Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 13 January 2020

Sim Digi Raja Video

Rumah sewa aku sekarang takde wifi memang solely pakai data je. Aku pakai line Celcom dah bertahun dah. Aku pakai postpaid yang Gold RM80/month, ada 20gb data. Tapi tak cukup weh sebab aku selalu layan Instagram and memang aku layan Netflix. So untuk IG aku subscribe unlimited IG RM5/month. Untuk Netflix aku subscribe Video Walla RM5/month for 30gb. So total without tax RM90/month. Boleh la walaupun lately Celcom ni kekadang buat perangai jugak, line macam hauk.

Untuk rumah aku memang cadang nak pasang Wifi sebab nak layan Netflix kat TV, Suami tite baru belikan TV untuk rumah. Wiwiwiwi. Kau dah kenapa setan gedik sangat? Haha.

Aku pun pergi la Maxis nak subscribe Home Fibre dia tu, RM89/month and konon2 nak tukar line telefon pun ke Maxis RM98/month unlimited data. Sekaliiiii kawasan rumah aku tu port dah penuh weh. Sebab tidak berputus asa aku turut tanya TM dan Celcom tapi dorang share port so mestilah dorang pun penuh. Kadang2 ketidak putusan asa aku ni membawa ke ambang kebodohan jugak kan haha.

Try tanya TIME jugak sebab TIME ada port sendiri, RM98/month. Sekali TIME tak cover area rumah aku. Syinabeng. Aku dengan Suami pun perah otak nak buat macam mana. Tapi tu lah, setiap masalah mesti ada penyelesaian dia. Kita hanya merancang, Allah menentukan, dengan plan yang lebih baik.

Tetiba aku teringat cousin aku pernah cerita yang sebelum dia pakai TIME, dia pakai Digi and dia masih ada modem Huawei tu tak guna dah. Aku tanya dia boleh ke nak modem tu nak pakai, dia kata ambil la. Yeayy free weh haha. Kalau tak nak beli modem pun RM200++.

Then Suami aku carikan pakej terbaik. Jumpa la pakej yang sesuai dengan keperluan kitorang nama dia Sim Digi Raja Video. RM15 sebulan dapat unlimited data untuk video (yang paling penting Youtube and Netflix ada dalam senarai, banyak lagi dalam senarai, contoh: Iflix, Astro Go, Tonton, Viu, etc), free 2gb data/sebulan, 1gb/setiap malam (12am-8am) and unlimited hotspot. 

Molek sangat tu. Harga nak beli sim je RM30 ada kredit RM5 dalam dia. Memula Suami aku masukkan sim dalam handphone dia untuk aktifkan. Lepas tu masukkan la sim tu dalam modem Huawei tu nak jadikan wifi. Then aku download Apps Digi dekat handphone aku untuk topup and monitor penggunaan.

Memula connect dekat handphone je dulu sebab TV tak sampai lagi. Compared to Celcom memang Digi ada loading sikit time memula video nak play, around 10s. And bila video dah play gambar blur dalam 10s jugak then everything is perfect, gambar clear and takde lagging. Tapi bila pause kejap and nak play balik still sama akan loading 10s. Kalau Celcom takde, smooth je. Tapi kalau nak compare dengan harga, memang berbaloi la Digi ni. RM15 je kot sebulan unlimited data untuk video.

Then aku try dekat smart TV pulak. Suami aku beli smart TV jenama CooCaa kat SenHeng. Aku first time dengar jenama tu haha. Dia Android TV, kitorang punya model 40S5G tapi tak support Netflix. Sedihhhh, pada mulanya tapi lepas tu aku tengok tutorial dekat youtube dan dengan jayanya aku berjaya download apss Netflix kat TV tu. Yeayyyy. Aku memang hebat. Haha.

Korang search je cara download Netflix on Android TV dekat Youtube. Basically memula download apps Downloader dari Google Store. Then dari apps tu download apps Apptoide TV and boleh download Netflix dari situ. Korang boleh tengok tutorial tu kat sini. It helps a lot. Cons dia cuma tak boleh scroll guna remote, kena guna mouse haha.

Based on wifi connection pun takde masalah, tak loading lama, gambar pun cun. Overall berbaloi la guna sim Digi tu, RM15 je woi sebulan! Worth it! Kalau korang nak guna better check coverage area dulu la eh. Aku ni memang duduk dekat pusat bandar so takde masalah coverage ni. Aku rasa kalau orang yang baru nak cipta agama nak tentukan kiblat boleh rasanya berpaksikan rumah aku ni hahaha. 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance