Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 15 May 2018

Chill, please?

Malaysia tak habis lagi sembang pasal politik. Aku rasa bukan Malaysia je gempar, dunia pun gempar. Twitter bukan main meriah, aku memang baca twitter je. Informative woo twitter ni, kekadang dia keluar cerita dulu baru news paper keluarkan. Power baq ang rakyat Malaysia bab membawang ni. Haha. But being me, aku just baca, ada yang aku percaya ada yang aku tak percaya. Aku jarang la RT benda2 politik ni. Bese lah dah jadi half orang gomen ni, kena la jaga sikit. Ye dak?

Tapi honestly aku tak berkenan nak baca makian tak bertepian ni. Ye kita tahu yang salah tetap salah, yang jahat memang jahat tapi maki tu berpada-pada lah. Nak puji pun berpada. Senang cerita dalam dunia ni nak buat apa pun berpada-pada. Kalau tak padah jawapannya.

Ni aku dengar sebab politik ada yang bergaduh antara ahli keluarga. Fanatik sangat. Benda ni simple je, dont make it complicated. Setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing, raikan perbezaan pendapat, hormat pandangan orang lain. Jangan emosi. Agama benarkan berpolitik tapi bukan jual agama untuk berpolitik.

Jangan senang-senang nak mengkafirkan orang, nak mendajalkan orang la apa la. Siapa kita nak ada hak tu? Apa yang orang pilih tu hak dia. Aku selalu dengar kita dimomokkan dengan benda2 yang tak betul. Ingat, kita ada Perlembagaan Persekutuan yang lindungi kita dari segala ancaman. Kita ada kerajaan, ada pemerintah, ada raja dan yang paling penting kita ada Allah. Akidah tersemat di dada bukan di bendera.

We serve government of the day. Yang dah lepas tu jadikan pengajaran dan tauladan. Yang mana baik kita hargai, yang mana buruk kita perbaiki. Jangan di atas elok je, kita yang kat bawah ni yang melebih-lebih. 

Jangan sebarkan benda yang kita tak pasti kesahihannya, yang kita takde ilmu tentang benda tu. Serahkanlah pada yang pakar. Bukan level kita nak tentukan bentuk kepimpinan tertinggi, kita boleh suarakan tapi dengan cara berhemah please. Kekalkan adab kita sebagai orang Islam.

Chill please guys, please?

8 comments:

  1. Yep, kadang yg dibawah tu yg melebih2. Yg diatas tu bila2 masa je bole melompat. Ahaha..

    Logout je twitter tu nad. Pergi install game . Hahaha

    ReplyDelete
  2. bab politik ni memang sampai sudah tak habis, tetiba semua nak jadi penganalisa politik plak. ape2 pun memang kena berpada2, bersederhana gitu.

    cadangan atas memang bernas, nak folo jugak lepas ni. haha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Yang memandai tu yang menyakitkan hati haha. Diam lagi bagus kan

      Delete
  3. Okay, diharap semua rakyat jelata akan chill , dan cool juga , macam awak :b

    Selamat berpuasa Nadia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Semua patut contohi aku yang cool kahkahkah

      Selamat berpuasa too

      Delete
  4. Yeap.. rakyat malaysia x chill.. on the other side, i judge people hard bila scroll twitter hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tapi twitter ada sisi lawak and sarkastik dia. so far i enjoy being there on rare occasion haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance