Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 10 February 2019

Compressor Aircond Axia

Aku dah pakai Axia sejak 2014, nothing major problem. Aku service on time. Tapi sejak setahun ni kerap sangat gas aircond habis. Aku tau something is wrong tapi aku ignore sebab yeahhh take it for granted. Sebab selama ni isi gas je terus okay selama beberapa bulan.

Sekarang kan musim panas gila, aircond aku buat problem lagi. Kali ni memang tak boleh maaf, sampai iphone aku overheat bila dalam kereta. Over tak? Sejak dari 2015 aku guna Iphone first time Iphone aku shutdown sebab temperature tinggi. Dah la time tu aku tengah guna waze jugak. Hanettt. Nasib baik aku sampai area rumah aku dengan selamat, aku risau kalau tetiba aku sampai rumah kat Perak je. Kahkahkah

So aku pun cari kedai aircond area rumah aku. Jumpa kedai aircond Daikin tapi mau aku kene parang kalau pergi situ. Last-last aku nampak 1 kedai cina ni, aku pun tak fikir banyak terus pergi. Tak raya ke cina ni? Cina ni raya macam mana eh? Takde ke melawat sedara mara ke? Sebab time raya cina hari tu aku masuk hutan jumpa cina jugak. Aku kalau time raya masuk hutan mesti Mak Ayah aku tak mengaku anak haha.

Okay back to kedai aircond. Dia pun cek aircond aku. Dia cakap kipas tak pusing. Aduh macam masalah besar je. Ganti kipas Panasonic tak boleh? Rumah aku guna kipas Panasonic 20 tahun elok lagi. Lepas tu dia godang bumber depan kereta aku, keluarkan compressor sebab dia syak compressor bocor.

Aku cakap kat dia buat la apa patut, janji kereta aku macam kereta bukan macam oven. Orang lain risau aku kena tipu la apa la. So what the heck I can do other than trust that mechanic? Kalau aku ni ahli nujum boleh tau orang tu jujur ke tak senang la cerita. Aku tau turn on aircond je itu pun kalau salah tekan remote (aircond rumah) aku dah tak tau nak betulkan. Aku tak suka orang cakap 'eh sekali dia tipu sebab kamu perempuan?' Dah tu aku kena jadi laki ke? Aku memang tak tau pape pasal benda tu, yang aku tau aku kena percaya orang yang lebih pakar je la.

Aku tak suka fikir benda-benda negative and tak menentu macam tu. Banyak sangat komen meh tolong aku tengok kan kereta ni, kalau pandai cakap je baik diam. Wah emoo. Emoo la kau ingat compressor murah? Hahaha. 

Cina tu double confirm dulu then dia tunjuk aku memang bocor. Dia test dalam air. Nampak la bocor tu. Aku cakap tukar je la, what else to do? Takkan aku nak membakarkan diri dalam kereta. Dia cakap dia guna yang ori tapi second hand. Sebab selama ni dia guna compressor baru dari China yang harga sekali upah RM800 memang bunyi bising gila. Yang ori sekali upah sekali gas and ada beberapa benda lagi dia buat RM750. Dia tunjuk aku yang 2nd hand punya, nampak elok macam baru. Aku tanya dia mana dapat? Dia kata kat kereta potong, kereta axia yang accident total lost, dia ambil compressor tu. Kalau ori dari perodua RM1500 sekali upah. Gulp.

Aku pun suruh la dia pakai yang 2nd hand tu. Dia godang sana sini, dia cek temperature guna satu alat tu. Alat tu kat atas tunjuk temperature luar, kat bawah tunjuk temperature dalam kereta. After beberapa kali dia running test, dalam kereta aku cakap suhu 9. Dia kata kalau capai bawah 12 dah okay dah tu. Time tu cuaca luar 38.2. Omaigod omaigod dunia tengah demam panas!

Alhamdulillah lepas tu kereta aku okay. Handphone aku pun dah sejuk balik. Hati aku pun dah sejuk walaupun duit melayang. Takpe selagi hidup ada la rezeki aku walaupun sebijik telur sehari haha. We see how this second hand compressor working. Kalau dalam beberapa bulan buat problem, aku tukar kereta terus kot. Wahhh gituuu hahaha. Tukar handphone sekali. Eh? Haha. Shhhh jangan bagitau dorang haha.

By the way, pomen tu cakap Axia memang problem aircond. Dah berapa banyak Axia datang kat dia. I admit that hoho. Ehem Perodua, take note.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance