Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 20 June 2018

Sembang sorang2 #30

Aku dah start kerja hari ni. Trafik KL masih lancar. Aku dah start puasa hari ni, inshaAllah target Rabu depan habis, weekend off haha. Pagi tadi bukan main awal aku sampai office, pukul 7 kereta dah parking baik punya. Sempat la aku tidur 30min dalam kereta sebelum punch kad. Time aku bangun la baru nak hujan pun. Tapi kalau hujan time aku tidur mau aku bangun time berbuka karang haha.

Habis Ramadhan, habis 3 Syawal, habislah suasana tu. Aku punya raya memang sampai raya ke 2 or ke 3 je. Tu pun hambar haha. Ada la  riuh rendah family tu, rasa la suasana raya tu. Tapi once semua dah balik, feeling raya pun balik sekali. Balik mana aku tak tahu. Haha

Ramai tegur aku makin kurus. Tak tahulah sebab puasa or sebab makan hati. Haha. Lepas ni aku rasa mula balik rutin lama aku, malam2 makan buah je sementara nak tunggu esok. Malas masak tak berbaloi makan sorang. Nak beli pun muak tak tahu nak makan apa. 

Perkakasan masak pun tak beli lagi. Aku tengok rumah sewa aku ni barang basah periuk belanga semua masing2 punya, tak sharing. Kalau masak untuk sorang, beli beras 5kg boleh tahan setahun agaknya.  Tunggu gaji la nak beli rice cooker bagai.

Pagi tadi datang kerja lahai malasnya. Aku update IG story, bila boleh pencen? Ramai gelakkn aku haha. Dorang kata baru 2 minggu kerja oii haha. Ni mood post raya aku rasa, plus orang pun ramai cuti lagi and aku pun takde task lagi.

Nak pergi rest, kalau aku bosan petang karang aku update lagi haha.

4 comments:

  1. Lepas ni aku rasa mula balik rutin lama aku, malam2 makan buah je sementara nak tunggu esok.
    kerja mengunyah sepanjang malam ke tu? haha

    orang tegur kurus tak suka ke? women is complicated. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang la haha

      ada ke cakap x suka? haha. tapi kurus sangat tak cantik *macam la tak kurus sangat cantik kan? ahahha

      Delete
    2. kalau suka anggaplah ianya sebagai pujian. hehe.
      kurus sangat tak cantik ke? hmm.. tapi cantik itu kan subjektif. every girl is beautiful. it just takes the right person to see it.

      Delete
    3. haha kurus sangat tak cantik lah, nampak macm sakit. yeszaaa u r right

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance