Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 4 March 2020

Sembang Sorang2 #32

Haiiii~~ *lambai2 tangan dengan excited*. Lama tak sembang kosong dekat sini. Sementara takde menteri ni  🙊 relax la sikit sebab banyak benda kena tangguhkan. Last January and February were very hectic and chaos with workloads. Sekarang baru boleh bernafas dengan tenang hehe.

Singapore

Takde apa pun nak bebel sangat, kehidupan seperti biasa. Pertengahan January hari tu aku pergi Singapore atas urusan kerja and kali ni duduk dekat tengah bandar. Sebelum ni aku duduk dekat persisiran bandar je so suasana tenang sikit. Yang kali ni meriah la sikit tapi memang tak ke mana pun, duduk dalam hotel semata, ada la aku jalan area2 hotel sorang2. Sadisss.


Nampak tak aku? Acah2 seni haha

Perhimpunan Bulanan

Hari tu aku kena jadi MC untuk perhimpunan bulanan department aku. Dept aku ni elok la kita panggil perhimpuanan tahunan sebab memang setahun sekali je jumpa, masing2 busy especially bosses la. 

Aku dapat slide untuk perhimpunan tu and aku tengok ada nama aku untuk diucapkan Selamat Pengantin Baru. Hapoo? Aku kahwin Oktober lepas kot. And what the heck aku nak ucap kat diri sendiri, bapak awkward doo hahaha.

But being me memang aku redah je. Time nak announce tu aku cakap camni,

'Ehem this may sound a little bit awkward but as you all know, saya dah selamat bernikah selama 4 bulan dan saya nak mengucapkan Selamat Pengantin tak berapa nak baru kepada diri sendiri'

Time ni 1 bilik dah gelak gila HAHA. Then tanpa malu aku sambung,

'Saya difahamkan ada hadiah untuk saya *people laughed hysterically*jadi dengan segala hormatnya saya menjemput bos untuk memberi hadiah kepada saya' *people dying from laughing* hahaha. 

Memang aku kena bahan la habis perhimpunan tu. And one thing I noticed, bos aku tu jenis pendiam (bos baru) and selama ni kalau selisih dekat mana2 pun dia buat bodo je but from that moment kalau dia jumpa aku dia dah recognised aku and senyum kat aku. Bahahahaa. 

Random story

Semalam aku sembang dengan kawan aku and aku rasa cerita ni seronok untuk share. Kawan aku ni , F, ada kawan baik, Cina, lets name her WT and time F nak pergi umrah, WT ni jumpa F, here the conversation,

'F, you nak pergi Umrah kan? Please make doa for me?'

'Ha? You nak I doakan apa? You percaya ke Tuhan I?'

'I percaya la Tuhan you sikit-sikit lo. Please doakan I dapat anak'

'Haha ok la nanti I doa. You taknak masuk Islam ke?'

'Taknak lo, tak boleh makan babi'

HAHAHA WT ni memang peminat setia babi, dia cakap sedap. And Alhamdulillah a few months after F balik umrah, WT pregnant and surprisingly, sepanjang pregnancy tu dia langsung tak makan babi. Dia pun pelik padahal babi tu favourite dia.

F cakap 3/4 doa yang dia tolong sampaikan time dia pergi Umrah tu makbul. MashaAllah kuasa Allah. Takde masalah la kan nak doa untuk non muslim dekat sana?

Relationship Advice

Wah gitu ada slot relationship advice. Kau ingat kau kauselor? Haha. Aku pagi-pagi on the way pergi kerja kadang2 dengar ceramah kadang2 dengar talk. Sekarang ni aku tengah syok dengar Couple Talk - Aiman Azlan. Kita baru kawen kan, kena la banyak belajar bagi memastikan kelangsungan perkahwinan berjalan dengan tenang haha. It's worth listening and worth to be shared here. Ikon yang dia jemput pun semua best2.

Pagi tadi aku dengar dari Prof Muhaya and her husband. 1 benda yang aku noted and nak share bila Prof cakap (Aku dah olah),

'Orang nak kahwin sebab nak bahagia. Salah konsep tu. Sebab bahagia ni kena wujud dalam diri kita sebelum kahwin lagi. Nak cari bahagia boleh. Jangan ingat dah kahwin je terus automatik bahagia. Yang penting, kena terima pasangan seadanya. Macam mana nak terima pasangan? Terima diri sendiri. Kita kena tau self value and self worth kita. Bila sayang diri sendiri, kita akan terima diri kita, kita akan bahagia and automatik untuk kita terima orang lain seadanya dan orang tu pun akan terima diri kita seadanya'

And suami dia ada jugak cakap (aku olah jugak),

'Jangan mengharap untuk pasangan kita berubah ikut kehendak kita sebab kita adalah individu berbeza. Terima diri pasangan seadanya sebab kita pun tak sempurna. Kita nak orang ikut cara kita padahal kita sendiri pun tak boleh nak ubah diri kita ikut expectation orang'

Something to ponder, aite? 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance