Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 30 October 2017

Bila gaduh

Siapa je suka gaduh? Tapi gaduh ni kekadang perlu untuk kita lebih kenal character seseorang. Secara psikologinya, aku dah dibuktikan sebagai orang yang tenang dan sukakan ketenangan, so aku memang elak gaduh2 ni. Ni apa aku buat kalau gaduh.

1. Be calm. Control your emotion. Breath. Think rationally. If you need time, ask. 

2. Jangan maki. Jangan tinggi suara. Jangan perli, jangan sinis, jangan cuba nak sakitkan hati pihak lagi satu sebab kau nak dia rasa sama dengan apa kau rasa. Bagi aku benda tu nanti akan sakitkan hati sendiri balik. Be professional, have your standard. So far Alhamdulillah aku tak pernah lagi tinggi suara and maki orang. I can say that I can manage my emotions pretty well.

3. Jangan ungkit. Jangan ungkit keburukan orang tu kat kau dan jangan ungkit kebaikan kau kat dia. Dapat apa je pun mengungkit ni?

4. Jangan post kat socmed. Jangan meroyan kat sana. Apa kau dapat pun? Perhatian? Simpati? Jangan buat benda yang boleh timbulkan fitnah. Orang memang suka tengok kita meroyan. Sebab apa? Sebab nak jadikan bahan gelak. Don't be childish. You're an adult, settle the issue as an adult. 

5. Ingat benda baik yang dia dah buat untuk kita. Kita manusia dan manusia takkan lari dari kesilapan. Waktu kita nampak salah orang, kita selalu lupa salah kita. Waktu kita tengah maki satu salah sorang, fikirlah entah2 dia tengah telan 100 salah kita yang dia maafkan dalam diam. 

6. Kalau rasa nak give up (relationsip), recall back why you started from earlier? Recall back why you've been so strong all this while and why don't this time? Ingat balik kenangan manis kau dan aku takkan..... (lupa lirik pulak)

Tapi aku tak nafikan manusia ada limit sabar dia. Kalau dah cecah limit pun, selesaikan cara baik, cakap elok-elok. Tak perlu nak menjerit melolong macam kena rasuk. Kalau memang dah rasa tak boleh nak teruskan hubungan dengan dia dah, maafkan segala silap dia kat mata kita dan move on. The choice is always yours. Tepuk dada, tanya diri sendiri apa yang kau nak.

Semua benda ni aku dah lalui. And I walk my talk. Aku senang maafkan orang sebab aku suka kedamaian, aku tak suka serabutkan otak dan hati aku. Setiap hari dalam hidup aku akan gembirakan diri aku walau macam mana serabutnya aku, sebab gembira itu boleh dicari. Nasib baik lah aku ni jenis manusia mudah terhibur. Kekadang monolog pun boleh buat aku tergelak sorang-sorang hahhahah I'm so crazy funny.

Tapi satu keburukan orang macam aku, once aku dah tawar hati, dari 100% rasa sayang ke apa ke boleh turun ke 0% sepantas kelajuan cintaku padamu *tetiba. And once dah reach tahap tu, aku boleh maafkan orang tu dan dengan mudahnya aku boleh teruskan hidup macam orang tu tak pernah wujud dalam hidup aku. Tipu kalau aku tak terasa, tapi aku akan kuat untuk hidup tanpa dia sebab dek tawar hati tu tadi.

Macam mana teruk orang buat kat aku, aku tak pernah berdendam. Aku tak pernah doakan yang bukan-bukan. Aku doakan yang baik-baik untuk dia walaupun time doa tu aku sakit sebab tak berapa ikhlas sebenarnya. Haha. Tapi aku percaya ikhlas boleh datang kemudian. So aku paksa diri aku doakan yang baik untuk dia sebab tak rugi pun. Kan? Dan aku pernah dengar orang cakap, benda yang paling susah kita nak buat tu la benda yang paling mudah diterima Allah. Wallahualam. 

12 comments:

  1. soooo positive :)

    ReplyDelete
  2. Kau cakap kau jenis dari 100% boleh jadi 0% kalau dah tawar hati.
    Aku rasa aku pun macam tu kot, walaupun tak banyak pengalaman yang boleh dijadikan bukti.

    Tapi tak macam kau, aku kekadang suka tengok orang suffer the consequences.
    Macam kau, kau tak suka berdendam dan boleh memaafkan.
    Macam aku, aku lagi suka tengok seseorang itu terkesan sebabkan perangai dia sendiri supaya boleh dijadikan pengajaran buat dia (dan juga hiburan buat aku hahahaa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aku dah terbukti. err beberapa kali hahaha

      aku tak tahu la aku suka tengok ke tak sebabnya lepas aku tawar hati tu aku terus ke mode yang 'eh suka hati kau lah nak hidup tertonggeng ke nak mati meniarap ke' so kiranya aku memang tak amek tahu dah haha. lantak sana janji aku teruskan hidup macam biasa

      Delete
  3. Bab tawar hati tu memang betul Nad. Bak kata orang puteh, "The opposite of love is not hate. It's apathy"

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh betul tu Day. so janganlah bagi orang tawar hati ye dak? haha

      Delete
  4. Im not that cool calm person nadia, darah bugis ni bermaharajalela betul, kuat melawan, kuat memberontak, everything are bad about me, urghhh...sebab mungkin IQ tak ada tempat nak luah, pendam sorg2...dulu arwah ada, yes...dia je tempat IQ hambur semuanya, dan dia tahu karakter sebenar IQ. but now, i had to hide it, and sometime, it burse when I cant stand it anymore.

    socmed yg selalu jadi mangsa adalah twitter. twitter tempat menabur segalanya...ig dan fb too open.. cant write there.

    hidup ni mungkin tak sama untuk semua orang, karakter nadia sama macam arwah...very calm person, i wish i can became like that also...but i know..i cant

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe setiap orang ada karakter masing2. and setiap karakter tu mmg akan sesuai dgn kehidupan dia. ye IQ, nadia pun tenang2 ada limit jugak. cuma kalau nadia burst tu dia tetap dalam keadaan tenang tapi boleh menusuk jiwa paling dalam orang yang kena tu haha.

      ha kann. twitter best kan. nadia pun selalu meroyan kat sana sebab FB takde and meroyan kat sini haha.

      betul, setiap org Allah ciptakan unik. After all, kita tahu cmne nk control kita dan org lain x perlu masuk campur.

      Delete
  5. Sapa yg suka gaduh? Ada je manusia yg memang hobinya suka cari gaduh. Isu kecik remeh temeh pun sengaja diperbesarkan. Kalau jenis yg suka pendam pun bahaya. Sekali meletup habis nanti. Hahaha..

    Kalau masih kenang dlm doa tu mcm belum move on sepenuhnya je :b

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia yang suka cari gaduh ni mungkin tak berapa cukup kasih sayang haha. Yes pendam pun bahaya tapi depends pada individu. Ada yang meletop ada yang boleh control. Semua terletak pada jiwa masing2

      move on adalah teruskan hidup dengan redha tapi tak semestinya melupakan. mustahil untuk kita lupakan orang yang pernah hadir dalam hidup kita and memberi makna dalam hidup kita. Kecuali hilang ingatan la. dan apa salahnya mendoakan yang baik untuk orang yang pernah buat baik dengan kita?

      Kalau orang yang kau sayang mati, kau kena move on. takkan dahh move on taknak mendoakan sebab nanti kau rasa kau tak move on sepenuhnya. gitu? haha :P

      Delete
    2. Ya, tapi tak ramai org yg boleh doakan kebaikan utk org yg pernah buat kurang baik dgn dia

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
If you have any inquiries that need urgent reply, please email to nadiaroslan261@gmail.com
Thank you in advance