Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 7 January 2018

Sg. Chiling, Kuala Kubu Bharu

Semalam aku pergi Sg Chiling for the first time, selalu dengar cerita orang je. Dari tempat aku dalam 45minit nak ke sana, lalu highway baru tu, ala yang tinggi tu. Waze bawak lalu situ, lalu je la.

Sebelum sampai sempat singgah tepi jalan ambil gambar kat tasik. Tasik ke lombong ke empangan ke apa aku tak tahu. Yang penting bukan longkang tapi nak ke sana kena langkah longkang.


Agak lewat aku sampai sana, dalam 12.30pm. Dah la pergi tak tahu kat mana nak masuk, sekali dah terlepas agak jauh jugak la sampai dah nampak signboard ke Bukit Fraser haha. Memula dah nampak dah signboard Santuari Ikan Sg Chiling tapi rasa macam tu kolam ikan hahaha. Sekali betul la tu.

Nak masuk dalam kena menapak sikit. Check in, bayar seringgit sorang. Time balik nanti kena check out jugak. Nak memastikan korang selamat keluar agaknya. Kena bayar deposit untuk makanan yang dibawak. Macam semalam aku bawak KFC dengan air kena bayar RM10. Nanti dah balik tunjuk kotak KFC dengan botol air, dia pulangkan balik duit tu. Lepas tu kau pergi buang kat parking area yang bersepah sampah kat situ langsung tak terurus walaupun ada tong sampah sebesar anak gajah kat situ. LOL.

Sg Chiling tutup Isnin-Khamis. Kalau nak pergi air terjun last waktu masuk 2.30pm. 5.30pm kena ada kat entrance balik, kalau tak jembalang yang halau korang balik. Haa takut tak dengan kebongakan aku haha. Bab jembalang je aku bongak. Tapi mustahil dalam tu takde jembalang haha. 

Nak ke air terjun kena jungle trekking. Jalan okay, ada part yang agak sulit. Macam pelik je guna word sulit. Tukar lah, sukar haha. Aku tak sampai ke air terjun pun sebab nampak cuaca dah mendung and time tu dah dekat sejam perjalanan and nanti nak patah balik. So aku suggest kalau nak pergi, datang awal-awal pagi. Kalau boleh subuh kat parking lot haha. 

Sepanjang perjalanan memang menyeseluri (word apa ni?) sungai. Memang cantik, mendamaikan, arghhh bestnya ingat balik. Untuk first time aku rasa sangat jauh berjalan sebab aku tak tahu penghujungnya. Sebelum sampai 1st point river crossing, ada kena merentasi balak tumbang pulak.

Aku buat 4 river crossing. Air dia laju ye rakan-rakan. Aku tak tahu nak sampai ke air terjun tu total berapa river crossing. Time sampai kat 1st river crossing aku dah macam nak patah balik sebab aku tak salin baju mandi lagi. Aku pakai jeans dengan kasut sport! Mana la aku tahu perjalan tu macam tu. Tu la pergi pakai redah je haha.

Setelah 5 minit berfikir, orang tua kata alang-alang kan, aku salin baju kat tepi hutan tu berbekalkan tuala. Kahkahkah. Nasib baik kena salin seluar je and takde orang lalu. Hahaha. Sabar je la aku dengan perangai sendiri. Dari sport shoes aku tukar pakai water shoes. Pakai water shoes sedap sikit sebab dia nipis so tau kau pijak apa and lebih yakin nak melangkah dalam air yang laju ituuu. So conclusion nya, sila pakai baju mandi siap-siap sebelum mulakan perjalanan sebab confirm basah.

Memula nak cross sungai first time aku dah rasa air dia laju dah. Kena hati-hati ye sebab banyak batu licin dalam air and air deras. Yess that's the word. Deras. Air laju air laju padia hang, ke mana nak laju-laju, nak kena saman AES? *tetiba

Lepas dah selamat cross, mendaki sikit tengok-tengok kena cross sungai lagi and kali ni lagi mencabar dan lagi deras. Redah, redah je. Total cross 4 sungai. Sila berhati-hati. Lepas dah cross 4 sungai tu, jumpa port yang menarik sikit boleh duduk-duduk so aku pun lepak situ. Ikan banyak gila, cantik gila. Untung ikan-ikan tu semalam makan KFC siap coleslaw hahaha.

Air sejuk nak mampus rasa berendam dalam ais. Memang betul la nama dia, chiling! And tempat aku lepak ni memang takde orang sebab semua orang pergi air terjun kot haha. 

Ada part yang dalam sampai dagu aku. Sejukk. Brrrrrr
Sikit lagi aku nak tangkap nak bakar haha. Kekadang dorang cagut tangan aku. Tau la tangan aku warna roti gardenia. Huk aloh mung ni
Dalam 3pm aku gerak balik nak solat bagai. Perjalanan balik rasa cepat sikit berbanding pergi haha. On the way balik sempat kering jugak la baju yang tengah basah tu haha.

Sampai je kat pintu masuk aku pergi tukar baju. Facilities kat sana bab tempat tukar baju agak mengecewakan. Ada 3 je bilik persalinan and yang aku masuk tu takde shower. Lagi dua tak silap aku toilet, bukan tempat salin baju. Orang ramai, bilik salin baju 3 je. Mana cukup oi. Kalau aku boleh salin baju disebalik pokok, aku buat dah haha. So bab tu kena upgrade aku rasa. Kalau tak upgrade jugak lepas ni aku pergi bawak khemah. Siapa nak tumpang boleh, bayar 50sen hahaha.

On the way balik aku singgah dekat satu jambatan tu tengok orang set up untuk bungee jumping. Lama jugak aku tunggu, dekat sejam, tapi dah nak dekat maghrib dorang tak siap lagi, aku syak dorang nak jump hari ni. So takde rezeki aku.

Lepak atas jambatan. Aliran air dan bunyi sungai memang mendamaikan
Lepas ni aku nak pergi lagi, pergi awal sikit dan aku akan pastikan aku sampai ke puncak kejayaan dan bawa camera water proof yang saja tinggal kat rumah nak tangkap gambar kucing hahaha. Jyeahhhh!

14 comments:

  1. Sepanjang perjalanan memang menyeseluri (word apa ni?) sungai.

    macam typo je , menyelusuri :)

    tak gayat ke duduk atas jambatan macam tu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeszaa u got it right. bukan typo, memang tak tahu word sebenar dia. ingat2 bunyi je hahaha. I'm sometimes very bad with word hahaha. thankyou btw :)

      tak sebab ada palang hahaha

      Delete
    2. you are welcome :)
      ada offer kerja kosong tak kat sini? perlukan proofreader ? hehehe

      Delete
    3. tunggu blog ni diiktiraf di peringkat antarabangsa, time tu baru ada job kot haha

      Delete
    4. kalau camtu saya jadi volunteer proofreader je la. hahaha

      Delete
    5. haha dipersilakan. saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

      sekian.

      Delete
  2. Lawa baju, tapi cuba teka apa lagi lawa dari baju tu?

    Hint: #smooth

    ReplyDelete
  3. Aduhai. gayatnya tengok.. hehe

    ReplyDelete
  4. tingginya jambatan tuuu!

    teringin nak buat aktiviti macam ni lagi, nak ikut pergi skli bolehh???..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bolehhh. kalau nak pergi roger laaa

      Delete
  5. cantik baju. akak kerja toyota ke

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance