Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 1 January 2018

2018

Sekejapnya dah 2018. Rasa macam tak percaya. Tup tup nanti dah 2019. Lepas tu 2020. Kereta terbang mana kereta terbang? Haha.

2017 has been ups and downs for me. Naik turun dia tu bukan paras sederhana. Kalau naik tudiaa dia terus shoot takat maximum, kalau dia tengah buat down tu dah nak capai takat negative dah haha. Tapi aku tetap steady. Sebab apa? Sebab umur masih ada. 

Selagi Tuhan tak ambil nyawa aku, apa jadi pun aku kena hadap, aku kena teruskan hidup tak kira lah penat macam mana pun aku time tu. Aku kena teruskan, aku kena selesaikan. I must have faith in Him, always. Aku ada Mak Ayah, keluarga yang aku kena jaga. 

Time aku ada di puncak kehidupan aku tak lah gembira melampau sebab aku memang manusia kurang berperasaan. Aku jalani hidup macam biasa, bersyukur. Sebab aku sedar hidup takkan sentiasa di atas. 

Bila aku ada kat roda bahagian bawah kehidupan, aku memang perlukan kekuatan. Selain berdoa, memang bukan senang nak kumpul kekuatan sendirian. Bila terjadi apa-apa yang buat aku rasa nak putus asa, aku akan tanya diri aku balik;

Apa yang aku nak sebenarnya? 

Betul ke benda ni yang aku nak?

Kenapa aku start dari awalnya?

Apa sebab aku bertahan selama ni?

Is it worth it to give up now?

Bila soalan tu semua dah terjawab, aku akan ambil keputusan sama ada;

i) ambil masalah tu, selesaikan dan teruskan kehidupan; atau

ii) tinggalkan masalah tu dan teruskan kehidupan

Untuk semua dugaan 2017, aku pilih option (i). Untuk tahun 2018 entahlah aku akan ada kekuatan itu lagi ke tak. Aku harap akan ada. Aku takut sebenarnya nak menghadapi masa depan sebab tak siapa tahu apa yang sedang menunggu, harapnya baik-baik saja.

Benda yang aku apply dalam diri aku, one at a time and always smile. Jangan fikir ke depan sangat sebab tak tentu kau akan hidup sampai titik waktu yang kau fikirkan tu. Jangan overthinking sebab tak tentu benda tu akan jadi. Sentiasalah pamerkan senyuman walau seremuk mana pun hati kau, sedalam mana pun luka yang tengah kau tanggung, senyum lah, ketawa lah.

Aku mengharapkan kehidupan yang lebih baik untuk aku dan orang-orang yang aku sayang, untuk kita semua. Aku berdoa untuk aku terus kuat meneruskan hidup yang penuh dugaan. Aku harap aku dapat bahagiakan Mak Ayah aku. Aku harap Tuhan tunjukkan kita jalan dan bantu kita lebih dekat kepadaNya. Ameen

Happy New Year, peeps!

14 comments:

  1. happy new year Nadia.

    semoga kita semua kuat menghadapi dugaan hidup.

    ReplyDelete
  2. selamat tah8un baru nadia, moga terus sukses dalam bidang yang diceburi. semoga cepat kahwin. moga bertemu jodoh

    ReplyDelete
  3. satu ja aku pinta...
    teruskan blog ni sbb first day mai keja trus bukak yg ni dlu,
    hahahaha, really miss it.
    hope Nad trus sukses dalam perancanganNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha auww terharu baca ada orang rindu blog ni walaupun sendu haha
      btw, tq :) Appreciate it
      InshaAllah. ameen . u too :)

      Delete
  4. Mcm mna la nk senyum kalau ujian tu dpn mta..Mesti suka nangis dlm diam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's possible as long ujian tu tak melibatkan mak ayah kita. blh kata aku orang yg susah nangis. kalau sebab masalah ni sepanjang hidup ada la 2-3 aku burst. maybe sbb aku easy minded kot, for now haha

      Delete
  5. Selamat tahun baru my fav Nad.
    Tahun ni aku akan cuba apply cara kau selesaikan masalah sebab sebelum ni aku selalu over-thinking masalah aku, padahal hal kecik je macam dekat mana nak makan macam tu je. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha fav Nad eh? ahaha
      hahaha try not to overthink sbb aku rasa benda tu menyakitkan otak padahal takde apa pun. so x sihat hehe

      Delete
  6. macam mana boleh tinggalkan masalah dan teruskan kehidupan macam biasa?
    satu2 nya pilihan yg ada cuma perlu hadap & selesaikan masalah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo x tahu eh ada masalah yang boleh ditinggalkan? Contohnya pasangan yg berMASALAH hahaha. tinggal je la kalau dah try nak hadap tapi tak boleh go jugak.

      Delete
    2. meninggalkan punca masalah tu mungkin salah satu cara untuk menyelesaikan masalah :)
      i think i got what you mean. or not? whatever. hahaha

      Tuhan bagi ujian semua itu untuk menjadikan kita lebih kuat.
      dont worry too much about future. God's plan will always be greater and more beautiful than all of our disappointment.
      I hope you do well in your life

      Delete
    3. sort of

      yeszaaa. thankyou for your kind words :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance