Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 8 July 2019

Pindah Rumah #1

Dah setahun aku menyewa bilik dekat Taman Melati. Duduk dengan strangers, tak berapa selesa sebab bilik kecik and bila duduk dengan entah sape2 ni kau tak boleh predict perangai masing2. Tapi memang masing2 buat hal sendiri je. 

Tapi aku tetap tak suka sebab takde privacy. Sebagai manusia yang introvert, aku nak ada orang sekeliling aku bila aku nak je, kalau tak aku rimas. Haha perangaii kauuu. So aku lagi selesa hidup sendiri sambil2 tu boleh praktis hidup sorang dalam kubur, wah gituu caranya muhasabah diri haha.

So awal bulan 6 dengan sungguh nekad aku decide nak duduk sendiri  Rumah setinggan pun takpe janji sendiri. Kat KL ni nak sewa studio memang habis half gaji lepas tu aku nak makan apa? Dedak? Makan hati mengenangkan hidup ini? Haha.

Long story short aku dapat sewa 1 flat ni, 2 bilik dekat area Wangsa Maju which dekat sikit dengan office aku kalau lalu pintu belakang office. Sewa pun murah dari market price. Aku dah pergi tengok rumah tu, dengan suasana dan harga, puas hati la. Walking distance to LRT and shopping mall hehe. Rumah tu tingkat atas sekali, aku ok je sebab kat ofis tingkat 6 pun aku hari2 naik tangga, ni kan tingkat 4 je. Takde hal bro wa takde hal bro.

Aku nak sewa sendiri dengan niat senang kalau parents aku datang KL boleh duduk dengan aku, tak payah menumpang rumah orang lain dah tapi tu la sian kat Mak la nak mendaki sikit. Sekali sekala exercise apa salahnye ye dak Mak? Hehe. Aku nak buat rumah tu konsep minimalist, memang kena minimal la dah rumah pun sengkangkang anak kera je. Haha.

Cabaran utama nak masuk rumah ni adalah beli barang rumah. Ni rumah kosong and aku memang takde pape asset kecuali periuk nasi 300ml haha. So aku cadang nak beli sikit2. Paling utama aku nak beli peti ais, stove gas and mesin basuh. Nafsu yang lain tu kita penuhi sikit2. 

Aku survey agak mahal jugak barang2 kelengkapan rumah kalau nak beli sekaligus. Then my buddy suggest beli yang 2nd hand, memula aku macam tak setuju takut cepat rosak ke apa, dia suruh tengok dulu. So aku cari la barang2 yang aku nak dekat Carousell. Memang banyak orang jual barang 2nd kat situ yang masih elok2, korang just kena pilih je.

Mesin Basuh

Sepatutnya mesin basuh ni takde dalam senarai utama sebab setakat duduk sorang boleh je basuh tangan hari2, lain la ada laki ke anak kecik ke anak sekolah ke memang idok le hingin nak basuh tangan haha. Tapi sebab nak beli barang 2nd hand and bajet masih dalam linkungan so aku pun survey la.

Aku jumpa 1 ni berkenan pulak, nampak baru. 9kg jenama Samsung, harga dia kalau baru dalam RM1.2k tapi orang tu nak letgo RM550. Memang nampak macam baru. Allah memang mudahkan urusan aku. Memula macam tak jadi sebab seller nak jual cepat and ramai yang bertanya tapi aku just boleh arrange transport over the weekend. Nak ambil service mover agak mahal, RM170 sebab seller duduk Klang and nak hantar ke Wangsa Maju.

Aku pun cakap la kat seller, mungkin takde rezeki aku. Dia kata takpe dia boleh hantar, FOC!! Perghh Alhamdulillahhh sesangat. Jauh kot, sejam perjalanan haha. Aku pun bayar deposit RM50 je dulu dia mintak. Then esoknya tengah hari dia hantar sampai dalam rumah. Dah la rumah aku atas sekali takde lif! Haha. 

Sampai je barang memang puas hati, memang macam baru baii.





Dah try on semua memang berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, settle 1 benda. 

Peti Ais

Peti ais pun aku cari yang second hand dekat Carousell jugak. Bagus la apps ni semua ada, laki je takde jual. Eh? hahaha. Peti ais aku beli jenama LG 2 pintu RM650. Aku tak tahu harga asal dia. Yang ni aku upah mover, RM140 sekali upah angkat sampai tingkat 4 takde lif haha. Servis ni  pun aku jumpa kat Carousell jugak. Kan aku dah cakap apa je takde kat Carousell ni haha. 





Alhamdulillah yang ni pun nampak baru dan macam jarang guna. So settle main things for house. Setakat ni nak dekat RM1.5k jugak total aku dah habiskan untuk masuk rumah ni. Huaaa. Baru sediakan necessary things, tu pun tak sempurna lagi, belum lagi nak make up sana sini huhu. Sekarang tengah usahakan projek katil, nanti aku update lagi, tungguuu hehe. Siapa yang rasa nak buat sumbangan ikhlas untuk kelengkapan rumah aku, boleh la DM nanti aku bagi no akaun hahhaha.

10 comments:

  1. bab memenuhkan rumah ni boleh jadi ketagih tau :D!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah yee. Sambil2 hati membuak nak beli itu ini, aku baca buku forensik kewangan supaya boleh kawal nafsu aku haha

      Delete
  2. kita nih bila sesuatu benda yg kita peroleh sendiri mmg terasa nikmat, excited utk jdkn mcm apa yg diangankan.. InsyaAllah kami sponsor doa ja dr jauh semoga angan menjadi realiti dan segalanya dipermudahkan.. chaiyook Nad

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dipermudahkan urusan, dapat barang 2nd hand pun semua almost new..

    ReplyDelete
  4. Nikmatkan bila dapat kumpul barang dalam rumah dengan hasil titik peluh sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ye. tapi nak nangis jugak time keluarkan duit

      Delete
  5. Baik betul yg jual mesin basuh tu bagi FOC je hantar rumah. Rumah kau dgn takde lifnya mesti dia menyesal haha... Kau bagi dia tips tak?

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance