Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 24 May 2018

~The End~

Akhirnya aku dan kawan-kawan dah dilantik ke skim perkhidmatan PTD pada 22.5.2018 lepas. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi after all ups and downs akhirnya berjaya jugak pegang title tu.

Aku dah pun melapor diri hari ni. Dekat mana? Biarlah orang yang tahu je tahu hehe. First day went well, Alhamdulillah. KSU situ orang kampung aku pulak. Adoi kena bambu tadi sebab aku tak cakap bahasa Perak haha. Family aku memang cakap bahasa standard nak buat guane haha. Faham tu faham, cakap pun cakap tapi tak pekat. KSU cakap aku lupa daratan sebab dia kata selalunya orang kalau cuba ubah slang akan dapat detect tapi aku memang cakap KL habis katanya. LOL. Dah memang aku tak buat-buat haha.

Hidup aku caca marba sikit sebab Selasa lepas dapat surat hari ni dah kena melapor diri. Kegilaan apakah? Semalam baru ambil kereta dekat adik aku. Tapi Alhamdulillah ada orang tolong aku carikan bilik sewa yang sesuai ikut kriteria aku. Thank you so much. Senang sikit kerja aku, aku tinggal nak deal je. 

Apa kriteria bilik yang aku nak? Aku taknak sharing room, aku nak rumah fully furnished. Gituh demand. Dah dapat dah bilik tapi culture shock kejap sebab bilik kecil gila dari bilik sewa aku dekat Ipoh tapi double the price. Huhu. Tapi jadilah sementara waktu ni, lagipun tempat tu strategik banyak kedai makan and dekat dengan mall. Dekat je dengan office aku tapi jem hanet haha. Aku balik nak tidur je pun. 

Sabtu / Ahad ni baru aku pindah. Buat sementara ni INTAN bagi merempat dekat sini sampai Ahad ni tapi makan cari sendiri. Nasib baik depan office aku ada orang jual juadah berbuka, aku beli nasi kerabu tadi, sedappppp. Aku kalau order nasi kerabu panjang: nasi kerabu taknak budu taknak solok lada, cili lebih nak telur masin nak daging salai. Hah 2 nafas haha. RM7.50, ok la. Berbuka sorang je pun nak beli banyak2 siapa nak makan? Syaitann? Hahhaha

Kenapa orang jual nasi kerabu selalu sombong eh? Dah 3 orang aku jumpa camtu, taknak senyum, cakap marah-marah. Sebab dorang tahu nasi dorang sedap kot, buat muka tak laku pun nasi tetap laku. Eee pakal sedap je, kalau tak mandi budu dah dorang tu. Nak tarik rezeki tu cubalah muka manis sikit. Herghh.

2 bulan mendatang ni aku akan jadi miskin tegar sebab gaji tak masuk. Mampus aku. Kalau korang nampak aku bertenggek tepi padang tu aku tengah makan rumput la tu. Lembu makan rumput hidup je, gemuk lagi, takkan aku tak boleh haha. 

Aku rasa masih tak terlambat untuk aku ucapkan Salam Ramadhan pada semua. Maafkan segala salah silap aku yang mungkin ada buat sesiapa berkecil hati, sesungguhnya aku manusia yang penuh khilaf. Doakan aku dapat duduk department yang terbaik, yang aku boleh bagi yang terbaik kepada rakyat dan negara. Gituhhh. Islamik rasa update blog sambil bertelekung tunggu Isya' ni. 

Till we meet again. I love myself *tibahhhh.

12 comments:

  1. Tahniah Nadia. Akhirnya berjaya juga awak pegang title tu.
    Duk sharing room memang tak best, roomate dgn stranger mana tk kenal. Biar byr lebih asalkan dpt privacy.
    Tunggu kahwin nanti je baru ada roomate kan? :)

    Semoga semuanya berjalan lancar lepas ni, insyaAllah.

    Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih
      aah, privacy itu penting. hehe
      dah kahwin nanti boleh mintak kuarters kerajaan

      ameen. inshaAllah

      Delete
  2. Congrats Nadia ! ��
    Enjoy your new life ��

    ReplyDelete
  3. tahniah nad. selamat bertugas di tempat baru. selamat berpuasa

    ReplyDelete
  4. Salam ramadhan to you too!
    Semoga terus sukses dalam kehidupan sekarang, akan datang dan seterusnya..
    Happy fasting!
    ^_^

    ReplyDelete
  5. Tahniah nad, bkn senang nk senangkn.. semoga dpt berikan yg terbaik spt yg dihajatkan, finally u did it great dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank youu hashriq. inshaAllah. ameen

      Delete
  6. Akhirnya dpt juga apa yg dihajati. Tahniah.

    Time nak raya mcm ni pula xda gaji. Kesian.. camna nk raya nanti.

    Meh bg acc bank :b

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :)

      haha x raya la gamaknyaa.

      ok pm tepi haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance