Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 27 August 2017

Modul Public Economic Management

Hellooo orang Perak sekaliannn! Orang negeri lain pun boleh nak jawab hello kalau nak haha. Assabiyah sikit malam ni sebab aku sedang mengukir (mengukir kauuu) entry ni di atas katil dalam bilik dalam rumah aku yang terletak di Kuala Kangsar Darul Best Woooo. Haha. Rindunya rumahhh! *gayut dekat pintu.

Petang tadi baru sampai rumah. Aku cuti seminggu wohoi minggu depan baru balik. Tadi on the way balik singgah lunch dekat Nasi Bamboo Sungkai, mak ai sedapnya. Kalau korang singgah makan sana sila lah tolong la please la kemon la (annoying pulak kau ni) makan kambing bakar dia. Sodap mak ko.

Walaupun cuti, ada 2 assignments kena submit, malam esok baru aku nak siapkan (konon). Ketua kumpulan mintak sebelum 30hb ni, baik bosss. 

Jumaat lepas aku ada final exam Public Economic Management. Alhamdulillah, boleh la nak lulus, inshaAllah. Lama dah tak buat kerja study meng-study ni, lupa dah skills nak study and jawab exam haha. Exam 2 jam, lepas sejam aku siap dah and aku keluar. Konfiden tak mak hincekk? Bab konfiden bagi kat aku haha.

Semua ada 14 chapter kau tau! Study dalam 2 minggu. Aku nak fahamkan jargon economy pun kena ambil masa setahun kalau ikut logiknya. Tapi sebab boleh ikut tak logik, aku cubalah jugak fahamkan. Yang memang aku tak boleh digest tu memang slumber badak je aku pandang sepi. Aku nak bagi masuk otak kau yang taknak kan? Ha duduk je atas nota tu diam-diam. Kahkahkah.

Sebelum final exam ada 2 kuiz. Yang 1st tu tau la sikit-sikit nak jawab sebab faham la jugak topik minggu pertama tu walaupun ada jugak samarnya. Pop kuiz kedua memang hoi terkejut saya tetiba ada quiz. Topik minggu kedua memang sedikit ke muara. Aku memang tak konfiden langsung. Ada 10 soalan, 1 soalan je aku boleh jawab, yang lain sialan tak boleh jawab. Apa lagi hentam la! Haha.

Hari Khamis keluar carry marks quiz iaitu /20. Dorang semua berebut pergi tengok. Sebab aku malas nak kecewa awal-awal, aku biarkan budak group aku pergi tengok sambil aku sambung study sebab esoknya exam weh. Waktu tu aku baru cover 3 chapter, ada lagi 11 tak cover hoi melampau banyaknyapun. 

Lepas tu ada classmate aku yang rajin snap gambar letak dalam group. Ha kan mudah, tak payah aku bangun dari kedudukan. Aku pun tak letak harapan yang tinggi cek la carry marks aku. Sekali aku dapat 18/20 kot weh! HAHAHAHA. Markah kedua tertinggi dalam kelas HAHAHAHA. Aku gelak gila sebab rupanya skill menghentam aku masih tajam walaupun dah lama tak asah. God really has mercy on me haha. Alhamdulillah sumpah tak sangka. Bila orang tanya aku segan nak jawab sebab nanti orang sangka aku hebat padahal aku hebat menghentam je hahahhaha. Ya Allah, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Ok sekarang lantakkan dulu quiz ke assignment ke apa ke, marilah kita bersuka ria seminggu ni wokeyy? Ammaaa.

2 comments:

  1. Happy holiday Nadia.

    eh, dah seminggu rupanya entry ni. hahaha

    ok, selamat kembali ke tempat kamu yg sepatutnya. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dah seminggu pun kat sini. ok thankyou by the way

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance