Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 17 July 2017

Trust

For me, the main thrust in relationship is trust.

Perghhh seminggu menyepi masuk-masuk terus sembang pasal relationship, kau memang poyo Nadia haha.

Tengah mandi tadi tetiba fikir issue ni. Shower is really something, boleh menjana idea. I should shower more often, thrice a day at least kalau dak mesti otak aku tepu. Tapi kekadang bawah shower aku melalak je sambil pegang kayu berus lantai bilik air, feeeelinggg sangat. Eh cop sekarang ni kau nak cerita pasal shower ke trust? Jangan melalut. 

Okay aku nak sembang pasal trust, shower kita sembang lain kali okay? Jenama pencuci mangkok tandas yang aku guna pun aku bagitau nanti. Okay? Okay?

Okay, back to trust.

When I trust someone, I trust his/her words. Aku rasa aku punya trust takde percent %. Dia sama ada aku percaya kau or aku tak percaya kau. Level of percaya tu ada macam-macam jenis lah; high, medium, low cost, lot bumiputra, fully furnished. Aku je tahu tahap mana aku percaya orang, tahap mana aku ada syak wasangka kat orang. Selalunya apa yang aku syak tu (instinct) betul. Anugerah tuhan agaknya. 

Trust his/her words tu maknanya apa je yang keluar dari mulut dia I choose to believe. Walaupun dia cakap bila dia berak keluar emas. Aku takkan mintak bukti bergambar ke apa ke, aku akan just 'Wow! Yeke? Impress nya sebab selalunya orang berak keluar kangkung je' 

Time bercinta pulak aku akan percaya pasangan aku sebab kalau tak percaya banyak syak wasangka yang tak sepatutnya akan timbul. Aku tak pernah nak cek handphone pasangan aku, aku tak pernah nak mintak password semua media sosial dia ke sebab bagi aku kalau dia nak menipu, semua bukti boleh dipadam. Bapak aku bukan kerja dekat suruhanjaya komunikasi ke bahagian keselamatan negara ke nak trace semua history dia.

Aku percaya pada peribahasa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah. Sebab apa aku percaya peribahasa ni? Sebab aku pernah nampak tupai jatuh ke tanah. Truth will be revealed, it's about time and itu kerja tuhan.

Dalam relation jugak, on my part I have nothing to hide. Memang aku tak pernah bagi password ke apa ke, tapi kalau tetiba dia nak ambil handphone aku nak main game ke apa ke, silakan. Aku takkan takut tetiba ada message dari 'Sayang 2: Hi baby' sebab benda tu aku tau takkan terjadi kecuali ada orang nak ranjau aku tapi mestilah aku tak save nama dia Sayang 2. Kenapa Sayang 2? Sebab Sayang 1 yang tengah pegang handphone tu haha.

On the other note, aku tak pernah save nama pasangan sayang ke apa ke, geli tengkuk. Aku save nama penuh or nama samaran. Aku pernah save nama Ayah aku Ahmad Roslan dalam phone sebagai langkah keselamatan. Satu hari Ahmad Roslan called aku, dekat seminit jugak aku termenung fikirkan siapa Ahmad Roslan ni. So Mak dengan Ayah je aku save sabagai nama panggilan dalam handphone haha. 

Aku sendiri tak suka kalau pasangan aku tak trust aku. Asyik nak cek semua benda rimas jugak. Lain tau cek sebab keselamatan dengan cek sebab insecure.  Bagi aku kalau tak percaya aku yang kau nak hadap sangat hidup dengan aku kenapa? Aku sendiri yang akan berambus bila pasangan tak percaya aku. Rasa relationship tu takde value kalau takde trust. 

Syak wasangka sepatutnya timbul hanya bila ada something triggered or happened. Start dari situ high level of trust mungkin akan menurun sedikit dan akan terus menurun jika makin banyak benda berlaku sampai la satu tahap no trust at all.

Benda ni paling aku elak. Sebab aku kenal siapa aku. Once aku tak percaya orang tu, dia cakap tahun ni ada 12 bulan pun aku taknak percaya. Bukan tak percaya, tapi taknak percaya. Tunjuklah bukti bergambar siap disahkan oleh Mufti pun aku taknak percaya. Time ni susah gila nak gain trust aku balik. Yela, aku dah bagi kepercayaan memula kau hancurkan lepas tu terhegeh-hegeh nak suruh aku bina balik. Podaci. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian kau memang dah tak berguna bagi aku. Haha sedap peribahasa aku ni. 

Aku manusia yang jenis black and white, takde silver lining ke lace ke apa ke. Aku nak semua benda clear. Ya/Tidak. Aku tak suka benda hanky panky. Bila aku mintak explanation or ajak discuss means aku masih percaya tapi once aku dah tak minta explanation and terus buat keputusan sendiri, maknanya lu fikir sendiri haha. 

Sekarang rata-rata orang cakap 'jangan percaya orang sangat' tapi aku masih dengan prinsip aku 'percaya orang sampai lah dia sendiri buktikan yang sebaliknya' sebab siapa kita nak terus judge orang or jump into conclusion? Biarlah dia sendiri yang buktikan dia trustworthy ke tak. Apa-apa pun his/her loss, not you sebab kau dah bagi peluang kepercayaan tu sepenuhnya kot.

So the conclusion is, dalam hubungan kalau kau dah tak percaya jangan teruskan. Nak cari penyakit jiwa buat apa? Tak syok kot hidup dalam syak wasangka padahal takde apa pun tapi sebab trust dah takde tu la jadinya. Jiwa tak bebas, jiwa tak bahagia. 

Peace of mind is very important to me coz with that I can control whatever happens in my heart. 

18 comments:

  1. nice entry nadia, sangat bagus entry ni sebab kadang kita pun tak tahu kenapa kita percayakan orang lebih2 hakikatnya ada orang tak percayakan orang tu...dan kita tak boleh nak raih kepercayaan orang even kita dah buat macam2 utk dapatkannnya. anyhow, everything will be sooo smooth if you dont the trustworthy. right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. trust ni fragile gila actually and kekadang kita pelik kenapa orang tak percaya kita padahal kita dah jujur habis dah, and yes trust tak boleh dipaksa.

      Delete
  2. Aku manusia yang jenis black and white, takde silver lining ke lace ke apa ke. Aku nak semua benda clear. Ya/Tidak.

    Sememangnya nature seorang lawyer :)

    ReplyDelete
  3. but dont you think it will be awkward if someday.you get married, pastu password fn suami xtau.sebab? xjeles. ni kan zaman people get married, ingat suami baik berjaya semua. ttbe gila pornography kanak2. seraam.. bukanlah lg zaman I trust you 'fully'. I think it can only be I trust you with conditions. kan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha entahlah. i'm not that paranoid, i cant change that in me haha. suami isteri memang kene transprents. tapi kalau nk ada password sebab rasa insecure yang melampau, nak cek 24 jam, thats not good, for me lah.

      Delete
    2. check 5 minit pon dah lama. inikan pula 24jam.haha. Install spy ware ke ape benda.

      Delete
    3. spy ware tu lagi hardcore and sounds sycho haha. i prefer jalani hidup yang aman, tak perlu nak gelabahkan hati sendiri haha

      Delete
    4. fone skg unlock guna fingerprint. kalau paranoid sangat time tido senang2 je boleh unlock. selongkarlah sepuas hati. haha

      Delete
    5. Pernah buat macam tu ke? Eherherher

      Delete
    6. tak. ini cuma satu cadangan. haha

      Delete
    7. Haha tak silap nak set fingerprint kena ada passcode. So dah ada passcode memang tak payah fingerprint pun tkpe. Lebih elok tidur dengan lena. Siang2 boleh cek. Tidur berharga oh hahaha

      Delete
  4. trueeee! setuju sgt!
    sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga kan.
    bcs this thing pun pernah jadi kat sy.
    kita takdelah tak percaya dia, nyibuk nak check handphone dia ke apa.
    tapi kalau dah menipu tu, akhirnya Tuhan tunjuk juga. heh

    btw hi sis Nadia! :D this is my first time commenting kat this blog.
    i started reading your blog masa tahun spm, 3 years ago hehe --'
    sbb that time selalu and suka baca lawyers pnya blog.
    dah lama tak singgah blog ni :) so tonight dtg sini hehe. slalu enjoy reading your blog btw!
    I read your previous post about majlis perpisahan tu, dgn sy skali plk rasa sedih, over tak, ahaha
    anyway all the best ya! :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan. unless memang nampak suspicious sangat then you can start asking. kekadang kita yang insecure lebih padahal takde apa pun hehe

      thnakyou drop by here. appreciate that. so u further in law? apa2 pun all the best yaa. hehe takde perpisahan yang tak menyedihkan but yeahh life must be go on ;)

      thankyou :)

      Delete
  5. the main THRUST in relationship is TRUST
    Wow strategi penggunaan ayat yang kreatif! ⭐⭐⭐⭐⭐

    Demmmm baru excited nak baca pasal shower! Pencuci tandas guna harpic kan? ke kiwi kleen? hahahaha 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. It rhymes right right? Haha

      Salahhh. Mr muscle! Haha

      Delete
  6. Entry ni macam ditujukan khas buat seseorang je. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. am tidak khas pun tidak. tapi kalau makan tomato rasa masam, ye la tuu.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance