Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 26 May 2018

Cari rumah di area KL

Nak cari rumah area KL ni memang bersepah just ianya ikut kriteria yang kita nak ke tak. Janji ada duit, banglo pun ada. For the beginning untuk settle down ni aku cari bilik. Kalau aku kaya sah-sah la aku sewa serviced studio, senang hidup aku semua ada siap terhidang depan mata. Ada saja berangan pergi survey studio, tercekik tengok range harga antara 1200-2000. Mampu tengok je la nak haha.

Bilik ni pun ada orang carikan, aku bagitau aku nak macam mana dengan gigihnya dia tolong carikan. Cayalahhhh dah macam agent haha. Bilik yang aku dapat ni kecik gila, nasib baik ada tingkap kalau tak nescaya aku rasa macam duduk dalam stor. RM400 sebulan termasuk utilities, rumah fully furnished and bilik single. Aku redah je ambil sebab terdesak, environment okay and tempat strategik. Bawah apartment aku ada mall, senang nak beli apa-apa tak payah naik kereta, aku pakai baju kelawar je nanti turun hahaha.

Cari bilik sewa dekat KL ni kena hati-hati sikit. Macam hari tu aku dah deal dah, dah tanya macam-macam then last-last baru dia bagitau yang lagi 2 bilik dalam rumah tu pasangan suami isteri duduk. Oiii gila apa, takkan aku nak pergi toilet berjubah berniqab bagai. Lepas tu katakanlah dua2 bilik bini masing-masing out station, dah tu aku nak bersekedudukan dengan 2 laki? Aku yang kena masak untuk dorang? Hahaha. Tak dapat aku bayangkan kalau aku dah bayar deposit bagai. Deposit dah la 2+1 kat sini. Kalau burn nangis tak berlagu la aku, dah la memang tengah sengkek. Alhamdulillah agent tu bagitau.

Nanti dah stabil sikit, inshaAllah aku akan sewa tempat yang lebih selesa, sewa rumah senang Mak aku yang kuat berjalan tu nak datang. Ada rezeki lebih lagi memang aku niat nak beli apartment kat sini sebijik. Doakan hehe. Baru mula kerja dah berangan macam-macam.

Sekarang ni adalah phase untuk aku sesuaikan diri dengan kehidupan baru. Dari rumah aku nak pergi office 8km je tapi jem and nasib baik takde tol. Sebelum ni aku niat nak beli kereta lain sebab adik aku nak ambil kereta aku, sekali tengok dia dapat kerja lain yang memberangsangkan so dia yang beli kereta lain haa. So, buat masa ni aku taknak fikir pasal kereta dulu, nak beli rumah dulu.

Semoga Allah setuju dengan perancangan aku ni. Ameen.

9 comments:

  1. Kalau tengok harga rumah skg ni cuma nampu lihat je la. Harap gov baru ni dpt sediakn lg bnyk skim rumah mampu milik. Kalau staf gov bole apply rumah prima tu kan.
    Moga dpt capai impian awk utk memiliki rumah sendiri.
    Eh, cari rumah je ke? Tangganya tak nak cari skali? :b

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah. pr1ma dah takde rasanya dengan govt baru ni. maybe dorang akan buat skim lain pulak.
      ameen. kalau boleh taknak rumah ada tangga, malas daki :P

      Delete
    2. ouch, silap. my bad. yg ppa1m tu kan khas utk staf gov. harap gov skg ni kekalkan la kemudahan yg sedia ada ni. yg elok kenapa mesti dibuang kn? biar tukar nama je takpa.

      taknak rumah ada tangga eh? kesian tangga.. rumah pun dah taknak, nak pergi mana lagi :b

      Delete
    3. Aah. Tu la hope so

      Tangga boleh pergi shopping mall haha

      Delete
  2. Kalau RM400 boleh dapat 1 bilik selesa kat condo yg ada swimming pool and gym. Tp mungkin depends pada lokasi juga. .

    All the best . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini ada benda2 tu plus tempat dia strategik. mybe thats why dengan harga tu but small room hehe.

      thank you Zhi :)

      Delete
  3. Hey. I pun pernah ada experience yang hal sewa rumah ada pasangan suami isteri tu. Gila ke apa? Lepas tu bila kita tak nak, macam macam lah dia kata katanya kat kawasan tu payah nak dapat bilik kosong lah etc. Alih2 dapat je I rumah yang ok & housemates yang superb. Hish tak boleh nak ingat betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan gila. Rupanya kat KL benda tu biasa 🤦🏽‍♀️

      Banyak je rumah yg lebih sesuai kene lebih rajin cari. Glad u got one.

      Delete
  4. merepek je la kan satu rumah bole duduk campur laki perempuan camtu.

    tak jadi tukar kereta eh? beli kapcai sebiji nad. bole merempit. haha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance