Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 13 May 2019

Salam Ramadhan Kareem

Aiii wish lewat seminggu nampak? Baru on puasa ke tu Beron? Hahaha biasalah perempuan kan. Aku tak suka sebenarnya 'cuti' awal Ramadhan sebab tak rasa vibes tu and hujung nanti mesti kena 'cuti' lagi. Banyakla aku kena ganti woi! Tolong ganti half boleh? Kata nak kongsi hidup bersama, so puasa pun kena kongsi la. Hahaha.

Bulan Ramadhan ni aku boleh balik pukul 4petang woot woot. Tapi jem hanet la, nak keluar bangunan parking pun jem, pacitaaaa! Tapi sebab aku tak puasa aku pun bajet cool la, nothing to rush baby, nothing to rush.

Satu hari tengah aku dengan tenang tunggu giliran nak keluar dari bangunan parking ofis ni, ada sorang laki melintas depan kereta aku. Dia tengok aku semacam, aku tak tahu nak tafsirkan ekspresi muka dia tu. Aku pelik jugak la, dia kenal aku ke? Aku kenal dia ke? Rasa macam tak.

Then aku pun ignore kan dia, sambil nak tekan paddle minyak sebab kereta depan dah jalan, baru aku perasan yang aku tengah kunyah chewing gum siap buat belon!! Astaghfirullah Nadia ya habibi ya maulana sengal kau ni. Patutlah orang tadi tengok kau semacam. Sumpah aku lupa sekarang tengah Ramadhan. Ya ampunnnnnn. Malu siotttt hahaha. Kemaluan itu berterusan selama sehari jugak la, kemudian aku dah memafkan diri aku dan berjanji akan lebih sensitipp hehe.

Sekian, tragedi awal Ramadhan 2019.

So, Salam Ramadhan pada semua. Semoga semua ibadah kita diterimaNya, semoga semua doa kita dimakbulkan Allah. Aku minta maaf atas segala salah silap, terkasar bahasa, tergurau kasar. Kalau ada tragedi lain nanti aku akan update lagi. Kalau tak jumpa entri raya la kot haha.

Adios. 


8 comments:

  1. tq update nad, tunggu punya tunggu dpt la kesempoian tu rini, tq again n slmt mula berpuasa ;) thread ni best nad, dh x sabaq tggu edisi raya.., hahaha... aaminnn, tqvm

    ReplyDelete
  2. pa citaaaa.. suka baca ayat tu.... 1st time datang sini terus follow blog. Jemput singgah ke blog saya juga. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please baca dengan nada Ropee dalam cerita Hantu Kak Limah lagi feel haha.

      Delete
  3. Salam ramadan. Masih jadi PTD ke? Saya terbaca posting tentang Iv PTD. Sangat menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye masih. Baru setahun. 32 years more to goooo! *menjerit meroyan keliling kementerian haha

      Delete
  4. hahaha... memang sengal betul kau nad. Aku bagi lima HA citer kau ni sebab best sgt..

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance