Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 8 July 2018

Weekend's rambling #1

Weekend adalah hari yang sesuai untuk mereput. Semalam aku pergi open house Maria dekat Sg Besi then lepas Maghrib pergi Cyberjaya jumpa roomate aku time dekat INTAN kejap. Sejam je jumpa dia, sempat lepak dekat Old Town Dpulze, Cyber. Sempatlah membawang kejap tu pun tak puas haha. Air chocolate Old Town sedap gila, kalau aku tak makan nasi memang akan order air tu. Kalau makan nasi aku minum iced waters je. Aku tak reti minum minuman bersusu dengan heavy meals. Siapa geng aku?

Hari ni ada open house big boss, tapi aku tak pergi. Dia bukan kenal aku pun haha. Malas seyh nak bersiap bagai, kalau jumpa kawan-kawan lama tu semangat la sikit, ni nak jumpa orang yang aku bakal jumpa esok. Meh hahaha.

Ni aku dah sudah lunch, dah sudah basuh baju, sidai baju, lipat baju. Gosok baju je belum, malam-malam sikit la. Sapu bilik pun belum lagi, karang-karang la. Ingat nak cuci kipas, tapi tinggi nau kipas ni, tengah berfikir macam mana aku nak memanjat. 

Lately hidup busy. Aku dah dapat desk aku, so dah start berkerja. Tak cukup tangan dan otak rasanya. Tasks masuk menderu satu persatu. Aku terpaksa tulis bagi mengelakkan lupa, dah tak daya nak congak dalam kepala otak.

Memang tak merasa balik on time. Ada yang aku rasa tak puas hati bila siapkan tasks sebab aku tak all out. Aku bukan multitasker punya orang. So bila banyak kerja, aku buat semampu aku untuk siapkan dalam stipulated time bukan sehabis baik sebab kekangan masa. I hope I can do better in future.

So far I love my job. I love to be a career woman. I love to learn new things, even the smallest ones. I love to build a networking. I love the idea of serving the government and give something for the benefit of people. Walaupun kerja aku sekarang ni tak bagi direct kepada rakyat tapi we work our ass off to ensure that rakyat's safety, security and well being are under full protection.  

I always pray that I can give the best for people, for our country, for our religion. I hope I will have this spirit at least till I reach 60 (pensioner age) haha. Exhausted? Yes for sure. But puas. Some people have an idea that marriage is the point of success in someone's life. But for me, success is when I can satisfy myself. And to satisfy myself is by  bringing smiles to other faces especially the ones that I loved. It's more than enough to make my heart reach its tranquility. Allah, make me happy for whatever You have plan for me. Ameen

Hari tu pukul 6.30pm aku masih mengadap komputer and my boss tegur 'Nadia, kalau you kerja macam ni inshaAllah gaji you berkat'. I just laughed and said 'ameen'. 

Nak air chocolate Old Town *tetiba

4 comments:

  1. semoga terus ikhlas berbakti utk rakyat dan negara.
    bos dah berkenan tu, semoga cepat naik pangkat. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah. ameen
      haha ni bukan my immediate boss.tapi ameen

      Delete
  2. kenapa baca ni rasa terinspirasi pula tetiba ekk..? hahahahaa..
    aku tak suka kerja aku tapi tak berani sebut terang-terangan sebab nanti orang kata tak bersyukur.. tapi.. ermm.. tu lah.. sebut juga nih.. lol.. :p

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terinspirasi? Auww Alhamdulillah.

      Hehe nak cintakan kerja ni kena tengok banyak faktor. Faktor tu kena cari. Cubalah cari, sama ada jumpa faktor tu dalam pekerjaan sekarang or akan jumpa kerja yang disukai hehe. All the best :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance