Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 19 October 2017

Penceraian

Penceraian adalah satu word yang dianggap taboo dalam masyarakat. Especially kepada perempuan / janda. Sering dipandang serong. Ada kalanya penceraian dianggap sebagai satu kegagalan hidup.

Amacam padu tak introduction aku? Haha. Kahwin pun belum kau ni nak cerita pasal cerai padia. No, it's just my opinion based on what I saw around me, based on my reading. 

Walaupun penceraian dimurkai Allah tapi ada sebab Dia mengizinkan. Kekadang melalui penceraian seseorang tu capai kebahagiaan dia. 

Takde siapa berkahwin dengan niat nak bercerai. Dan aku percaya setiap pasangan dah cuba sehabis baik untuk selamatkan perkahwinan mereka especially yang ada anak.

Jadi janganlah mencemuh penceraian. Itu cerita dia, cerita kita nanti kita tak tahu macam mana pulak coraknya. 

Jodoh itu pinjaman, suami / isteri itu pinjaman. Ada masa Allah pinjamkan sekejap je pasangan dekat kita, untuk bentuk kita jadi siapa kita sepatutnya. Dan kemudian masing-masing jumpa jodoh lain dan hidup bahagia berdasarkan pengajaran perkahwinan sebelumnya.

Semua yang jadi dalam dunia ni ada hikmahnya, tak kira yang kita nampak dasyat atau yang kita rasa ujian tu kecik je. 

Aku selalu percaya yang apa jadi dalam dunia ni semuanya membawa kita ke hala tuju utama kita; syurga.

Macam mana caca marba dan tonggang langgang pun hidup kita, Allah tetap tunjuk jalan untuk selamatkan kita. Pilihan di tangan kita untuk putuskan nak guna jalan yang mana. 

Sebaiknya, carilah jalan, ikutlah hutan banat mana pun untuk elakkan penceraian. Doalah, mintak petunjuk. 

Penceraian bukan satu perkara yang mudah dan boleh dibuat main. Yang perempuan jangan provok, yang laki jangan mudah melatah.

Orang sekeliling aku tak sikit yang bercerai. Tapi Alhamdulillah masing-masing aku tengok dah bahagia dengan kehidupan mereka sekarang. Ada yang kahwin lain, ada yang lebih selesa hidup dengan anak-anak je. 

Aku ada seorang kawan yang mak ayah dia bercerai. Dan dia sangat positif. Aku pernah tanya dia, kau macam tak terkesan je dengan penceraian mak ayah kau?

Bahagia tu datang dari diri kita sendiri, bukan dari orang lain. Kita yang pilih kita nak bahagia ke tak. Kalau cara tu boleh bahagiakan mak ayah aku, then why not? Aku boleh duduk dengan mak aku dan aku bahagia. Dan aku boleh pergi dekat ayah aku dan aku tetap bahagia. Yang berpisah tu mak ayah aku. Aku tetap anak dorang sampai akhirat.  

Senang cerita, dalam hidup ni kita kena hormat pilihan hidup orang lain. Dia adalah dia, kau adalah kau. Jangan pernah nak cuba samakan kehidupan kau dengan orang lain. Kita selalu rasa kita nampak secara mendalam padahal apa yang kita nampak tu dasar pun tak, it's just a reflection of dasar.

Kepada yang jumpa bahagia lepas bercerai, Alhamdulillah. Kepada yang lepas bercerai masih tergapai, teruskan berjalan, kita semuanya akan jumpa titik akhir kehidupan dan sepanjang perjalanan ke penghujung, teruskan hidup dengan baik. Bertabahlah, bersabarlah. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan.

10 comments:

  1. ingatkan tersalah blog tadi. haha. tp setuju with ur writing. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha thank you. Its just my humble opinion. :)

      Delete
  2. Semoga mereka semua sabar menghadapi dugaan hidup. Bukan shj perceraian tapi perpisahan2 lain juga seperti putus tunang, putus cinta,..

    Juga kpd yg belum ketemu jodoh teruskan mencari :b

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess. setiap orang ada fasa hidup masing2 . bersabar and keep praying

      Delete
  3. penceraian atau perceraian?

    mana satu ejaan yg betul?
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha entah. Main beduk je janji ada bunyi hahaha.

      Delete
  4. Hutan banat...hahaha...lama xdgq istilah tu...kt usas je dgq.. dlukan bukit chandan kan org pggil hutan banat...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha orang kuale je kot guna word tu. oh budak usas. dekat la kitaa hehe

      Delete
  5. terlepas topik ni, adeh!!!

    ok, nak komen pasal kawan nadia, she or he soooo positif!! admire betul orang macam ni. can i be surrounding with people like this, please ALLAH..huhu..

    IQ ada kawan, rasanya pernah IQ cerita di blog IQ sendiri, pasal kena cerai lepas habis pantang, anyway, hari tu tengok gambar terbaru dia masa befday anak dia, ex husband dia ada datang meraikan befday anak dia. so, means tak ada masalah pun hubungan ex wife dan ex husband ni, kadang memang better dorang berpisah untuk dapatkan kebahagiaan masing2...kawan IQ pun cakap dah tak percaya lelaki even ramai yang approach dia, but who knows kan kalau tetiba dia kahwin lagi...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. positif gila kan? inspired sangat dengan optimist dia tu.

      aah IQ pernah cerita.oh baguslah dah bercerai pun tak abaikan anak. tu yang penting. masing2 kena matang jangan ikut ego, fikirkan anak. hmm kan once dah tawar hati tu memang susah la. tapi tu lah, kerja tuhan kita x tauu.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance