Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 13 May 2018

Diari seorang pengundi baru

Kebelakangan ini negara kita kecoh dengan bertukarnya tampuk pemerintahan negara. Perghh ayat 1st aku macam nak buat karangan PAC. Haha

Aku cuti PRU start hari Selasa. So malam Isnin aku balik naik ETS, pukul 10.45pm. Mula-mula perjalanan lancar, walaupun sedikit sejuk tapi takpe aku ada bawak sweater sebagai bekalan. Seat sebelah aku takde orang, aku pun tidur tanpa memikirkan orang lain.

Sampai Tg. Malim ada orang duduk sebelah aku. Lelaki dan very horizontally challenged. Sumpah aku tak selesa, aku terpaksa menikuskan badan aku. Dah la aku tak suka tikus *takde kena mengena. Macam mana aku cuba kecilkan badan pun aku tetap terpaksa bergesel dengan lengan dia. Huhu. Tak selesa, tak suka. Aku bukan nak hina tapi for your healthy and keselesaan orang lain, please dont be obese.

PRU 14 ni merupakan PRU pertama yang aku pergi mengundi. Alhamdulillah, Allah tahu aku tak suka benda-benda kena menunggu ni, pusat mengundi terletak kat sebelah rumah aku je kahkahkah. Aku pergi mengundi lepas Zohor dan yang paling penting takde orang dah time tu haha. Ikutkan instagram aku punya following, aku orang ke 450 upload gambar jari warna ungu. Tapi aku rare sikit, orang lain #donemengundi, aku persoalkan kenapa dakwat tu cengkam tangan aku?

Petang tu aku dah confuse nak balik ke tak sebab aku kena ada kat KL sebelum pukul 8 pagi hari Khamis. Confuse nak tunggu keputusan dulu ke macam mana? Sebab kalau PH menang dapat cuti Khamis Jumaat. Tapi kalau tunggu keputusan lambat sangat nanti tak sempat pulak aku nak sampai INTAN sebelum pukul 8 pagi.

Lastly aku decide untuk balik lepas Isya'. Bertolak dalam pukul 9.30pm dari Ipoh. Berhenti makan dekat satu perhentian punya lama sambil debor tunggu result PRU. Serius debor wehhh, kalah debor bukak email keputusan interview. Dalam pukul 12am lebih aku decide berhenti RnR Jejantas Sg. Buloh dan lepak situ sebab tengok kan keputusan semasa macam akan cuti.

Tapi memang lama bebenor nak tunggu result, rasa nak pergi tolong kira, apa ke susah nau nak announce. Dah nak pukul 2am aku masih kat sana menunggu dengan penuh sabar dan mengantuk. Tak sabar mana pun sebenarnya. Then aku decide nak tidur kat situ dengan harapan bila bangun aku dah tau result. Terjaga dalam area pukul 4am dengan tidak percaya bahawa PH menang kali ni. WOW. This is new and WOW.

Lepas dapat arahan rasmi dari pihak INTAN bahawa Khamis Jumaat cuti, dalam 4.30am aku decide patah balik Perak. Kerja gila woi. Memang aku saja pusing2 highway malam tu semata-mata nak dengar result, ye la takut kat rumah takde line *rolling eyes* Singgah RnR Tg Malim, sambung tidur sampai 7.30am. Then sampai rumah pukul 11.30am lepas singgah makan, cuci muka bagai.

Begitulah liku kehidupan seorang pengundi baru. Baru 1st time mengundi dah tukar kerajaan. Hebat betul tanda X aku hahahhahahaa.

Aku harap siapa pun yang memerintah kerajaan can serve better for rakyat, improve our economy, hapuskan kemiskinan, hidup selesa dengan rasa selamat. Aku harap mentaliti rakyat pun boleh berubah sekali.

Kalau ikutkan, batch aku punya Kadet PTD adalah batch pertama yang akan berkhidmat bawah kerajaan baru. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Semoga Allah merahmati kita semua. Ameen.

8 comments:

  1. Tahniah, anda sudah menjadi sebahagian dari kisah sejarah negara kita. hehe.

    ReplyDelete
  2. Wah..larat pulak la awak nk ulg-alik..
    .
    Eh dpt tahu dah posting mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sanggupp

      Belum. Next week inshaAllah

      Delete
  3. IQ nak patah balik tapi pukul 9 malam dah terpacak dalam rumah, balik ganu mengundi, bila dapat cuti, menangis IQ mengenangkan nasib penat drive jauh2...huaaaa....xpe la...next time tukar alamat, malas nak mengundi dkat kampung dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh tu terengganu. nadia ampun lagi KL-Perak je. huhu tu la kan. mengundi dekat senang. jem pun tak payah

      Delete
  4. Lambat announce result sbb recount vote. Biasa la tu msti ada yg tak puas hati.
    Kesiann dia. Sampai kena patah balik tu. Ini kisah boleh cerita sampai anak cucu ni. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRU lepas recount jugak, tapi tak la selama ni.
      memang sejarah PRU kali ni, mmg wajib anak cucu tahu

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance