Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 9 October 2019

Kuching, Sarawak

Rindunya nak menulis. Hidup sangat busy dan chaos lately. Kalau ada masa free aku lagi prefer tengok kipas berpusing sampai pening lepas tu tertidur haha.

Last week aku pergi Kuching dari Ahad ke Sabtu. Fuhh lama gila. Sumpah rindu Semenanjung time tu haha poyo namati. Aku pergi atas urusan kerja, bengkel + meeting. Pasal kerja tak payah cerita la kan, bowringgg haha.

Aku stay dekat Pullman and disebabkan urusetia level aku, aku je perempuan, dapat la duduk sorang dalam bilik  yang heaven gila haha. Kuching sejuk betul minggu tu, macam Cameron. Seminggu aku tidur tak on aircond yet aku still gigil. Ke aku tak cukup lemak? Haha. Pullman ni walking distance ke semua kedai2 makanan yang sedap. Itu penting ye. Banyak lagi hotel berdekatan, pilih je.

Kuching ni bandar yang tenang, kalau nak compare dengan KL memang bagai remaja dan warga emas bezanya haha. Bagi aku makanan kat Kuching memang heaven. Aku tak shopping sangat kecuali kek lapis (typicallll 😑) and ikan terubuk masin.

Kek Lapis aku beli dekat Dayang, kene cross waterfront bayar RM1 one way naik perahu. Perahu kauuu! Haha Macam mendayung je gayanya. Dekat Dayang tu kek lapis butter dia sedap gilaaa. RM25 satu. Aku kenyang makan tester je haha. Owner pun baik, suruh makan tester lagi dan lagi haha.

Weh tak ke menarik tertarik kau memang kek lapis?
Ikan terubuk aku beli dekat agent, dia datang hotel and hantar hari kita balik siap balut rapi. Mudah kerja. Aku tak tahu apa hype nya ikan terubuk ni tapi dah semua orang beli, aku beli la haha. Aku ada makan Nasi Arok Ikan Terubuk Masin dekat Pasar Satok, ikan tu rasa ikan masin la! Haha. Tapi tak nafikan ikan terubuk memang sedap cuma perlu kesabaran yang tinggi nak asingkan tulang.

Malam 1st aku makan Nasi Kambing Katok dekat Barok Cafe seberang waterfront, makan dengan midin. Midin tu pucuk paku tapi lain sikit and sedap. Memula aku ingat orang sebut Bidin. Bidin tu jiran kau! Hahaha.

Sumpah sedapppp. Sambal dia je manis sikit. Gulai masak lemak tu macam mak-mak kita buat. I feel like home. Gitteww over

Malam kedua makan dekat cafe RJ. Aku makan ayam penyet lepas tu kena gelak. Colleagues aku cakap, ni Sarawak, bukan Indonesia! Haha. Suka hati aku lahhh. RM9-10 je sepinggan. Sedappp. Boss aku order ayam panggang, pun sodappp.



Malam big boss sampai kitorang pau dia makan seafood dekat Topspot Food Court, dalam bangunan UTC, tingkat 6, kedai no 25. Ha details aku bagi. Makan 9 orang dengan segala binatang yang ada baru RM250 wehhhhhhh. Murah sangatttt2. Seafood fresh, masakan pun kena dengan tekak. Kitorang order ikan talipia masak 3 rasa, udang butter salted egg, sotong goreng tepung, midin belacan, siput buluh masak kicap, lala masak kicap, oyster tissue. Ya Allah nak pergi lagi and nak orang belanja lagi haha. 


Oyster tissue. Dia macam roti tissue tapi letak oyster tak letak gula. Aku menatang dalam cangkerang ni kureng sikit tapi krukk krapp makan keropok die je la. 



Apa lagi eh aku makan kat sana? Haha. Makan pagi and tengah hari memang kat hotel je. Laksa Sarawak hotel tu memang terbaik, hari2 aku bantai haha. Semua kedai yang aku pergi ni semua walking distance dari hotel.

Oh Khamis malam kitorang dinner atas cruise menyelusuri Sungai Sarawak. Dalam sejam jugak la. I enjoyed the moment walaupun memula pening bau minyak kapal tu. Bangunan DUN Sarawak cantik gila oi. Aku terlepas nak tengok pesta lampu depan bangunan tu sebab malam yang dorang pergi tu aku tidur! Haha. Makanan atas cruise tu sedap. Aku ni semua sedap haha. Kawan aku cakap dekat bos aku 'Nadia ni kalau kita rebus kayu bagi dia makan pun dia makan'. Biadap. 😤

Time ni pun hujan. Ada la show sikit lepas makan
Sehari sebelum balik kitorang pergi Cultural Village. Dalam sejam dari hotel Pullman. Adult masuk RM60 and budak2 RM30. Menarik tempat dia, belajar budaya orang Sarawak. Aku pergi free je la, orang sponsor hehe. Kalau pergi sana please jangan miss show dia, layannnnn.





Waktu pergi hujan renyai so syukur tak basah ketiak haha sebab tempat dia besar jugak and semua rumah tangga tinggi2! Haha. Aku kagum betul dengan senibina rumah2 orang Sarawak ni, very teliti, tak guna teknologi sangat and very berseni. Kagum je la, nak duduk rumah camtu, tak kot haha. Ini rumah tradisional, ramai dah duduk rumah modern. Tapi keaslian dia haruslah dipelihara. Gitu nasihat acah2 pemandu pelancong.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman aku kat Kuching. InshaAllah, jumpa lagi. 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance