Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 28 February 2018

Pah

Sekarang ni aku ada sorang je Opah. Yang lain semua dah meninggal. Pah aku wanita yang baik. Memang la, pah siapa je mafia ye dak? But can I say Pah aku seorang wanita yang mulia? Dia jaga anak2 tiri dia macam anak sendiri dari kecil sebab nenek tiri aku berkerja time tu. Dia jugak mertua yang sangat baik walaupun ada menantu yang macam hantu.

Apa anak cucu nak makan semua dia masak. Apa aku merengek kat Mak contohnya nak Milo Ais tapi Mak malas layan aku dan aku tetap dengan ego teruskan rengekan, Pah yang akan bangun pergi bancuh Milo untuk aku.

Lately Pah tak sihat, betul2 lepas kitorang sambut birthday dia. Masuk IJN and Alhamdulillah nothing serious yang perlukan operation. Now baru dapat berita Pah masuk balik wad sebab masalah buah pinggang dan infection dekat paru-paru.

Aku sedih. Aku risau. Aku jauh sekarang, aku dekat Johor sampai Khamis depan. Aku nak balik tapi tak boleh. 

Aku takut. Aku takut apa-apa jadi kat Pah time aku jauh. Tetiba aku teringat kenangan aku yang takde kenangan terakhir dengan arwah Tok.

Dua minggu sebelum Tok 'pergi', aku balik kampung. Aku sampai malam time Tok dah tidur. Tak sampai hati nak kejut. Esoknya aku gerak awal pagi balik Kedah, time tu Tok masih tidur dan again aku tak sampai hati nak kejut.

2 weeks after that, aku dapat call yang Tok dah takde. Time tu aku kat kawasan yang jauh susah nak dapat transport nak balik. Takde saudara yang berdekatan nak tumpang. Semua saudara tak available nak ambil aku sebab nak uruskan Tok. 

Mak call aku cakap tak payah balik sebab tak kan sempat pun nak tengok Tok buat kali terakhir sebab amanat Tok memang kalau dia 'pergi' jangan tunggu sesiapa, cepat uruskan.

Benda tu aku paling ralat sampai sekarang. Bukan aku tak redha atas pemergian Tok, aku redha. Cuma aku selalu persoalkan kenapa la aku tak kejut je Tok time aku balik tu? It wont harm anything. Tok sayang aku kot, sayang sangat. Kalau salam dia selagi tak cium pipi dia jangan harap dia lepas. Dia tau aku geli, kalau salam dia, dia genggam tangan aku sambil geletek tapak tangan aku dengan jari. Dia tau aku geli, dia selalu gelikan aku dengan janggut dia.

Kita selalu ingat orang yang kita sayang hidup selama-lamanya. Kita selalu take things for granted. Itulah penyesalan aku. Even now, I'm typing this while crying. Aku harap aku dapat jumpa Tok kat sana. 

Geletek la Nadia, gelakkan la Nadia yang tak duduk diam sampai Tok panggil Nadia ostrich sebab suka jalan melompat-lompat, marah la Nadia bila buat salah, ajarlah Nadia English macam Tok selalu buat dulu.

Aku harap korang boleh doakan Pah aku kembali sihat walafiat. Dipermudahkan segala urusannya. 

Alhamdulillah majoriti urusan Pah, parents aku yang uruskan kebetulan Ayah pun dah pencen. Sepanjang Pah kat wad Mak yang jaga. Pah memang selesa dengan Mak sebab kalau anak lain nak teman dia macam impliedly nak Mak yang teman sama. Pah nak Mak masakkan untuk dia. 

Untung jadi Mak, parents bergantung harap dekat dia. Dulu arwah Tok pun sikit-sikit nak Mak aku jugak uruskan dia. Mak aku suri rumah, tu la kelebihan dia. Adik beradik lain mungkin boleh bagi sumbangan wang ringgit tapi Mak boleh bagi sumbangan bab tu. Itulah kerja Allah. Ada anak yang excellent dalam pelajaran, ada anak yang takde rezeki nak pegang jawatan besar di pejabat tapi pegang jawatan besar dalam hidup mak ayah dorang.

Aku harap aku boleh jadi anak seperti Mak aku. Ameen.

6 comments:

  1. mudah2an, semoga Pah berada dalam keadaan yang baik2. kuat nadia kuat!

    ReplyDelete
  2. Sedih baca...kita memg tak boleh baca org cerita pasal opah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry if i make u sad.pah mmg antara insan terpenting dalam hidup kita :')

      Delete
    2. Sma la kita...kita memg ada opah belah ayah lagi...tpi opah kita belah emak takkan ada org blh ganti...dia lah segalanya...kalau mak tak sihat, dialah emak...seterikakan baju sekolah, masakkan...jdi bila dia tak da, terkesan kt hidup ini...walau dah hampir 2 thun opah pergi, tp tetap rasa mcm dia ada lgi...rindu y tak terungkap...klau makan ikan keli goreng je, minum kopi ke, mesti igt opah...tp kita bersyukur, sampai hari terakhir dia kt dunia, Allah beri kita nikmat berkhitmat utk dia...alhamdulillah...kenangan..

      Delete
    3. duduk sekali ke dulu? semoga kita berjumpa balik dengan orang yg kita sayang kat sana. semoga roh mereka dicucuri rahmat.Alhamdulillah dpt berjasa hingga nafas terakhir. u should be glad :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance