Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 1 November 2017

Modul Human Resource

Minggu ni aku baru masuk modul HR. Next week baru final exam. Belajar ringan sikit bagi aku untuk kali ni sebab aku ada background HR sedikit sebanyak. Kelas kitorang dekat INTENGAH (Intan Jalan Elmu). So pepagi 7.30 naik bas pergi sana, perjalanan dalam 20 minit. Habis kelas 4.30 petang bas ambil.

Syok jugak kelas kat sana sebab takde orang, nak makan tak payah beratur panjang. Nampak tak definisi keseronokan aku? Yang tak syoknya takde bilik nak nap waktu Zohor. Nampak tak definisi syok aku macam mana? Haha. Selalunya aku lepas solat masuk kelas terus malas nak tidur dalam surau, sesak. So aku tidur secara duduk dalam kelas. Anggaplah tengah naik bas, kerusi pun empuk haha.

Tau tak weh semalam aku jatuh tangga! Hahahaha. Biadap punya anak tangga, baru jadi anak dah derhaka. Aku tak nampak ada lagi satu step so salah langkah and terjelepok jatuh lalu kaki kanan aku terseliuh. Sakit yakmat rasa nak pitam. Yang paling terharu ramai gila nak tolong tapi aku malu. Aku tetap dengan kedegilan dan ego aku nak jalan sendiri tapi kena marah. Kawan-kawan aku dukung aku ke bas kot. Rasa macam maharani kejap hahahaha.

Lepas tu dalam bas ada sorang kawan aku urutkan bawah betis aku. Perghh sakit gila rasa nak gigit stereng bas. Dia cakap urat aku dah tersimpul. Pandai pulak dia, kalau aku tau simpulan kasih je yang nama kerepek tu.

Alhamdulillah hari ni getting better. Dari pagi sampai ke petang setiap orang aku jumpa akan tanya;

'Nadia, kaki dah ok?'

'Nadia, kenapa semalam kena dukung?' -_-''

'Nadia, boleh jalan tak ni? Sakit lagi tak?'

'Nadia, macam mana boleh jatuh?'

'Nadia, ada isi minyak panas tak? Jangan degil eh' 

'Nadia, hati-hati'

'Nadia, tangga mana kau jatuh? Meh aku pergi pecahkan dia'

OMG. I'm so blessed surrounded by people who concern about me. Sometimes it's little too much coz I'm not used to it. Aku tak biasa orang ambil berat pasal aku sebab selama ni apa jadi kat aku pun aku try my best to hide it supaya manusia tak risau. Aku tak suka orang risaukan aku bila aku tahu aku boleh handle benda tu. Bila jadi benda yang tak boleh sorok macam ni, then I realise there are so many people who are kindhearted, I feel grateful. May Allah bless you all.

Tadi call Mak cerita aku jatuh sambil gelak-gelak. Tapi Mak tak gelak, Ayah pun tak gelak. Dua-dua suara risau. Lahai Mak Ayah, Nadia jatuh tangga je pun, bukan jatuh cinta bangunan. Lepas tu kena bebel hati-hati la apa la haha. Baiklah. 

I know you guys love me. I love you guys too. Sorry if all this while you feel that I'm not a caring person. Actually I care, really care, in my own ways. Thank you for everything. May Allah grants us the best spot in Jannah. Ameen.

8 comments:

  1. Jatuh tangga ke. Alahai kesiannn... Nak naik ke nak turun tu? Mujur awak tak berat ( tak gemok :b ) Ada org sanggup dukung. Hahaha..

    Bagus kawan2 awak kat sana kan, ada tukang dukung, tukang urut. Memang kadang rasa mcm tak selesa tgk org baik sngt dgn kita sebab kita pun tak pasti dapat buat benda yg sama dkt diorng bila diorng plk yg dlm kesusahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. turun. siapa cakap saya x berat hoi? haha

      yehh. second that. mungkin kalau kita takde Allah akan hntr org lain utk tlg dorg

      Delete
    2. Eh, ingatkan x berat. Tumpang simpati sekali dgn kawan2 yg dukung tu. Haha..

      Mujur jatuh terjelopok tak jatuh bergolek2. Moga cepat sembuh, hati2 lepas ni :)

      Delete
  2. alamak. sakit tu jatuh tangga.

    lepas ni hati-hati ya.

    ReplyDelete
  3. everyone loves you, awhhh...

    anyway, kaki dah ok? (nak jadi part of orang yang concern ttg nadia...)

    hati2 ok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Its getting better alhamdulillah.

      Baiklah. Thank you IQ

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance