Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 19 April 2018

Deleted FB's Acccount

Mungkin ramai yang dah tau aku takde FB akaun, dulu ada then aku deactivated. Dan aku tak active kan balik dah lepas tu. Boleh je aku hidup takde benda tu. Main reason aku deactivate dulu sebab aku rasa benda tu makanan negatif untuk jiwa aku, dia macam control aku. 

Aku taknak ambil tahu pasal orang tapi bila ada FB aku tertahu pasal orang. Ambil tahu means benda yang negative, yang positif aku okay je nak ambil tahu contoh macam kawan aku kahwin ke dapat anak ke.

Tapi tu la dia, lepas deactivate FB aku memang lost contact dengan ramai gila orang, aku tak tahu update kawan2. Aku terkejut gila bila pergi kenduri tengok-tengok kawan aku ada anak sorang boleh berlari dah. Kahkahkah. Tapi being me, aku memang selesa hidup dalam dunia kecil aku, so aku tak kisah hidup orang sangat. Kalau tertahu dari kawan lain tu, tahu la, tak tahu pun tak eeffect apa-apa pada hidup aku.

So aku pun jarang dapat invitation kenduri, yang rapat memang akan terus message aku personally sebab dorang tau aku takde FB. So kadang-kadang kawan lain suruh si pengantin message aku personally untuk jemput pergi kenduri sebab aku tak dapat invitation FB. Dorang pun message je aku, tak ke special sikit? Hahaha.

Tapi yang tak jemput pun serius aku tak kecil hati langsung, kalau aku tahu inshaAllah aku doakan. Sebab yang dapat invitation pun aku jarang pergi hahaha.

Makin tua ni kita memang makin selesa dengan circle kita je. Macam kalau dengan kawan office jumpa kat office dah la, waktu lain memang untuk diri sendiri dan keluarga. Kan?

Ok berbalik kepada FB. Dari beberapa tahun kebelakangan ni ada je orang yang rajin active kan FB aku. Aku sumpah tak tahu siapa sebab seingat aku, aku tak pernah share password aku dengan sesiapa. Mana aku tau akaun aku diaktifkan? Aku dapat notification dari FB. Tapi yang peliknya notification activate tak dapat, yang dapat notification ada kawan FB aku post gambar la apa la.

Memula aku ingat dia saja bagitau then aku suruh kawan aku cek ada tak wujud profile aku. Ada rupanya. Sadis. So aku rasa lebih 10x aku tukar password and deactivate balik. Tapi malaun tu gigih activate kan balik. Alhamdulillah dia tak buat benda yang tak senonoh.

Selama ni aku tak tahu account FB boleh delete permanently. Tetiba hari ni jadi balik and aku terfikir nak google macam mana nak permanently delete account FB. Ada rupanya haha. Korang google je kalau nak delete account nanti. Tapi tu memang tak boleh active kan balik and semua gambar bagai hilang. Sebelum delete nanti dia akan suruh tekan 1 link untuk back up data dalam FB tu. Aku tak back up pun. Kan aku cakap, aku bukan orang yang sentimental. Biarlah gambar-gambar dalam tu terkubur sekali.

Once delete, dia akan deactivate akaun and dalam masa 14 hari akan permanently deleted. Hope tiada masalah dah la lepas ni.

Bye FB. Rest in peace yawwww. 

14 comments:

  1. Bahaya betul sapa yg activkan balik tu. Camna dia bole tau passwd?

    Saya pn xde fb. Kalau ada pun taktau la nk update apa. Hari2 rutin hidup sama je. Haha. Lagipun kawan2 bukan ada ramai sangat pun. Hehe

    Memang bole delete permanently pun. Tahniah Nadia, bijak pun awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang tak tahu tuu

      ha kann. dulu ada pun jarang update. hehe sama la kita, kawan bleh kira dengan jari

      hehe tu la baru tauu haha

      Delete
  2. pelik benor selalu sangat org aktivkan fb tu. mcam awk ni org yg penting sangat pula. hahaha

    maybe awak patut tukar password email sekali . just for security reason

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhah kan. FB VIP pun tak kena macam ni. kita husnuzon dia nak tumpang je malas create akaun sendiri haha.

      yepp tukar dah semua huhu

      Delete
  3. Dulu diactivated kejap .. lepas tu nak buat FB page utk biz, kena ada fb account. Register balik and add family & kawan terdekat je. Ada la 63 org.. kira sebulan sekali la kot update status.. Kalau tak, memang tak tengok pun FB. Biar setakat ada2 je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi certain people FB ni memang keperluan dia. It depends actually, on how we use and manage it hehe.

      Delete
  4. Makin tua ni kita memang makin selesa dengan circle kita je.
    Dah tua ye nad :b

    Fb tu mungkin memang diorng buat deactivate tu mcm sementara je pastu
    dia auto activate sndiri kot.. Kenapa delete terus ? Ramai sudah yg bertemu jodoh di fb :b

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yo laa, tuo dah haha

      mungkin jgk kot, entah laa. macam tu apa function orang deactivate hoho. haha x pelah, biarlah bertemu jodoh di syurga. eh? haha

      Delete
  5. hari tu buat delete, buat delete dan buat lagi kali ni betul2 punya nak kasi delete...setuju dengan statement yang fb ni macam makanan negatif...dan farewell fb! adios!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. delete la kalau itu membawa kepada kebaikan

      Delete
  6. Apa-apa pun, blog tetap di hatikuuu~ ;3

    Hai Nadia~ *lambai2... datang dari blog Lee-kun* :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ye betul!

      Haiiii~~~!! *lambai balik dengan excited haha

      Thank you Lee menemukan kami haha

      Delete
  7. 10 kali tukar? tukar password senang. nak mengingat balik tu yg payah. haha
    fb tu org banyak buat marketing je skg ni. tak rugi pun kalau takda.

    tak suka gi kenduri kahwin org eh? esok2 nanti org tak datang kenduri awak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha not exactly 10x kot. betul tuuu. sbb tu setiap kali tukar mmg buat notes passwrod baru tu.

      haha kenduri saya nnt tak jemput org kot hahahahahha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance