Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 17 December 2017

Mary Kay vs Hada Labo / Hiruscar / Shampoo + Garam/ Vaseline

Mary Kay

Aku ada 2 assignments nak kena siapkan ni sebenarnya tapi instead aku memilih untuk review products kahkahkah. Takde mood la nak buat assignments. So mari kita buat apa yang kita nak buat.

Aku pakai Mary Kay hampir setahun dan berhenti pakai sebab dia tak memberi hasil yang memberangsangkan. Aku pakai set melaCEP + untuk tujuan whitening. Kulit muka aku range normal and jarang tumbuh jerawat, sebulan sekali je tu pun kejap je. So aku ambil set tu untuk pulihkan sunburn aku dan nak muka aku nampak rupa orang walaupun tak make up. Dan dengan harapan dia dapat tak banyak sikit, pudarkan jeragat-jeragat aku which aku tahu susah sangat hence no high hope.


Satu set ni dalam RM500++. Tapi aku tak beli satu set, mask dia aku tak beli. And aku beli secara berperingkat. Aku mula dengan pencuci muka, toner dan moisturizer. Then bulan depan aku beli serum. Serum dia yang paling mahal tak silap aku around RM300.00.

Memula aku pakai banyak tumbuh jerawat, orang cakap tu healing proses so aku teruskan. And Alhamdulillah jerawat makin kurang. Personally, pakai serum dia memang best. Letak kat muka terus serap. Toner dia aku pakai dengan facial cotton memang kat facial cotton tu ada hitam-hitam, rasa puas sebab rasa muka bersih bila pakai, rasa residue dari cuci muka semua dia bersihkan. Pencuci muka dia tahan dekat setahun weh, memang lama. Pencuci muka dia tak silap aku harga around RM100. Moisturizer dia biasa-biasa je. 

Overall, muka aku rasa bersih tapi dari segi whitening/brightening ke nak pudarkan parut-parut ke memang macam takde perubahan apa-apa. So aku pun stop, dah la mahal. Then aku try hada labo. Lagi satu sebab aku berhenti pakai sebab kena beli dekat agent. So aku nak cari produk yang bila aku masuk Watson terus nampak gemerlapannya. Tak payah aku nak tunggu-tunggu bagai.

Hada Labo


Aku pakai hentam je try produk ni. Aku beli yang asas dulu; pencuci muka, toner dan moisturizer (hidup DPA bajet kena cut huaaaa). 3 barang ni around RM200 kot, tak ingat aku. Aku tak beli macam gambar, aku beli satu-satu sebab time aku beli tu takde pun macam gambar ni. Tipuuuu haha. Tapi tahan lama. Aku baru je pakai tak sampai suku tahun. Botol pertama semua banyak lagi isinya. So far nak kata berkesan sampai muka aku seputih Sajat tu memang tak la. Tapi bila pakai aku rasa bila bangun tidur wajah (wajah kauu) kurang kusam, tengok muka sendiri kat cermin pun rasa berselera sikit. Dan kelembapan muka aku terjaga. Rasa moist je. Aku tak kisah sangat muka aku hitam ke apa, janji tak nampak kusam. Thats it. And tak tahu la perasaan aku ke apa, burn aku macam dah kurang 1%. Kahkahakah binawe apa 1% je. Haha. Aku tak tahu berapa % tapi perasan la burn makin berkurang. Tak berkurang pun mak redha je dik. Hashtag peduli apa aku.

Hiruscar

Aku suka gila gel ni. Walaupun ni untuk pudarkan kesan jerawat tapi bila pakai dekat jerawat yang baru tumbuh melata di atas muka, esok confirm kecut. And keep pakai kat tempat yang sama memang kesan jerawat yang demikian pun takde. Ibarat macam tak pernah wujud jerawat tu atas muka. Kalau boleh sapu kat luka di hati, aku sapu dah biar ianya seperti tidak wujud, tidak wujudd, tidak wujudd (echo) hahahha. Harga around RM30++. Aku pakai sehari sekali je sebelum tidur sebab tak sempat nak pakai siang time make up sebab dia melekit sikit. Aku pakai jugak dekat jeragat-jeragat aku tapi umum mengetahui yang jeragat memang susah nak hilang, syaiton betul hahaha.

Shampoo + Garam

Muka aku kurang jerawat tapi kepala aku berjerawat. Aku tak tahu salah produk ke apa. Dah banyak jenis shampoo aku pakai and nampaknya semua macam tak berkesan je kat kepala aku. Kepala dongga sungguh. Akibat dari itu kepala aku kekadang gatal and rambut gugur. Someone suggested to me untuk campurkan shampoo dengan sedikit garam. I did and still doing. And guess what? I think it's working well. 

Aku pakai shampoo Selsun Blue untuk anti dandruff. Agak mahal bagi aku tapi berkesan. So time nak shampoo aku campur sikit dengan garam bukit. Time gosok atas kepala tu asyik sungguh sebab garam tu kasar halus, dia ibarat garu kepala aku. Jerawat atas kepala makin kurang, rambut gugur pun kurang dan rambut jadi lembut. Tak tahu macam mana boleh lembut but it's a bonus. 

Vaseline


Aku pernah baca banyak khasiat vaseline intensive care ni and salah tiganya, dia hilangkan eyebag and panjangkan bulu mata selain lembabkan bibir. Satu botol tu yang kecik tak sampai RM6.00 pun. Yang kecik pun hazab nak habiskan . Aku pakai kat bibir sebelum tidur and saja sapu kat bulu mata membawa ke bawah mata. Bab eyebag bagi aku memang dah kurang and surprisingly, bulu mata aku memang jadi panjang. Macam mana aku tahu? Aku sukat guna tali tape orang sukat nak buat baju tu. Haha. Tak la. Aku kan pakai spek. Selama ni kalau kelip mata, bulu mata tak kena cermin. Tapi sekarang kena. Runsing jugak kadang-kadang, rasa terganggu. Nak trim sikit boleh? Pendekkan balik hahahah.


18 comments:

  1. Tak pernah try Mary Kay dan tak berani nak cuba sebab muka jenis manja. Risau beli mahal-mahal tapi tak serasi. So far pakai brand yg skg dah ok.

    Pakai "Hiruscar" haritu tak kena dengan muka. Lagi tinggalkan kesan ada bintik bekas jerawat sampai skg. Huuuu . . Nk hilangkan dah susah..

    And Vaseline is the best. Biasa pakai kat bibir sebelum tidur. Boleh eh nak panjangkan bulu mata? Nak try lah .. hehe..

    Thanks for the info.

    Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg pakai brand apa? Brand yang ok dengan kulit manja ni mesti okay utk semua jenis kulit. Ke tak? Hehe

      Yekee. erk. Lain org lain kot ye. Nasib baik dengan I ok. ALhamdulillah

      haha kannn. dah la murah. Bae sangatt. try la

      no prob :) Take Care too

      Delete
  2. haha! nadia! sama la situasi kita ada jerawat atas kepala. adehhh...garam bukit tu yg halus ke yang kasar? nak kena tumbuk x yg kasar tu? dah tension ni jerawat atas kepala ni...nak picit mmg xnampak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang halus. tak kisah kot kasar ke halus haha. cuma yang kasar takut terluka pulak kulit kepala haha

      Delete
  3. Nak hilang sunburn cer try guna product y ada vitamin e...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? thankyouuu. tak tau la hada labo ni ada ke tak vit E, tapi nampak la sunburn dh ok sikit hehe

      Delete
    2. Vit e bole try cosmoderm.

      Delete
    3. Oh thank you for recommendation :)

      Delete
    4. Cosmoderm ni kita pakai toning lotion je...memg hilang belak...dlm 5 bln dh pakai..xdak dah belak kt muka...sbb kita jenis mls...pakai toning lotion n bedak tepung baby jonhson je...stkt ni xwujud dah belak...alhamdulillah...

      Delete
    5. wahh bestnya. nak try la nnt kalau ni tak berkesan sgt hehe. thankyou for suggesting

      Delete
  4. mahal jgk rm500. guna duit brim pun tak cukup. haha

    hiruscar tu ada beza ke yg hijau dgn biru?

    luka di hati tu biarkan je sembuh sendiri. :)

    ingatkan tadi betul2 la ukur guna tali tape tu. tapi kan kalau betul serius nak ukur boleh kot , cabut sehelai dua ukur guna pembaris. tapi cam sakit je kann? bole bg cadangan lain tak? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. long term investment. dia just pakai small amount so my facial wash tu tahan almost 10 months.

      biru putih memang utk acnes yang hijau kuning utk other scars

      haha cabut bulu mata bukan dosa ke? haha. tak sakit cabut bulu mata mcm cabut rambut.

      Delete
    2. investment yee.. moga semakin hari semakin cantik :)

      oh thanks.

      tak sakit eh? eh mana tau ni. mesti penah cabut ni.. hewhewhew
      dosa eh? kalau macam tu kena paksa org rindu la , biar gugur sendiri bulu mata tu :)

      Delete
    3. haha ameen

      cabut saja2 tak pernah la tapi sebab gatal kelopak mata pernah la haha
      tak tahu.

      Delete
  5. Kalau boleh sapu kat luka di hati, aku sapu dah biar ianya seperti tidak wujud

    siapa la yg berani lukakan hati kau tu Nad. ish3, tak patut betul la.

    takpe, biarkan je luka itu berparut dari dibiarkan terus berdarah tanpa henti . hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan tak patut kan? aku dah la baik orangnya hahhahaha

      aku memang biarkan. supaya aku sentiasa sedar akan ada je orang lukakan hati walau mcm mana pun aku melindunginya. cewahhh hahaha

      Delete
  6. antara mary kay dan hada labo.. hada labo is much2 better..saya pengguna mary kay kemudian hada labo..dpt beza dua jenis jenama ni...yg jimat dan lebih puas hati ada lah hada labo..tak caya cuba try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Hada labo hydrating lotion is da bombb. mary kay too expensive yet no result (for me).

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance