Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 15 April 2018

Genggamlah seadanya

Bukan senang nak melepaskan sesuatu / seseorang dalam hidup kita especially bila kita rasa ianya adalah hak kita. Dan susah jugak nak ajar seseorang untuk melepaskan sesuatu. Semuanya berbalik kepada diri sendiri.

Ada benda kita genggam kuat sangat dan tanpa sedar dia melukakan tangan kita. Ada benda kita pegang longgar dan tanpa sedar ianya terlepas dari genggaman. Bila kita pegang sesuatu, genggamlah seadanya, tak terlalu ketat, tak terlalu longgar. Jangan sampai menyakitkan, jangan sampai terlepas.

Sebab bila kita pegang terlalu kuat dan melukakan diri sendiri, akhirnya benda yang kita genggam tu terpaksa kita lepaskan tanpa rela sebab kita dah tak mampu nak genggam lagi. Dan bila kita genggam terlalu longgar kita tak sedar benda tu jatuh dan dah disambar orang lain.

Genggamlah sesuatu dalam keadaan yang selesa. Bila kita perlu ketatkan genggaman, ketatkan sekejap dan longgarkan balik ke keadaan yang selesa. Bila kita rasa genggaman makin lemah dan apa yang kita pegang tu hampir terlepas, kuatkan sedikit genggaman supaya ianya tak tergelincir.

Ada masanya, apa yang ada dalam genggaman kita tu bukan milik kita pun, ia hanyalah amanah untuk kita bawa dari point A ke point B, maka bila dah sampai di point B lepaskanlah benda tersebut ke tangan yang lebih hak yang mungkin akan bawa benda tu ke destinasi terkahir. Sambil lepas tu nyanyi sikit ~melepaskannnn muuuu bukan mudah bagiku melalui semua iniiiiiiiii~ Hahaha

Once sesuatu tu ada dalam tangan kita, memang kita rasa itu hak kita selamanya sampai kita lupa yang dalam dunia ni semua sementara. Belajarlah melepaskan walaupun sakit, walaupun tanpa rela sebab tangan kita takkan pernah kosong. Setiap yang kita lepaskan akan diganti dengan yang lebih baik, mengikut kesesuaian kita. Kalau kita tetap pegang pada benda yang kita anggap baik untuk kita, kita dah takde ruang untuk genggam benda yang memang baik untuk kita.

Trust in God. 

8 comments:

  1. yeah, dalam hidup kena belajar untuk melepaskan juga

    Nadia, hope you're okay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh

      I'm doing absolutely great haha

      Delete
  2. Kenapa kena lepaskan yg ada kalau belum pasti lagi yg akan datang akan lebih baik dari yg ada skg?

    Eh, Nad dah abis modul ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud saya ni situasi yg bila kita hold benda / seseorang tu, benda tu tak baik untuk kita, so better lepaskan. setiap yg hilang mesti akan diganti dengan lebih baik, tu janji Allah. Dia takkan aniaya hamba Dia.

      belum.

      Delete
    2. Ok. Got it.
      Good luck with your ptd thing.
      Nak abis dah kan?

      Delete
    3. yup bulan depan inshaAllah. Ameen. Tq :)

      Delete
  3. Betul...kadang kala kita kena lepas kan sesuatu buat msa ini, utk memastikan pada masa hadapan adalah lebih baik...

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance