Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 25 September 2017

Modul Pengurusan Kreativiti dan Inovasi (KIK)

Kau tau tetiba tangan aku shaking tanpa sebab, jenuh aku fikir sebab apa, rupa-rupanya lama dah tak update blog. Kahkahkah. 

Aku baru habis Modul KIK ni. Modul paling santai and best so far. Kelas 2 minggu, belajar pun fun sebab penuh dengan games. Kitorang dibahagikan dalam group, 1 group 10 orang. Yang paling penting modul ni takde final exam. Kahkahkah heaven noks. 

Ada satu laporan NBOS kena siapkan, group aku dapat tajuk Frontline of Public Service in Malaysia. Laporan kena berdasarkan segala apa steps mak nenek yang kitorang dah belajar. Pagi tadi baru submit.

Lagi satu kena bina prototype untuk subject design thinking. Group aku dapat tajuk Reading Habit among Malaysians. So kitorang buat sort of apps yang ada hologram. Tak boleh cerita lebih nanti korang curi idea kitorang, market tuuu. Hahahahaha. It went well. Panels puji melatop-latop rasa nak rampas prototype kat panel time tu jugak dan berlari keluar cari investors hahahha.

So far classmates aku semua kebabom. Boleh masuk kepala. Kitorang siap ada instagram group. Padu tak? Ke poyo? Hahaha. Semua aktiviti group kitorang di upload kat situ. Tak perlu la korang tahu nama IG tu, korang kalau tak menyebok hidup orang tak boleh ke? Hahaha. Kau gila ke apa Nadia, orang tak hingin pun nak tau. 

Tapi aku tahu ada yang nak tahu pasal hidup aku, yang stalk aku kan? Kan? *insert smirk face here, thank you*. Kalau tak masakan la ada orang yang gigih beberapa kali nak hack email aku la, twitter aku la, IG aku la. FB aku yang dah tutup 3 tahun tu pun ada yang tolong 'open' kan balik. Rajin benau. Dah satu hal aku nak reset password bagai. Aku pemalas kau tau!

Sebab aku tahu ada orang stalk aku la buatkan aku jarang reveal kat sini or IG aku gambar family aku or kawan-kawan aku. Semua gambar aku sorang sebab apa-apa biar aku je yang kena. Nak sorok muka aku dah terlambat pun haha. Kita tak tahu siapa tak suka kita walaupun kita rasa kita takde musuh. Mungkin ada je orang simpan dendam dengan kecantikan kita dalam diam.

Lepas habis Modul KIK ni aku rasa aku nak try bina some machine/apps la, yang boleh detect orang yang tak puas hati dengan kita berdasarkan renungan mata atau bau nafas. Hahaha.

Banyak benda aku nak cerita ni, nantilah. Aku sedang kebekuan ni dalam bilik sendiri tapi rasa duduk dalam freezer. 

4 comments:

  1. ai know your IG. haha! well, dengar macam best jer isi modul tu..nais sebab dapat jana otak berfikir. fuhhh..best2.dah tua2 ni tak tahu la kalau IQ mampu nak berfikir secara kritis atau tak lagi..kritis tu ape? hentam je la..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni maksud nadia IG group yg tak private. Hehe. Setakat ni tu modul terbest. Yg lain stghesss haha. Semua org akan jadi kreatif bila ada masalah yg kene diselesaikan. Just kt sini belajar proper steps nk jana idea. Hehe.

      Delete
  2. Susah jgk jadi org cantik ni ye. Bertabahlah wahai Nadia. Kena cepat2 kawin la camtu. Haha

    *** lari laju2 sebelum kena baling dgn sepatu ***

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik bukan isu. Isunya cntik ke tak memang akan ada je manusia yg akan sebok hidup kita hahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance