Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 8 July 2017

Farewell Parties

Rabu lepas pejabat aku buat farewell party untuk aku dekat Hotel Casuarina Ipoh, dinner. Saja pilih dinner sebab buat hari kerja so santai sikit. Kalau lunch nanti dapat lepak sejam je weh mana cukup. Takde majlis formal pun, makan-makan je.

Not bad buffet dinner Casuarina. Ada udang, ketam, sushi, rojak, desserts, macam-macam lagi lah. Paling best booth pasta, kita pilih pasta and nak gravy apa, dia masak depan kita. Sedap tak hengat pulak tu. Mungkin statement ni sedikit bias sebab aku memang peminat pasta. Tapi memang semua kawan aku pun cakap sedap.

Dah habis melantak ada sesi penyampaian hadiah. Tetiba live band boleh pulak dari helok nyanyi lagu raya dorang nampak kitorang terus dorang tukar lagu bertemu dan berpisah adat manusia biasa~~. Aku lagi sikit nak baling labu sayong atas meja tu ke arah mereka. Jangan bagi aku nangis please, aku macho. Padahal time tu empangan air mata aku nak pecah dah.

Sumpah terharu. Rasa disayangi. Aku serius sayang team ni. Kitorang tak ramai, less than 20 and semua muafakat and rapat. Sedih la nak tinggalkan. Hope in future dapat team se-best team ni jugak.

Antara hadiah yang aku dapat. Aku memang teringin nak beli telekung Siti Khadijah tu saja nak merasa sebab ramai cakap sedap pakai sekali tengok dapat hadiah. Rezeki. Alhamdulillah. Jam pun dapat, Adidas pulak tu. Huaaa kenapa korang baik sangat. Tudung Ariani. Kain pasang pun dapat. Semua mahal-mahal. Aduhai. Only Allah can repay you guys.
Dapat tuala siap ada nama. Dapat dua sebab senang nak tukar-tukar kata mereka. Nangis iolss dengan keprihatinan korang. Sebak rasa didada bila tau ramai orang sayang :') Ada 2 tudung Aidijuma lagi tapi lupa nak snap gambar.
The best team mates! I couldnt ask for more. Yang ni tak semua ada. Thankyou guys for being awesome. Thankyou tahan dengan perangai gila saya selama hampir 2 tahun setengah. Harap korang tak menyesal kenal saya haha. Hope to work with you guys again in future. Teruskan ukhwah yang sedia ada, kekalkan perangai gila sepere korang haha. Love you guys a lot! Lillahi ta' ala. You guys will be missed, crazily. 

Jumaat pulak office buat jamuan raya so dorang panggil aku lagi sekali untuk majlis perpisahan formal dengan big bosses. Aku kena duduk semeja dengan all big bosses tapi nasib baik la aku dah biasa dengan dorang tapi rasa tercekik la jugak nak makan depan dorang. Haha.

Balik tu ada sorang Dato' ni peluk aku then bisik 'Nadia, jangan nakal-nakal kat sana'  Hahaha. Aku dah cukup behave dah depan dorang, dapat jugak pesanan spesis tu. Don't worry Dato', I'll behave hehe. All my big bosses are kind, walaupun ada yang berpangkat Dato', Datin but they treat me like their own daughter. Thankyou so much for everything. Semoga semua my big bosses diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia selalu.

Hari ni aku buat makan-makan sikit kat rumah untuk orang office. Macam-macam Mak masak; mee hailam, cucur udang, puding laici, rendang ayam, daging malberi, brownies, mini cupcakes. Amboi Mak beria nampak. Puas hati tengok tetamu semua puas makan walaupun lepas tu penat tonyoh kuali haha tapi takpe sekali sekala.

8 comments:

  1. wahhh, bestnye kalau diri disayangi ramai. Memang best dapat hadiah telekung SK tu, IQ pun ada satu, memang best pakai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ramai cakap sedap pakai. Tak try lagi. Kat tempat baru nnt baru nak try inshaAllah hehe

      Delete
  2. Bagusnya Nad orang raikan camtu. Aku yang baca ni pun rasa terharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Mmg terharu. Tak sangka. alhamdulillah. Kau pun kalau nak tukar ke tempat baru nanti diraikan begitu jugak inshaAllah :)

      Delete
  3. woahhh dapat jam adidas digital, nampak sangat officemates tau your taste hahaha. nak join ucap skali la, farewell nadia! goodluck on your new adventures! 🎉😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Perks of always talk about my kind of taste to people near me :p haha thank you :)

      Delete
  4. Farewell Nadia.
    Jaga diri di tempat orang :)
    Good luck on a new chapter in your life , I am sure you will do good.

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance