Macam kawan aku, ayah dia kisah, mak dia chill2 je.

Apa yang aku prepare ni adalah yang paling minimum aku boleh nego haha.

1. Jemputan

Jemputan penting ye untuk menentukan segalanya. Aku memula nak jemput 200pax je hahahaha. Tapi amatlah mustahil ye untuk dibenarkan. So up sikit jadi 500pax, pun disergahhh haha. Last sekali aku redho jadi 900pax.

2. Katering

Ni Mak aku uruskan. Mak aku ambil orang Parit Buntar tak silap. Dekat Perak masih dapat ye RM7-8/pax. Alhamdulillah. Murah ke idokkkk? Ok sila kahwin kat Perak or kahwin dengan orang Perak. But sorry, aku dah tak available. Eh? Haha. Katering ni tak silap aku bagi makanan pengantin free. Makanan dia sedap la, takde la sedap gila tapi sedap. Daging lembut jee. Aku tak makan sangat, tak berapa nak selera hehe.

Mak aku ada buat makanan sampingan lain. Laksa off course ada, orang kuale kan. Laksa semangkok dia charge dalam RM1.20 tak silap. Lepas tu Mak aku tempah kuah rojak, buah potong sendiri. Hehe. Macam-macam lagi la yang dia buat. Buat cookies la, beli kerepek la yang aku tak rasa pun haha. 

3. Baju Pengantin

Ok baju aku beli siap. RM260 sekali veil and crown hahaha. Murah kann? Selagi boleh jimat aku jimat. Koser nak pakai beberapa jam nak beli / sewa mahal2. Tapi depends pada citarasa dan kewangan masing-masing. Kahwin sekali seumur hidup kan? Up to you. Macam aku memang tak ambil pusing benda2 remeh macam ni. Kasut aku beli dekat Vincci. RM90. Aku rasa aku pakai kasut tu 2x je, nikah and kenduri haha. Aku nak jual la balik baju and kasut. Mur2 je, nanti aku jual dekat Carousell haha. 

4. Make-up

Memula aku taknak amek makeup nak makeup sendiri. Wah itulah Nadiah, sangat konfiden dengan diri sendiri haha. Tapi fikir balik make up yang aku ada ni boleh tahan 2-3 jam and luntur haha. So takpelah invest sikit so takde la orang datang kecam Suami aku, eh desanya wajah bini dia. Haha. Aku amek make up harga RM350 sekali transport siap styling (pakaikan veil and crown). 

Bagi aku yang 1st timer ni, make up dia best sebab tak rasa heavy. Aku pakai spek time kahwin so aku tak pakai fake eye lashes. And make up dia tak crack sampai pukul 4 petang, tu pun aku cuci sebab nak Zohor. Amboi diaa Zohor last minute.

IG MUA: suziana.temizer.muaipoh

5. Photobooth & Meja Makan Pengantin

Aku takde pelamin sebab takde pun nak renjis2 ni. So aku just sewa photobooth and deco meja pengantin dekat Butik Emerald Impian Kuala Kangsar. Dua tu RM1000.00. Gulp. Memula taknak sewa photobooth tapi Mak aku nak, so layankan je. Lepas tu sian pulak kalau orang datang takde tempat bergambar kan. Takkan aku pulak nak jadi backdrop haha.

6. Tempat kenduri

Ok ni pun Mak Ayah aku yang settle kan. Ada open hall sebelah masjid kampung aku, dorang baru buat. Kira aku orang ke 4 or 5 kenduri dekat situ. Sebab Ayah aku jemaah masjid, dapat sewa RM550 sekali meja kerusi. Kalau bukan jemaah RM1k jugak tak silap. Tempat dia ok sebab sebelah masjid, barokah gituu haha. And tempat park pun seluas kampung tu haha. Kalau buat dekat rumah aku sempit weh siap dapat pakej kena hiking sebab rumah aku atas bukit sikit. Dah kena maki aku nanti, parking pun susah, rumah kampung kan haha.

Mak aku ada sewa 2 extra khemah jugak. Untuk catering 1 khemah. Total untuk part ni je dalam RM1k

7. Goodies

Goodies pun Mak aku settle kan, aku tukang ambil je. Mak aku tempah cookies. Then aku beli ziplock paper bag tu  dekat Shoppee dalam RM200 untuk 600 keping. Cookies tu tak ingat pulak harga. Dah, settle, tak payah pening haha. Name Shoppee: parcelwish. Seller ni very recommended, aku memula salah beli size, nak tukar size senang je tak banyak songeh. Hantar pun cepat gila.


Ada jugak cookies yang mak aku bake sendiri. Of course la yang Mak aku baked lagi sedap. Thank you Mak. I love youu hehe.

8. Kad Kahwin

Ni aku tempah online jugak. Cari dekat shoppee tapi deal semua via whatsapp. Aku tak tempah kad banyak pun, dalam 200 keping je, nak bagi dekat orang2 kampung je. Yang lain bagi guna whatsapp je ye dok. Jimatt.
Aku ambil style gini je. 200 keping RM80. Hahaha murah dan versatile kan? Haha. 
Cara bungkus pun nice. Bagi aku la 

9. Inai

Memula aku malas pakai inai then Husband aku macam hint nak aku pakai haha. Aku dah beli inai serbuk tapi takde sape nak pakaikan sebab taknak merahkan tangan hahahampeh. So adik aku nak sponsor servis orang datang rumah. Hapooo. Patut sponsor la semua orang sekali. Aku pakai dekat jari tangan je.

Ulala tak? hahaha

Aku tak suka sangat inai tu sebab dia pewarna. Time pakai memang kaler merah pekat tapi bila nak hilang tu jadi buruk gila. Aku lagi prefer inai daun tapi rumah aku daun kari je ada haha. Aku buat macam tu untuk 2 tangan RM30. Yang ukir2 tu lagi murah tapi Husband aku tak bagi buat kakaka. Kena la ikut cakap suami kan, dah nak wawasan 2020 dah. *tetiba *takdekaitan hahaha.

IG Inai Kuala Kangsar: henna_touchbybella

Roughly itu je la. Photographer, DJ semua aku tak ambil haha. Alhamdulillah everything went well. Special thank you to my parents sebab bersusah payah untuk jayakan majlis ni. Ikutkan aku malas nak buat hahahha. Aku literally did nothing for my reception hoho. Fuh lega dah lepas semua ni. Sekarang tinggal nak fokus pada kehidupan dan menghasilkan anak. Eh? Hahahhahaha Kbye. 

Wednesday, 20 November 2019

Jakarta - Bandung

Hari tu aku pergi Jakarta ada urusan sikit. Tapi dah alang2 kat sana, aku pun stay la beberapa hari sebab hari 1st sampai pun dah malam. Esoknya selesaikan urusan. Ahad baru berjalan and decide pergi Thamrin City.

Kesesakan memang musuh utama aku, tak kira la orang ke kereta ke kesesakan otak ke. So Jakarta is a no no city for me. Kalau takde hal aku tak nak dah jejak kaki kat sana. Sampai je Thamrin City terus makan lepas tu jalan sikit-sikit and memang tak beli apa sebab serabut orang ramai lepas tu terus balik. Aku kalau serabut terus hilang mood.

Aku stay kat Pluit, 30-40 minit jugak dari Tanah Abang punya area tu. Kat sana aku guna perkhidmatan Apps BlueBird je, dia macam Grab. Time memula sampai kat airport jenuh tunggu driver tak dapat-dapat sebab drivers busy. Tanya harga teksi airport semua cekik darah, 350k Rupiah.  Last-last rezeki dapat murah 195k Rupiah, boleh la naik ramai-ramai. Harga ni untuk MPV, kalau kereta sedan boleh murah lagi.

Then tetiba datang idea nak pergi Bandung sebab kawan aku yang stay sana kata 3 jam je perjalanan kalau tak macet. So plan nak pergi hari Isnin which is hari berkerja takkan jem pulak kan. Deal dengan supir semua, setuju gerak pukul 530am dari Jakarta.

3 jam kan konon? Berhenti makan sekali hadap jem nak keluar dari Jakarta, sampai Bandung pukul 11 lebih jugak la. What the hell. Kitorang pergi Bandung Barat je and terus ke Gunung Tangkuban Perahu (GTP). Dalam list ada 10 tempat nak pergi sekali sempat 1 je. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan haha.

Ok nak cerita sikit pasal GTP. Tiket masuk untuk foreigner 200k Rupiah seorang. Biasalah foreigner kan. Tapi kalau korang dapat supir yang bagus, dia akan suruh korang diam, dia yang arrange kan. Supir aku kali ni bukan tak bagus tapi dia pun 1st time pergi Bandung haha.

On the way naik akan bertembung dengan Kawah Domas. Aku pun berhenti kat situ ingat sekali dengan harga bawah rupanya kena bayar lain!! Aku tak ingat harga dia tapi dalam 70k Rupiah jugak rasanya sorang. Then kena jalan kaki 1.2km untuk sampai kawasan kawah tu. Jalan dia landai je, no worries.



Special nya Kawah Domas ni adalah kau boleh rendam kaki and masak telur dekat air panas dia. Dan cantik untuk bergambar. Tapi paling kena hati-hati dengan penjual and tukang urut kaki. Aku kena ketuk habis kat sana. Dah la aku pergi sana sehari sebelum balik, duit pun tinggal sepoi-sepoi bahasa.

Aku tengah rendam kaki tetiba datang sorang makcik ni amek kaki aku terus dia lumurkan dengan debu gunung berapi ke apa entah. Lepas tu dia urut-urut. Terkejut aku. Being a nicest girl, aku takde la rentap kaki aku sebab dia cakap elok-elok. Dah dalam 2-3 minit dia urut (bukan proper urut pun,sapu-sapu gitu je), dia cakap kena charge 250k Rupiah. Gila apa. Aku mintak kurang dia tak bagi. Hansap betul. Nak taknak aku bayar la, malas nak buat scene dekat tempat orang. Tapi sumpah rasa tertipu and tak ikhlas pun aku bayar hoho. Sumpah tak berbaloi langsung. Murung kejap hoho.

Then korang kena hati-hati jugak dengan orang yang jual souveniers. Memang dorang ketuk habis. Keychain bodoh 10 biji 350k Rupiah. Memang tak la, gila apa. Kalau korang nak beli nego habis-habis and kalau taknak beli buat keras je. Dorang memang baik dengan kita, tolong ambil gambar la apa la. Tak suruh pun tapi dorang offer, ada udang di sebalik batu rupanya.

Aku beli jugak keychain sebab kesian. Tapiiiii aku nego dari 350k Rupiah jadi 50k Rupiah hahaha. Bijak tak aku? Cuba bab mengurut bodoh tu je aku tertipu. Dah la tak mintak consent. Haishh.

Dah habis kat sana baru naik atas lagi dekat GTP. Sini memang kau tak boleh turun dekat. Just tengok pemandangan je. Aku naik kuda, 50k Rupiah, worth it! Boleh cuba. Kalau naik 2x boleh dapat diskaun hehe. Kat sana pun ramai gila orang jual souvenier, pandai-pandai la korang nego/tepis.





Pemandangan memang cantik and rezeki aku tak berkabus. Alhamdulillah. Cuaca pun nyaman je. Lepas tu kitorang gerak balik and singgah makan Nasi Padang je.

Perjalanan balik memang hazabbbb! Korang bayangkan bertolak dari Bandung dalam pukul 6 petang kot paling lewat sebab singgah makan kejap. Aku sampai Jakarta balik pukul 2 pagi! What the hellll! Jakarta jem gila yang aku tak tahu apa puncanya jadi macam tu. Mental aku. Kalau aku pun mental supir apa kan lagi. Memang tobat aku taknak pergi Jakarta dah.

Sampai je rumah terus kemas beg, mandi semua then tunggu subuh pukul 4.30 pagi. Lepas tu baru aku tidur bangun pukul 10 pagi. Then breakfast solat jama' bagai baru gerak pergi airport. Alhamdulillah selamat sampai rumah akhirnya. Begitulah kisah ringkas aku kat sana. Apa-apa pun Alhamdulillah atas rezeki berjalan ke negara orang dan kutip pengalaman. Hehe