Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 25 June 2018

Air terjun Serendah

Air terjun dia takde la rendah mana, tinggi jugak, gayat jugak air tu nak terjun, kenapa nama Serendah entah haha.

Sabtu lepas planned nak pergi mandi manda dekat Sg Chiling sekali dah sampai sana Sg Chiling tutup HAHAHA. Sebab hujan dari Jumaat malam membawa ke pagi Sabtu tu. Kecewa jugak la. Tapi wanita kental tidak pernah berputus asa. Lalu meneruskan niat pergi air terjun Serendah. Nak masuk kena bayar RM1 satu kereta. Serendah ni dalam 30-45 minit jugak la dari KL.

Tak ramai orang sebab orang sibuk pergi open house agaknya, aku takde siapa jemput, sian aku membawa diri ke air terjun hahaha. Pergi sana siap bawak bekal nasi lemak, memang padu makan nasi lemak ayam tepi air terjun haha.

📸 Olympus Stylus Tough Tracker


Air dia kat area terjunan tu memang deras plus sejuk. Aku pakai spek memang tak nampak apa sebab percikan air. Tu gambar tu aku punya la pasak kaki nak tangkap gambar kalau tak bergerak weh aku ke belakang haha. Merajuk dengan air terjun, suka tolak-tolak orang, tak sudi la tu nak terima haha.

Aku mandi kat tempat awam, sesuai la untuk keluarga. Aku yakin weekend biasa mesti ramai gila orang. Tapi tak silap aku ada tempat lain yang mungkin lagi menarik sebab ada jalan naik bukit yang aku tak tahu ke mana. Maybe datang next time boleh cuba.

Impian aku memang nak penuhkan aktiviti dengan air tejun and hiking. Tapi barang-barang hiking kena cari sikit-sikit sebab memerlukan bajet. Setakat ni aku baru ada, seluar hiking (orang bagi hadiah birthday hehe thank you 😘), kasut hiking. Nak beli sandal hiking pulak haha.

Hari tu pergi OU jumpa satu sandal hiking RM300 ++. Semalam pergi Decathlon teman adik aku pergi beli barang OBS, tengok sandal hiking RM89 je. Haha. Baik beli yang tu je ye dak? Korang kalau nak cari barang sukan sila pergi Decathlon sebab semua ada, cakap je what kind of sport you want to involve. Harga quite reasonable bagi aku and quality is parallel with the price and some items the quality are so good compared with the price tags.  Tapi kalau congkak pilihan korang, aku ketuk papan congkak dekat korang punya kepala lutut kalau korang cari guli dekat situ. 

6 comments:

  1. Area Langat sana banyak port best, nad. kalau minat hiking boleh try ke Air Terjun Lopor. Kena hiking sikit baru sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa tu on my next list. macam tau2 je kann hehe

      Delete
  2. musim hujan sejuk2 mcm ni rajin kau mandi air terjun nad. nak mandi pagi hari2 pun malas ni ha. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha cuaca sekarang tak menentu kan, tak sangka pulak hujann. tapi time sampai tu tak hujan. alang2 redah la. sejuk memang sejuk sampai ke tulang sum2 haha

      Delete
  3. Nad, nak tanya kawasan nad berdiri tu ada kawasan takungan ke. Besar tak atau bawah tu penuh batu2 kalau nak buat flip masuk air kira terpacak tak kepala kat batu tu .. haha..
    Habis soalan. Sila jawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kawasan takungan. takde batu. boleh flip haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance