Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 6 March 2019

[Hiking] GAP - Ulu Tranum - Ulu Semangkok

Acah-acah hiker sejati sekali pergi terus 3 puncak ku tawan haha. Ulu Semangkok ni dekat jalan on the way nak naik Bukit Fraser. Ada rumah tumpangan tinggal sebelum 1 jambatan, ha kat situ la nak check in.

Aku gerak dari KL pukul 5 pagi *semangat. Sampai kat tempat parking dalam pukul 8 pagi gitu lepas singgah makan solat bagai. Macam biasa aku tak buat apa2 prep pun just aku naik ofis aku kat tingkat 6 setiap pagi by stairs.

Dari permulaan pendakian sampai la check point pertama iaitu Gunung GAP memang mencanak habis je route dia. Perghh tak kasi can, kalau ada jalan mendatar pun ada la dalam 15 langkah yang tak bagi apa-apa motivasi sebab depan mata kau memang terhidang kecanakan pendakian seterusnya. Pheww.

Mendaki memang penat tapi otak aku dah jem macam mana nak turun karang. Sebab aku memang lemah bab turun. Daki penat, turun sakit. Habis satu kaki aku dia makan, Tuhan je tahu seksanya. 

Sampai Gap sejam kemudian. Perasaan dia sukar ditafsirkan weh, puas and best gila rasa dengan pemandangan dia dengan angin dia. Perghh. Perasaan tak boleh lupa. Nyaman.



Tapi keindahan itu hanya sebentar bila buddy aku ajak teruskan perjalanan ke Ulu Tranum. Dari GAP - Ulu Tranum tak susah sangat. Route ni banyak jalan belanja, aku enjoy nak ke sana, sembang2 gelak2 dengan buddy aku. Ada la mendaki tapi okay-okay je, tak menyeksakan sanubari sangat. Sampai je Tranum berhenti kejap je bergambar. Kecik je kawasan lepak dia and pemandangan pun biasa-biasa je.

Ketahanan mental dan fizikal diuji balik bila nak gerak ke puncak kejayaan, Ulu Semangkok. Dia macam dari bawah ke Gap, kerja kau mendaki je sambil merintih dalam hati 'kejadah apa aku buat ni' haha. Setelah berhempas pulas, menahan seksa dan energy dah mula drain, akhirnya sampai pun di puncak Ulu Semangkok.


Macam bini tarzan tak aku posing? Haha

Tapi cuaca tak menyebelahi sangat sebab kabus tebal nak mampus, tak nampak bawah. Dah sampai atas tak tunggu dah terus bergambar sakan. Dah penat bergambar baru rasa lapar. Hiking kali ni special sikit sebab buddy aku bawah kambing wehhh! Hahaha. Dia perap semalaman. Dia siap bawak dapur gas untuk camping tu, messtin bagai. Gigih! 

Serius cakap la, tu kambing paling nikmat aku pernah makan. Sedap pulak buddy aku marinate hehe. Yang peliknya ada satu tu hangus tapi tak pahit, rasa rangup2 sedap. Arghh rezeki betul. Bukan main menikmati kambing kat puncak 1398m.

muka berlagak makan kambing sambil memerhatikan hikers lain yang makan roti je haha

Lepas makan kitorang siap2 nak gerak turun dalam pukul 1245 kitorang gerak dah. Gerak paling awal tapi paling lambat sampai sebab dua2 turun macam orang tua gout haha. Perjalanan naik 3 jam kitorang amek, turun pun 3 jam. Patutnya turun boleh cepat tapi apa kan daya, nek dah tua haha. 

Dengan penuh seksa aku sampai bawah balik jam 4 petang. Tuhan je tau nikmat bila boleh bukak kasut dalam kereta. Nasib baik tempat parking dengan starting point tu tak jauh, sebelah-sebelah je. Thank you to my buddy for being the best hiker budyy *so far hahahhaha

Nak hiking ni korang kene prep barang betul2. Aku tak pernah buat sebab semua buddy aku settle kan *huntong la. Hahaha. Snack kene ada, gula2 garam Himalaya tu korang kena bawak. Layan hisap benda tu and it helps hydration level korang. Air pastikan cukup. Hari tu bawak air 100 plus memang membantu. Perjalanan ke Ulu Semangkok ni takde water point tau.

Sekian saja trip kali ni, next trip mungkin lagi 4 bulan hahhaa.

10 comments:

  1. sis tertanya tanya gak sapekah buddy yang dimaksudkan... special one ke.. btw welldone dapat hiking walaupon sakit... teringin tapi takuttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tau siapa meh la join kitorang. Trip murah2 je hahaha. challenge your fear. gitu

      Delete
    2. promote la sis,rasa ramai yg nak ikut nii..

      Delete
    3. Haha inshaAllah nanti kalau ada plan boleh promote

      Delete
  2. uih.. hebat akak ptd kita ni. Naik gunung ikut trip ke atau sendiri sendiri

    ReplyDelete
  3. Uisshh power2 naik tinggi tu. Tapi memang puas weh rasa bila naik dpt angin n pemandangan yg syok. Dia hiking ni kalau tak dpt pemandangan cantik, dapat jumpa air terjun pun best gak. Dia tak best kalau naik atas pemandangan tak nampak apa. Nampak hutan je. Nampak kabus pun tak best gak. Hahaha. Sia2 je kau naik sampai ulu semangkok . Patut kat gap tu stop dah..

    Tapi kurang ajar betul makan kambing tak ajak geng2 lain. Terasa aku yg hiking kadang2 makan roti je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula, aku mmg suka hiking cari air terjun lagi dari pemandangan sebab pemandangan ni ikut nasib, air terjun tu takkan kering pulak kan haha. tapi aku suka kabus haha.

      hahhaa kambing mmg boleh buat gaduh weh. aku nak jadikan tauladan kepada org lain supaya nnt bawa kambing jugak hahaha

      Delete
  4. Salute laa pada hikers ni.. Sepanjang hidup LZ tak pernah rasa pengalaman mendaki gunung tapi suka baca cerita rakan bloggers mendaki.. Kejam sungguh makan kambing tak pelawa, hehehehe

    ReplyDelete
  5. Hehe cuba la daki yang untuk beginner. Haha kambing is lifeee

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance