Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 26 January 2020

Safety Semasa Travel

Siapa je kan dalam dunia ni tak suka travel? Aku ni kalau duit berkepok-kepok non hadoo la kau nampak aku dekat Malaysia ni, mungkin boleh terserempak aku dekat KLIA je tengah tunggu next flight, gituu.
Aku teringin sangat nak travel solo dari sebelum kahwin sampai la dah kahwin tak tercapai-capai. Sebelum kahwin Ayah tak bagi, lepas kahwin Suami pulak tak bagi. Hapoooo. Haha. Aku masih dalam proses pujuk Suami aku bagi green light tapi dengan Suami aku ni kau kena sediakan paperwork berserta justifikasi yang kukuh untuk kelulusan. Herghh.



Kalau travel aku memang selalu guna Traveloka sebab ada je promo dia yang best-best. Baru-baru ni aku pergi Bali, book hotel dapat diskaun dekat RM50++ oi siapa nak bagi oi. Dengan ekonomi sekarang memang 10 sen atas lantai pun kutip.
Senang Traveloka ni dia macam one stop centre. Kau nak book hotel? Aktiviti? Flight? Semua adaaa. Aku pernah book flight dapat diskaun almost RM100. Nangis kejap sebab bangga mampu berjimat. Flight macam-macam Airlines pulak tu. Cathay Pacific Airlines pun tak terkecuali dalam list tu. Kalau tak nak naik Cathay try book Jetstar tickets online guna Traveloka juga. Senang cerita boleh dikatakan majority airlines boleh ditempah melalui Traveloka ni. 

Waktu travel yang paling penting keselamatan la especially kalau pergi negara orang kan. Aku ni memang ignorance sikit bab safety tapi Suami aku memang apa-apa pun safety first, al-maklumla bekas soljaa (soldier), begitulah perangainya. Based on pengalaman aku travel selama ni (macam dah pergi satu dunia je yok yok oo dia ni 🙄) aku nak share lah sikit beberapa tips untuk safety ketika travel ni, supaya nanti korang boleh prepare. Safety ni pun bukan sahaja safety diri kita tetapi safety barangan kita juga
Emergency contact

Yang ni penting ye especially travel oversea kan. Kalau korang guna Iphone pastikan emergency contact dah setup siap-siap. Emergency contact korang boleh update dekat Apps Health kalau dalam Iphone. Boleh access walaupun handphone lock. Letak 2-3 nama, kot la letak sorang je time orang call battery dia mati ke tengah berak ke. Aku letak parents aku and Suami aku. Alternatif lain korang boleh juga letak emergency contact dalam wallet dekat bahagian yang transparents tu or kalau korang jenis travel bawa buku nota, letak emergency contact dekat muka depan sekaliii. Pastikan tulisan dan nombor ditulis dengan jelas. Lepas tu selotape atas tu takut kena air haha.

Salinan dokumen penting

Dokumen-dokumen penting macam passport, flight and hotel details boleh buat salinan hard copy and soft copy. Kalau soft copy tu bagi jugak salinan tu dekat travel buddy kita. Apa-apa senang.


Ambil perlindungan

Okay ni pun penting ye. Kita selalu take things for granted. Yakin je takkan jadi apa-apa (aku la tu), yakinnya kamu! Haha. Sekarang banyak dah berita bila travel esppecially oversea tetiba jatuh sakit la, accident la, worst is meninggal. Nauzubillahminzalik. Procedure dia remeh ye and paling penting kos tinggi sangat. So ambil insurans travel adalah satu kewajipan. Tak mahal pun weh, aku pergi Bali hari tu 8 hari baru RM20++. Alahai murah sangat dengan apa yang dia akan cover. Ada insurans siap pakej cover luggage kalau pecah and kalau flight delay pun dapat pampasan. Tak ambil memang rugi.


Kit kecemasan

Aku kalau travel memang akan bawa beg kecil ubat-ubatan, amaun bersesuaian dengan hari travel. Benda wajib ada panadol, uphamol, minyak angin, ubat mabuk laut kalau nak pergi snorkeling, plaster luka. Plaster luka tu penting sebab kadang-kadang jalan jauh kaki melecet. And kalau kau memang ada prescribed medicines from Doctor jangan gatai tinggal pulak!

Asingkan duit dan barang berharga yang lain.

Aku kalau travel duit memang merata-rata. Kalau pergi oversea aku akan bawa duit Malaysia jugak. Duit tu pun aku asing-asingkan. Kalau hari tu nak pergi travel mana-mana, aku bawa yang berpatutan je, yang lebih aku tinggalkan dalam safety box dalam hotel. Dalam handbag aku pun ada tempat khas simpan duit and tempat paling secure aku simpan passport. Penting ye, kalau passport hilang adoi nangis la kau di kedutaan Malaysia di sana.


Ni agak-agak kalau jatuh mati tak? haha
Malang memang tidak berbau kan, yang senang berbau bangkai je kan haha. So bagi elak benda-benda yang tak sepatutnya, kita cuba la sehabis baik untuk pastikan semuanya berjalan lancar. Travel nak syok-syok kan? Kalau jadi pape mesti akan spoil mood. So atleast kalau ada early preparation, we may handle it more calmly.

6 comments:

  1. seronoknya kalau dapat travel, bila nak travel ala2 single ladies ni lagi kan? lagi2 bila dah kahwin, suami jeling jer bila nak travel sorang2...dia akan cakap, 'i pun nak pergi jugak laaaa'...hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sama la. ayat suami nadia, yelaa suka la tinggal kita ni. aduh terus batalkan niat (buat sementara waktu) hahaha

      Delete
    2. hahaha! laki dah komen, k bai2. all the best.hahahahhaha!!

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance