Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 15 July 2019

Pindah Rumah #2

Projek Tanam Rumput Tiruan

Rumah sewa baru aku ni pakai lantai simen. Bahagian balkoni kat dapur a.k.a tempat laundry memang bersimen kosong la. Aku dah bersihkan tempat tu semua, dah letak washing machine.

Hari tu pergi Eco ternampak rumput tiruan tu then terfikir satu idea yang akan menghabiskan duit. Sebab nak memuaskan hati and kos pun tak tinggi mana, aku pun beli la benda tu 21 keping dengan kos sekeping RM2.10.

Kedai Eco ni berhantu weh, masuk nak beli benda lain, keluar mesti beli segala mak nenek yang tak sepatutnya. Dah entah kenapa satu hari tu aku keluar ada puzzle dalam plastik aku. Buat apa doh aku dengan puzzle? Kena santau ke apa? Haha.

So semalam aku pergi kejap rumah sewa baru ni nak menyelesaikan projek tu. Aku hujung bulan ni baru pindah secara penuh, sekarang proses pindahkan barang sikit2 and touch up apa patut. 

Semalam aku start pukul 4 petang, pukul 5.30 baru siap diselangi termenung tengok pemandangan la apa la. Aku ni dah la mudah distracted haha. Time tu baru lepas hujan pulak. Cuaca memang nice habis, redup-redup sejuk. Tapi penat jugak weh buat benda tu walaupun buat sambil duduk je. 


Sebelum
Gam yang aku guna. Beli dekat DIY. Tak ingat harga. 1 botol ni cukup2 la untuk 21 keping rumput. Aku letak dekat penjuru je pun

Taraaa! Dah siap. Dah siap baru aku perasan yang rumput ni ada 2 tones rupanya. Alhamdulillah my laundry area looks better. Kan? Kan? Rumput dia pun sedap pijak. Balkoni belakang ni ada pemandangan bukit yang cantik, so lepas ni boleh la lepak situ sambil minum kopi hehe.

4 comments:

  1. nak join lepak minum kopi gak nad,leh tgok bukit kat blkg tu :)

    ReplyDelete
  2. Creative sungguh Nad, nampak kemas balkoni simen lepas letak artifical grass..

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance