Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 15 September 2017

Jogja (Budget)

Ni adalah anggaran perbelanjaan. You do the math. Time ni 1 MYR = 3300 IDR. Aku bawak pergi sana dalam RM1000 dan bila balik ada balance dalam RM300. Yang aku dah selesaikan bayaran sebelum pergi; tiket flight dan tiket bas. Bayaran yang aku tak mention seorang boleh dibahagikan mengikut berapa orang yang pergi. 

Tiket flight KL-Yog : RM47/seorang (tak check in luggage)
Tiket flight Yog-KL : RM230/seorang (tak check in luggage. Actually boleh dapat lagi murah dari harga ni)

Bas (Yoyo) pergi balik Ipoh-KLIA2 : RM90/seorang

Supir untuk 3 hari : RM410 (Termasuk minyak kereta)

Supir ambil di airport dan hantar ke airport: RM30 (kalau ambil teksi airport harga boleh menjangkau RM90)

Makan: RM80 +- / seorang (depends korang makan apa)

Simkad + topup spare untuk call supir : RM21. Aku beli simkad SIMPATI. Kalau kat Malaysia nama simkad ni KESIAN. Simkad beli satu je then boleh hotspot.

Kudap-kudapan: RM30/seorang

Parking: RM35.00

Tempat lawatan: RM210/seorang. Details kat entry sebelum ni. 

Penginapan dengan condition bilik yang selesa, korang boleh dapat harga dalam RM150/seorang untuk 4 malam.

Plus minus dalam RM1000 jugak aku spend. Lagi ramai pergi lagi less budget sebab lagi banyak benda boleh kongsi bayar.

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance