Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 29 November 2018

MAHA 2018

Last weekend family aku datang KL sebab parents aku nak pergi MAHA. Aku memang tak la teringin nak pergi tempat crowded macam tu tapi sebagai calon ahli syurga kategori anak solehah, aku turutkan lah.

Aku pick up family aku kat KL Sentral then pergi breakfast dekat Nasi Lemak Wanjo dekat Kg. Baru. Not bad sedap aku suka tapi family aku kata biasa2 je. Lain lidah lain selera kan. Aku ni tolak batu and kayu je, tapi cuba letak Ovalmatine inshaAllah kayu pun aku bedal haha.

Dalam 11.30 kitorang sampai area MAHA tu. Paling menterkejutkan sistem otak aku, dekat tepi highway dah ada orang parking. Watdehel? MAHA starts pukul 10 pagi, pukul 1130 orang dah banyak macam tu korang ni tidur dalam kereta ke apa?

Setelah berpenat lelah cari parking dan tanpa henti baca doa makan, tetiba ada sorang brader ni panggil sebab dia nak keluar parking. Hasil baca doa makan. Walaupun aku parking dalam compound but still jauh gila nak jalan ke tapak khemah. Bagi aku ok la, sian Mak aku la dia tak boleh jalan jauh2 sangat. 

1st checkpoint aku dekat Laman Tiba 1. MAHA ni maha besar kau tau, nak datang kena study peta dia dulu. Mak aku baru jalan 100m dia dah berhenti 3 kedai dan membeli. Aku dah nampak masa depan kitorang dah time ni. Cuaca hari tu panas gila, berpeluh dah macam mandi.

Dia ada sediakan bas dan tram secara percuma. Ada 4 routes yang berbeza. Setiap perhentian ada crew jaga tanya je dorang nak naik tram mana provided korang pun tahu korang nak pergi mana, kalau korang pun tercangak-cangak elok pergi duduk dulu muhasabah diri.

1st kitorang naik Tram C pergi Taman Negeri. Kat situ ada rumah2 setiap negeri. Kitorang pergi rumah Sarawak, Perak and Terengganu je. Dia jadi takde mood sebab cuaca panas, sila la pakai sunblock dan bawak payung. Kalau possible bawak la aircond sekali haha. Rumah2 ni best sebab ada aircond haha. ada la beli makanan sikit, ada satu asam dari Sarawak diperbuat dari terung kuning bulat kot, sedappp. Kat sarawak je ada. Lepas tu beli la keropok lekor Terengganu. Hampeh tak sedap.



Lepas tu kitorang pergi Laman Perikanan. Takde apa pun, cuci2 mata je tengok ikan haha. Kat situ kitorang naik Tram D nak ke Laman Penternakan. Time ni memang aku panas, panas hati. Semua orang beratur la kan nak naik tram tu. Beratur tak lama sangat plus dekat situ memang ada tempat duduk, toilet bagai. Then Tram pun sampai, tetiba ada sekumpulan manusia takde sivik potong barisan dengan muka tak bersalah naik tram. Hoiii! Cantiknya perangai.

Budak2 laki belakang aku dah maki2 dah. Ikutkan aku pun nak maki tapi dah budak2 tu wakilkan aku, aku hanya mampu maki dalam hati je. Sumpah la some of Malaysians ni memang ada mentality kelas ke 3, tapi kalau macam tu macam kelas pemulihan je. Have some manners la, semua orang beratur, semua orang panas. Aduh sedih aku mengenangkan tahap pemikiran rakyat kita, memang sadis dan tragis. Muka tebal pulak tu, setebal mekap dorang yang macam bimbo tu. Erghh.

Nasib baik bila sampai Ladang Ternakan tu hati aku terubat melihat binatang2 di sana. Baik tengok binatang dari mengenangkan perangai manusia yang macam binatang. Lembu pun pandai beratur masuk kandang. Heh tak habis marah lagi. 

Wagyu yang bernama Tuah. Sebelah kandang dia Jebat. Sebelah lagi Lekiu, Lekir, Lengkuas hahha. Ok aku tipu. Jebat and Tuah je betul haha

Aaaa comel kan? Dulu time kecik selalu beli lepas tu dah besar dah hilang warna dia. Merajuk! Terus tak ambil peduli dah, tau2 dah jadi rendang haha.
Then aku dengan adik2 ada masuk satu compound ni kena bayar RM5 sorang. Dalam tu ada burung, ular, iguana, kambing, arnab, kura-kura, itik untuk bergambar. Berbaloi la bagi aku. Seronok. Hehe.




Berat menatang ni rupanya. Aku takut jugak terlepas takut berkecai, mana aku nak cari gam uhu kat situu.
Lepas tu masuk khemah tengok apa benda boleh beli habiskan duit. Dah takde apa nak buat kitorang pun naik bas balik ke Laman Tiba 1. Itupun dah pukul 530 ptg. Gila lama. Kat sana ada sewa buggy, RM98 / hour. Oii baik aku sewa myvi baru 100 lebih sehari! Haha.

Time nak pergi parking ada sorang pakcik ni tanya kitorang kat mana lagi tempat parking sebab dia tak ingat dia park kat mana. Adoii kesian gila, tempat tu besar gila kot and bukan situ je tempat parking, berlambak lagi. Kena tunggu semua orang balik kot baru jumpa kereta tu kat mana. Nak tolong pun tak tahu macam mana and then suruh dia mintak tolong crew. Harap jumpalah.

Ini kot kali pertama dan teakhir aku pergi sana. Syok memang syok tapi itulah tak kuasa nak bersesak macam tu. Unless ada heli nak turunkan aku kat situ. Wah divaa haha.  


2 comments:

  1. Kat MAHA ni kalau nak pergi serupa macam orang backpacking, baju n kasut kena yang praktikal kalau nak cover semua pameran. Lagi2 kalau jadi mak kena sediakan semua keperluan beres :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul tuuuu. dengan melengasnyaa. hanya orang yang gigih je bawak anak2 kecik ni hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance