Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 5 July 2018

Respect someone's privacy

Aku adalah orang yang mementingkan privacy. Dekat sini aku jarang post gambar aku, aku jarang post gambar orang lain dan kat sini aku cerita berkisarkan tentang aku, aku tak masukkan kisah orang lain walaupun ada kena mengena dengan aku. Macam dekat IG memang aku tak approve strangers. Sorry. Dekat twitter lagi la muka aku pun aku tak tunjuk secara jelas dan nyata.

Macam dekat tempat kerja aku tak kisah nak bagitau aku asal mana, adik beradik berapa and bla bla but for those who ask je lah, contohnya colleagues bahagian aku. Penting untuk kita tahu basic background colleagues kita, untuk build relationship and trust. 

Tapiiiii aku paling tak selesa bila orang yang aku tak kenal, tahu pasal peribadi aku. Tahu alamat rumah aku secara spesifik, tahu no telefon aku, tau no IC aku, tau nama penuh aku. It's scaryeahhhh mannn! Aku rasa kehidupan aku dinodai, aku rasa tak selamat, aku rasa diperhatikan. 

Hari tu ada seorang laki bagi message dengan list out all my details, like a very personal details and at the end of the message dia cakap selamat berkenalan. What the heck? Off course aku ignore, nasib baik aku tak blok je. 

Then tetiba tadi aku masuk office dengan tak semena-mena ada sorang laki which is a total stranger to me tegur aku, orang Kuala Kangsar ok? Terpinga sekejap aku. 1 bangunan ni tau aku orang Kuala Kangsar ke?

Not cool right? Kau invaded someone's privacy for your personal interest. Please have some respect dudes. Nak? Mintak which off course aku takkan senang-senang bagi but have some courtesy.

Jadilah manusia budiman wahai lelaki (dan perempuan kalau ada perangai sepere macam ni haha). Be a man, a gentleman. Jangan buat perangai rempit sangat haha.

And lagi satu kekangan, kekangan kau ayatnya haha. Lagi satu masalah aku kat sini adalah bila naik lif. Setiap kali naik lif mesti aku berdoa, mintak2 lif kosong. Tempat aku kerja ni mostly nya lelaki. Dah beberpa kejadian menyayat hati berlaku bila aku tercongok depan pintu lif, pintu lif terbuka dan semua dalam tu lelaki.

What should I do? Should I senyum kambing dan lari? Should I wait for another lift yang probably semua lelaki juga di dalamnya? Should I propose to management to provide lift for women only yang macam Komuter and carpark shopping mall tu? Or should I buat muka katak lepas telan lalat masuk je and berdiri tegak bagai atas padang kawad?

Selalunya aku buat yang terakhir tu la which is bajet cool haha. Padahal dalam hatiiiii, dari tingkat 6 nak sampai ground floor rasa macam nak kene turun pangkat je perasaanya. Rasa lama gila, rasa masuk lift bulan Syawal keluar time Zulhijjah. I need to get used to it. Or should I jadi lelaki instead? Bahahaha.

4 comments:

  1. mungkin org tu ada kawan dia dlm department awak kot. sbb tu bole tau semua. femes dah skg eh? haha

    lelaki pun akan rasa tak selesa bila masuk satu lif semuanya wanita (cantik). hehe..
    nak bagi cadangan turun guna tangga je bole tak? haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya rasa dia tau dari sistem.

      kalau x cantik selesaa la? haha. turun tangga tahan lagi, naik tu allahu hahha

      Delete
  2. tukar jela jadi lelaki. mesti handsome. hidung mancung kot. hahaha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance