Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 13 June 2018

Kunci jatuh dalam lubang lif

Aku di office ni, petang baru balik Perak #teamrayekuale. Sunyi la hai KL sekarang ni, kereta boleh dikira atas jalan. Office jangan cakap la, lagi sunyi dari kawasan tanah perkuburan, at least kat kubur ada lah jugak cengkerik. Tak sabarnya nak 4.30pm. Hope traffic okay la, jangan la buat aku rasa nak raya kat RnR je haha.

Aku nak cerita pasal semalam. Aku ni orangnya tenang tapi ada masa aku cuai. Semalam pagi aku dimulakan macam biasa. Aku tak bawak handbag pergi kerja sebab aku bawak bag laptop. So sebelum keluar rumah aku siap-siap keluarkan kunci rumah dan kunci kereta sebab pakai backpack kan, tahu je la leceh dia macam mana nak keluar masuk kan barang.

Then aku pun pergi lif. Time tu kunci dua2 kat tangan sebab aku fikir dah sampai kereta baru aku nak simpan kunci rumah dalam beg. Time aku melangkah masuk lif entah macam mana salah satu kunci aku ter slip dari tangan. Dan begitu bersahaja dia masuk ruang antara pintu lif dengan lif tu tanpa rasa bersalah dan tak meminta tolong mahupun cuba berpaut di mana-mana. Dah la rumah aku tingkat 13, mesti kunci aku gayat jatuh macam tu. Syian dia :'(

Sumpah aku tak pernah terfikir yang lubang tu mampu menelan kunci. Harga diri agak-agak dia boleh telan sekali tak? Terkesima aku kejap. Aku terus tengok kunci apa yang jatuh. Kalau kunci kereta aku lega lagi sebab aku ada kunci spare. Sekaliiiii.... Shit! Kunci rumah! Takde spare. Aduhh runsing aku.

But chill Nadia, aku selalu berpegang pada konsep yang tiada masalah tak boleh diselesaikan. Aku masuk kereta and ready nak pergi office. Aku message owner rumah. Dia cakap dia dah balik kampung (tepuk dahi), dia suruh mintak kat housemate. Boleh je nak mintak tapi kunci bilik yang problem, takkan aku nak pecah pintu bilik. Aku mesti masuk bilik sebab barang nak balik raya semua dalam bilik lagi. 

Aku try cari nombor management office and ada orang pun bertungkus lumus tolong aku cari nombor. Thank you so much 💕. Akhirnya dapat, housemate aku bagi. In the same time housemate aku nak tolong duplicate kan kunci. Thank you Eva.

Aku call office then dia bagi aku nombor untuk lif maintenance.  Aku pun call la technician tu and dia cakap boleh buat tapi kena bayar RM50. Perghh, aku dah la tengah sengkek ni. Tapi bila fikir balik kalau aku kena pecah pintu bilik, kos dia jadi lebih kurang je nanti. Anggap la tu rezeki raya technician tu.

Alhamdulillah semalam aku bukak pintu dengan kunci yang terjatuh tu. Tapi masih sedih sebab keychain kesayangan aku tak dapat diselamatkan. Huhu. Ada sentimental value keychain tu. But Alhamdulillah masalah selesai. 

So pengajarannya, jangan pegang kunci / benda2 kecil kalau nak lalu / langkah mana2 lubang. Trauma aku. Lesson learned huahuahua.

8 comments:

  1. Nad, benda paling aku takut adalah terjatuhkan kunci celah lif. So now I know it's not a baseless fear.

    ReplyDelete
  2. sblm ni tak pernah terbayangkan bole jatuh barang dkt lubang tu.

    lepas ni kena simpan kunci2 tu baik2. lagi2 kunci hati awak :b

    ReplyDelete
  3. Kunci pintu hti awk jgn jatuhkn ea..nt ssh sy nk bkk..cia100x

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terjatuh dah pun, kat tangan orang lain. eh? haha

      Delete
  4. Gugusan kunci nampak gaya macam kecik je sampai boleh terslip masuk dalam lubang tu. Boleh ambik balik jugak ek? Ingtkn terus jatuh ke bawah. Pengalaman tu. Lain kali kne beringat. Huhu..selamat hari raya nadia...heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kunci ada 4 je. kecik2 pulak tu memang mendapat la haha. boleh, call maintenance lift. tu la, mmg lesson learned hehe. selamt hari raya IQ :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance