Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 12 June 2019

Singapura

Aku tak pernah pergi Singapura, niat tu ada nak pergi USS tapi takde rezeki lagi. Nak dijadikan rezeki, sebelum raya hari tu aku kena ke Singapore atas urusan kerja. Memang tak ke mana la selain berlari-lari anak di dalam hotel menghadiri mesyuarat2 hoho.

Bagi aku Singapore adalah satu negara yang kecik tapi kemas. Dia macam rumah flat yang ada wow interior design. Living cost kat sana agak mahal. RM305 = SGD100. Most Malaysians yang stay kat sana akan beli barang rumah dan isi minyak dekat Johor, so do some Singaporeans I guess 😏

Malam pertama aku pergi lepak Mamak lepas habis persidangan dalam pukul 1030 baru gerak. Barai gila weh, ikutkan taknak pergi tapi kena paksa huhu. Mamak tu depan Mustafa. Siapa pergi Singapore tak tahu Mustafa agak pelik di situ. Mustafa ni macam Mydin dekat Malaysia, barang2 dia cheaper.

Tapi malam first aku tak masuk pun Mustafa tu, just lepak mamak. Nak ke taknak lepak Mamak haha. Soup Mutton dia sedap. Roti tisu Singapore memang tak letak gula eh dalam dia? Tapi doh dia sedap, lemak2 gitu.

Malam kedua pergi berbuka dekat Sup Tulang Merah, kedai mamak jugak. Aku rasa menu tu takde kat Malaysia. Not bad la rasa dia, berbaloi la cuba kalau pergi Singapore tapi kalau benda tu ada kat Malaysia tak berbaloi cuba. Faham tak? Hahaha.

Lepas makan pergi Mustafa tu pulak nak cuci mata. Area Mustafa ni memang banyak kedai souveniers and kedai mamak so sedikit sesak di sana. Tapi aku tak beli apa sangat pun. Aku beli lipbalm Himalaya SGD1 je, scrub St. Ives SGD4 tak salah aku and spay deodorants range harga SGD2.5-3.5. Murah! Dorang cakap perfumes sana murah tapi tak tahu original ke tak. Oh ye sebelum tu aku pergi makan aiskrim dekat kedai yang jumpa dalam IG. Nampak menarik tapi tak sedap.

Sup Tulang Merah

SGD7 = RM21
Jauh Baskin Robin lagi sedapp haha
Tu je la aku buat kat sana selain menghadiri persidangan. Singapore bukanlah negara yang ada dalam list aku, tapi kalau ada rezeki lebih aku nak pergi bercuti pulak kat sana.

2 comments:

  1. Singapore best USS je. Lain semua macam KL. Nak pergi singapore takyah tido sana. Tido kat JB je....
    Aiskrim tu patut nama overrated lah gitu... Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kau pernah pergi USS eh? idea yang bijak! haha

      haha betul sangat weh. overrated.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance