Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 26 September 2017

Redha

Hari tu aku sembang dengan kawan aku. Dia dah bertunang dengan orang luar negara, negara Arab to be exact. Here's the conversation (maafkan kekepocian aku);

Wow, mana kenal?

Dekat masjid

*terkedu* Wooo. Suci nya tempat jumpa haha

Kita baru je kenal dia. Ramadhan baru-baru ni and bertunang lepas raya.

That fast?

*She smiled* Tapi salah satu hint family dia sebelum kitorang bertunang, kalau dia nak kahwin lain kena izinkan. Sebab tu dah jadi macam budaya dorang. *and dia ada bebel pasal nasab syed and syarifah which aku tak berapa dengar*

Then you agreed?

*angguk*

Wow! You're so......... kental dan redha

Kita redha dah, kita memang dah redha. Kita pernah kawan dengan orang single, duda, suami orang semua tak jadi. Kita dah tutup dah hati kita sebenarnya. Tetiba dia datang. Lagi satu sebab kita tengok perkahwinan tu bukan hanya satu percintaan tapi nak mencari redha

*Terkedu. Terasa kena panah petir* 

Sebab speechless aku just jawab 'Boleh tak nak calonkan kau sebagai calon Maal Hijrah tahun ni? Hahaha'.

And korang kena dengar cara dia cakap, sangat mendamaikan jiwa, lembut, sopan dan ikhlas. Dan aku yakin dia takkan dimadukan. Sebab selalunya yang redha macam ni la yang akan disetiakan. Macam pelik pulak perkataan disetiakan tu. Gasaklah.

*************************************************

I don't open this entry for any arguments or what. Prinsip aku sekarang sila hormati prinsip hidup orang. Dah itu jalan yang dia pilih, don't question. Biar dia tulis hidup dia atas kehendak dia. Dia pun mesti dah fikir baik buruk setiap perkara. 

Ada setengah benda logik bagi orang tapi tak logik bagi kita. Macam kawan aku ni dia dah redha dimadukan sebelum dimadukan. What? Kalau ikutkan emosi dan logik perempuan, wooo that's rare girl. 

Makin tua ni makin banyak kisah hidup orang aku dengar, ada yang mind-blowing gila yang macam weh how can you survive living like that? Apa yang aku belajar, don't jump into conclusion, don't judge, jangan sebok nak jaga tepi kain orang especially kalau kain kau pun koyak, jangan mengata sebab kita tak tahu satu hari nanti mungkin kita akan alami situasi yang sama dan tak mampu nak buat apa-apa.

Aku harap kita semua akan tabah hadapi apa juga cabaran/ujian/dugaan hidup. Apa-apa pun selagi Izrail tak panggil, selagi tu la kita kena teruskan hidup. Nak habiskan sisa hidup cara baik ke tonggang langgang ke itu pilihan masing-masing. The choice is yours.

6 comments:

  1. kadang sampai satu tahap, ada yang berfikiran dan bersifat seperti kenalan nadia tu, moga Allah permudahkan urusan dia, nadia dan kita semua. Amiin

    ReplyDelete
  2. kan. kita x tahu apa yang dia pernah lalui. ameen

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Thank you :) hope somehow ianya memberi manfaat

      Delete
  4. Nice one, Nad.
    Entri kali ni sangat kena dengan apa yang sedang aku lalui sekarang.
    Of course laa yang aku lalui tak ada kaitan dengan madu, tapi pointnya tetap sama macam kau cakap (tulis).
    Iaitu jangan paksa prinsip kita kepada orang lain. Yang penting, hormat hidup orang lain seperti mana kita nak orang lain hormat hidup kita. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cEroooo. lamanya tak dengar cerita *tetiba. Sihat?
      yeke? hope everything is great or even it's tough now, hope it will b great.
      yeahh betul tu. manusia kdg2 fikir hidup dia mesti sama dengan kita padahal jalan hidup tiap manusia tu berbeza

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance