Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 26 April 2018

Submodul Partnership Program (SPP)

Ni adalah modul kedua terakhir sebelum masuk ke Minggu Sintesis. Senang cerita modul ni bersamaan dengan intern la. Everyone of us diletakkan bawah satu kementerian selama 5 minggu. Aku ditempatkan di MITI, bawah unit M&E, Dasar Sektoral.

Selama 5 minggu aku kat sini memang hectic sebab nak juggle antara kerja hakiki, research and benda hanky panky. Mula-mula macam culture shock jugak la, minggu pertama tu aku sampai migrain la nak digest. Yela, aku background Law kot, tetiba nak fahamkan pasal dasar machine haha. Dasarrrrr.

Ada 5 minggu je tapi kena buat research memang mencabar ketahanan mental dan emosi. Tapi Alhamdulilah sangat-sangat supervisors aku banyak membantu, may Allah bless their kindness and their knowledge that had been shared with me.

Untungnya aku dapat MITI sebab MITI dekat dengan INTAN, perjalanan 15 minit je and tak jem. Heavennnn plus tak payah sewa rumah macam kawan-kawan aku yang kena dekat Putrajaya.

Bagi aku MITI ni best, environment dia very corporate, kondusif and proaktif. Ni pandangan aku duduk selama 5 minggu la, kalau 5 tahun mungkin berubah haha.  Tapi aku tak apply pun MITI haha. One day, who knows? 

SVs aku baik gila, banyak membantu, Alhamdulillah sangat-sangat. 2 minggu terakhir sebelum hantar research memang caca marba hidup aku. Semalam present, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Hari aku terlibat dengan malam MITI. Aku dipaksa menari kau tahu! Benda aku paling lemah sebab badan aku macam kayu keras dia and aku lambat nak synchronize antara kiri dan kanan. Tak tahu la nak cakap enjoy ke tak tapi malam persembahan tu posisi aku betul2 depan Tok Mad? Kenal tak siapa Tok Mad? Ala Menteri yang suka masak nasi goreng tu. Harapnya lepas tengok aku menari, makin sedaplah nasi goreng dia hahaha.

Hari ni hari last aku kat sini. Alhamdulillah, lega. Tinggal nak submit dokumen je. Sikit je lagi Nadia, you can do it!

4 comments:

  1. Kena menari apa tu nad? Ada masuk tv ke? Haha

    All the best nadia !

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha menari biasa2 je. uishhh kalau masuk tv nanti tutup stesyen tv tu haha

      thankyouuuu

      Delete
  2. Wah, nk habis dah dia...modul apa lepas ni?
    .
    Seronok baca pengalaman awak buat dpa..mcm minat nk apply..tpi 10 bulan nk harung tu y rsa mcm tak mampu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni modul Negaraku, modul terakhir :)

      Apply la, boleh punya harungi 10 bulan ni, tak la seteruk mana hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance