Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 22 June 2018

Menu berbuka puasa ganti

Hari ni hari ketiga aku puasa, kalau habis hari ni tinggal lagi 3 hari nak habiskan minggu depan. InshaAllah Rabu depan lengkaplah Ramadhan aku tahun ni. Weekend nk berjimba, tak boleh puasa haha.

Aku selalu ada masalah nak berbuka apa. Hari pertama aku pesan bungkuskan nasi ayam dekat kawan-kawan aku yang pergi lunch. Not bad nasi ayam dia, RM5 je, ayam besar, sambal sedap. Dorang beli kat Nasi Ayam Mass, Setiawangsa.

Semalam aku malas nak fikir, aku pergi food court depan ni je. Order nasi putih, telur dadar and tomyam daging. Aku pun makan la time berbuka. Not bad, ada la rasa tomyam tapi daging macam daging lama. Bedal je laa.

Bila tinggal lagi beberapa suapan, aku nampak sesuatu dalam nasi. Tengok betul-betul sekali lalat mati. Huaaaa. Terus terbantut selera aku. Serius rasa nak muntah. Aku tak tahu menatang tu datang dari nasi or tomyam. Tak jadi nak hirup tomyam. Aku terus bungkus nak buang. Huhu sedih. Taknak pergi dah kedai tu. Merajuk haha

Hari ni aku fikir 2 menus nak berbuka. Sama ada Spaghetti or Sushi. Wah gitu selera oversea je engko ni haha. Tapi tu la, bosan jugak takde kawan2 ni. Semua busy. Buka pun sorang-sorang. Hmm. Nak cari kawan teman makan laa, on contract basis. Eh hahaha.

6 comments:

  1. Bagusnya nad dah start puasa.. Aku belum apa2 dh cuti. amacam

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sebab kalau tangguh tahun depan pun tak start.

      Delete
  2. Demmm ada lalat mati dalam makanan time berbuka puasa... huhuu nuu I kenot... X(

    Selamat berbuka dan berpuasa ganti Nad, gua nanti2 sikit baru boleh start... ahahaa :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. geli kannnn? iyyekkkk.

      Thank you. haha okay u ken du it haha

      Delete
  3. Nak cari kawan teman makan laa, on contract basis.
    camna nak apply ni? hehe

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance