Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 4 June 2018

Persiapan raya

Ramadhan kali ni first time aku berjauahan dengan family balik setelah bertahun-tahun bulan puasa je mesti kat rumah. Tahun ni takde rezeki nak berbuka dekat rumah. Hari tu pun sempat berbuka sehari je dekat rumah Pah. Sedih.

Dekat sini hari2 aku beli, depan office aku ada sebaris stall jual juadah berbuka. Aku ulang2 tu je la sebab malas nak bersesak pergi bazar Ramadhan. Nak cari parking lagi apa lagi, ergghh buat kurang pahal puasa aku je karang. Alhamdulillah apa yang aku beli kat situ semua kena dengan tekak aku kecuali tadi beli karamel rasa panadol. Pahit. Gila apa karamel pahit?

Last weekend aku pergi rumah aunt aku dekat Negeri Sembilan, terisi la weekend aku dengan keletah cousins aku yang kecik2 tu. Rinduu Iman dengan Iqee. 

Sendu weh duduk sini, berbuka sorang-sorang. Macam syahdu haha. Sebab tu siapa ajak aku Iftar aku on je haha. Bila buka puasa sorang dia tak rasa puasa, dia rasa dinner. Haha. Kalau korang tanya aku sekarang puasa ke berapa serius aku tak tahu. Elak pagi raya aku bangun sahur je nanti haha. 

Aku rasa persiapan raya kali ni paling mesekin sekali bagi aku sepanjang aku hidup. As you all know, aku baru posting, gaji paling cepat dapat bulan 7 paling lambat bulan 8. Sekarang aku kais pagi makan pagi la cerita dia. Eh sekarang puasa so kais malam je. Hope lepas raya banyak jamuan raya boleh makan free haha. Sadis tak?

Time ni la kereta nak major service punnnn haha. Takde time lain ke?

So basically tahun ni aku just ada sepasang baju kurung. Tu pun kain Mak belikan, aku bayar duit upah je. Haha. Tu pun tak bayar lagi hahaha. Selalu aku mesti beli jeans, tshirt, kasut. Tahun ni tu je. Rasa la susah hidup nak cari duit ni. 

Tapi amazing nya aku tak kisah. Mungkin makin tua ni raya dah tak seseronok dulu2. We just looking forward to gather with family members, how will I look, who cares? Janji aku berbaju sudah. Aku jarang shopping baju bajan so nampaknya makin jarang lah.

Dengar orang shopping sana sini, ada jugak rasa meriahnya raya dorang. Tapi just rasa macam tu je la. Dah makin tua ni hidup dah makin berlandaskan cut coat according to cloth. Dah pandai bezakan keperluan dan kehendak. Dah makin matang. Dah boleh kahwin. Yeayyy. Eh? Haha

Lagi satu faktor aku rasa sebab takde siapa sponsor haha. Tau pun kau kalau guna duit sendiri macam mana peritnya kan nak keluarkan duit? Selama ni atas bawah luar dalam Mak sponsor. Dah besar ni malu la, biarlah berbaju baru raya pertama je, janji tak menyusahkan sesiapa. 

Makin besar makin sedar kebergantungan diri hanya pada diri sendiri. Remember that Nadia.

10 comments:

  1. Alahaiii nadia. Sendunya entry kali ni. Sayu pula hati yg membacanya.
    Kesian juga dkt anak buah. Duit raya confirm takda kan.
    Cepat2 kahwin nad. Nanti atas bawah luar dalam ada org sponsor. Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu dah declare awal2, tahun ni takde duit raya, tahun depan inshaAllah double. gituhhh.
      x jugak, dengan ekonomi skrg kita tak boleh nak mengharap orang lain sgt hihi. sikit2 boleh la, kena tgk kewangan bakal suami jgk

      Delete
    2. suami sponsor isteri. isteri sponsor suami. baru la romantik. gituhhh.

      harap bertabah ye sementara menunggu jodoh tiba. eh silap :b
      menunggu gaji masuk

      Delete
  2. well nadia, memang kehidupan memang nak seringkas mungkin tapi bukanlah bila dah berkeluarga nanti, haha! nanti dah ada family, seribu satu benda nak cukup lengkapkan. nak nampak sedondon gitteewwww...

    IQ tetap dengan boypren pujaan malaya, sedondon dengan dia je laa...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. raya ni ada phase turun naik kot. skrg phase menurun, nanti ada anak mesti mencanak balik haha

      hehe nanti post gambar dekat IG banyak2

      Delete
  3. Karamel rasa panadol?? Hahha *ni klako

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha skrg rasa kelakar, time makan rasa nak maki haha

      Delete
    2. Klaka la awk ni nadia

      Delete
    3. haha kalau kelakar gelak sikit haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance