Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 2 July 2017

Raya kali kedua

Semalam agak sakan aku beraya mengelilingi Ipoh. Aku bangun pagi dengan keadaan nak pergi ke tak nak pergi ke tak jemputan open house. Setelah mengambil kira semua perkara; kerajinan nak mandi, kerajinan nak gosok baju, kerajinan nak bangun dari tilam yang empuk, kadar harga petrol semasa, aku decide untuk pergi. Lagipun aku resign kerja sekarang dah, kalau bukan semalam entah bila lagi nak jumpa mereka yang menjemput tu. Maka marilah bersosial sikit, memberi sedikit makna kepada Aidilfitri 2017.

Aku beraya seorang je semalam, ada la mereka-mereka yang tanya, sorang je ke? Aku hampir menjawab; nak pinjam suami akak kejap boleh? Tapi nasib baik bila berkebaya aku ingat adab orang Melayu yang sentiasa sopan dan santun makanya aku hanya senyum dan mengangguk. Sungguh manis gadis Melayu itu hahahahha *rasa nak lempang diri sendiri*

Memula aku pergi rumah officemate makan nasi ayam. Sedap nasi ayam dia sampai tulang pun aku kunyah (dengan sopan) plus perut aku memang dah lapar sebab saja aku tak breakfast bagi mengisi ruang untuk aneka juadah open house. 

Kemudian ke rumah officemate lagi sorang sampai sesat larat. Dia bagitau alamat Jalan 17, aku pergi masuk Lorong 17 memang sampai jumpa jalan kematian aku tak jumpa rumah dia. Rumah dia nombor 10, dekat lorong tu ada nombor 9 dan terus nombor 11. Ah sudah, hijab aku ditutup ke? Aku ada kat alam bunian ke? Rumah dia kena 'pagar ke? Haha. Woi kampung korang tak boleh complicated lagi ke? Tau tak nombor boleh wujud hingga 1,000,000. Kenapa nak bezakan lorong dan jalan? Aku nampak 17 aku masuk je la, mana aku tahu ada beza jalan dan lorong hitam. Aku dah la buta bab jalan ni. Kemudian anak dia ambil aku depan mini market dan aku lupakan tragedi tu bila dihidang spageti bolognese. Itu yang aku cari dari raya pertama, bukanlah lemang dan rendang. *Kena kahwin dengan Italians*

Setelah mengisi perut aku balik rumah sewa, final round nak angkat semua barang, nak kosongkan bilik. Adik aku datang dengan Triton pakcik aku tapi dia lupa bawak canvas. Hari mendung macam nak hujan. Kalau basah tilam aku memang aku suruh dia tiup sampai kering. Nasib baik tak basah kalau tak sampai sekarang adik aku meniup lagi rasanya.

Kemudian aku sambung perjalanan ke rumah kawan untuk open house (lagi). Aku guna waze sebab tak pernah pergi rumah dia, kalau pernah pergi pun aku tetap akan guna waze untuk kepastian, aku tak suka kerja teragak-agak ni sebab aku jarang-jarang hafal jalan. Time tu battery handphone dah nak mati, charger kereta aku gila, makin charge bukan makin naik tapi makin menurun, saka apa jenis sedut batteri ni? Time tu hujan lantas aku berdoa ke hadrat Ilahi supaya bateri aku mampu bertahan sampai ke rumah kawan aku, kalau tak macam mana aku nak sampai, aku memang tak tahu langsung kawasan tu. Kalau battery aku mati aku berniat nak berhenti je rumah sesiapa yang ada khemah di depannya dan minta halal sebelum balik. Aku bernasib baik, bateri bagi kerjasama yang padu. Terima kasih. Di rumah dia aku melantak laksa.

Kemudian hari dah hampir maghrib aku menuju ke destinasi terakhir. Sungguh sopan macam cipan pergi rumah orang maghrib-maghrib siap layan cerita Captain America haha. Dekat rumah dia aku dah tak makan benda heavy, aku just makan biskut sikit dan teguk air, yang lebihnya bersembang je. Kemudian sedar diri ada rumah, sedar orang pun nak tidur aku pun beransur pulang dengan perut kenyang hati girang. 

Sekian, episod beraya kali kedua tahun ni. 

I always love kebaya, the sulaman especially. Kebaya ni 4 tahun lepas punya, nasib baik muat dan tak terkoyak time reload makanan dalam perut haha

8 comments:

  1. fuhhh, kebaya 4 tahun lepas pun boleh pakai lagi? memang maintain habis nadia ni. selamat hari raya nadia. jom pergi MAPS sama2! hehe

    ReplyDelete
  2. haha mana ada. ni pakai ketat sikit dari sebelum ni kahkahkah.
    jom jom! tapi sekarang tak semua bukak lagi sebab tak semua lesen lulus lagi. kene pergi time semua dah bukak. baru puas hati kot hehe

    ReplyDelete
  3. teringin nak pakai camni. teringat ada jual kat melaka. kebaya baba nyonya..nt boleh tryla. :D you look nice in it btw . cia cia cia.haha

    ReplyDelete
  4. charger kereta aku gila, makin charge bukan makin naik tapi makin menurun
    Mungkin phone tu detect battery kereta dah low, so dia tolong caskan battery kereta instead. Phone sekarang kan pandai, sebab tu nama dia smartphone hahaha.

    I always love kebaya, the sulaman especially
    Aww sulaman tu ada butterfly rupanya, ingatkan bunga semua 🦋

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa maybe la. bateri kereta mmg dah low.

      kan. cantik kn ada butterfly. i love it!

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance