Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 28 June 2017

Soalan keselamatan; nama pasangan

Aku admin untuk satu sistem ni. Sistem ni perlukan soalan keselataman untuk tukar password otherwise kena call office untuk admin tolong reset password.

Situasi 1 (client: seorang lelaki, datang office aku)

Kak, saya tak boleh masuk la sistem tu, password salah. hari tu dah reset dengan akak, akak bagi ****** tapi tak boleh

Oh yeke? Meh No IC

88**********

Ok dah. Password baru ******. Hari tu kitorang upgrade sistem, so ada data yang kena restore balik.

Ohhh. Saya cuba reset guna soalan keselamatan, nama pasangan, tapi tak boleh, apa saya letak eh?

Nora

Ohhhhh. Hmm dah kahwin dengan orang lain pun dia *suara sayu*

HAHAHAHAHA *sorry aku tak dapat control, memang aku tergelak*

Kena tukar nama lain ni

Letak la nama mak, sure mak tak bertukar

Aah kan. Tapi ayah saya dah bertukar

Hahahaha *dalam hati: sabar je la aku budak ni*

Ok kak, terima kasih.

Situasi 2 (client: perempuan, call office)

Hello, saya nak reset password tapi tak boleh-boleh. Kenapa eh? *marah-marah*

Ok puan, sekejap ye saya semak. Boleh bagi no kad pengenalan? *sabar,sabar*

85**********

Okay, saya tolong reset ye. Tadi guna soalan keselamatan apa?

Nama pasangan

Apa ye jawapan puan?

Zaki

Ohhhhhh. Sini puan letak jawapan dia Shah

Yeke? *suara dah mula tone down* 

Siapa ye Shah tu? *mula la aku nak menganjeng haha*

Oh tu ex boyfriend saya, mampus kalau suami saya tahu ni. Macam mana ye nak tukar? *suara gelabah*

*tergelak kecil, tau pun kau nak gelabah* Okay puan, saya dah reset password puan, nanti buka guna password ******. Bab soalan keselamatan tu nanti puan log in ada tab belah kiri untuk tukar.

Okay, terima kasih.

Hahahaha. Korang jangan buat lawak boleh tak? Kalau tak kahwin lagi jangan menggedik la nak letak nama boyfriend ke girlfriend ke. Kalau dah kahwin pun to be safe letak je soalan keselamatan nama ibu. Ibu sah-sah the one and only. Dah kahwin pun boleh cerai, kalau laki hat kahwin 4 tu dah lupa nama bini yang mana dia letak hahaha. Sabar je la aku. 

And tips aku kalau nama ibu tu letak nama ibu only, jangan letak nama tok sekali. Sebab time register kalau korang daftar binti/binte/bte/bt pun akan effect bila nak jawab nanti. Time jawab first letak binti, time nak reset password letak bt, memang sampai tiupan sangkakala kedua pun tak boleh reset password gitu. Haha. So to be safe letak nama ibu only without nama tok.

Lagi satu kalau nak buat pendaftaran untuk urusan rasmi please create email yang formal. Hari tu ada sorang ni daftar email dia: afifah99luvsafwan98@gmail.com (ni contoh, aku lupa la nama sebenar). Geleng kepala aku sambil cakap dalam hati, satu hari nanti baru kau tau erti penyesalan dik. Email gitu untuk facebook ke wechat ke boleh la diknon. 

8 comments:

  1. hahahaha. kwang33. saya jenis. 100 website. semua sama je pssword.jnis pelupa. pstu kalau xkena. mgkin sbb dia mintak 1 abjad besa. nama memang pakwe. ampun.. haha. jadi memang utk teka tu adalah dia. bukan apa. kadang2 birthday date dia.memang kena letak nama dia gak. Alhamdulillah..so far so good.
    alasan kukuh utk ni ?
    disebabkan its for everything.termasuklah password henfon laptop.xberani msukkan berdekatan org terdekat .nt dorang tau password. pakwe xpe.xtinggal sebumbung. barang2 IT dirumah xdiusik. kihkihkih. jangan mara aa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh i mean here bukan password, but soalan keselamatan yang perlu bila nak reset password. password tkpe nk letak apa pun, it just between u and the system. haha. soalan keselamatan selalu dah spesifik and general. 1st school/nama ibu/nama pasangan.

      selalunya soalan keselamatan yg letak nama pasangan ni budak baru nak up je, tengah seronok ada 'pasangan' hahaha.

      Delete
    2. I did put nama pasangan anyway. I guess masa tu rasa seronok sangatla kot.haha. Alhamdulillah dah 10 tahun.still going strong. belum tukar ag.haha

      Delete
    3. haha good for you. hope it lasts till jannah :)

      Delete
  2. slmt hari raya nad, mohon ampun maaf.. semoga dipelihara dan dirahmati di tpt baru nnt... start dr cuti ritu ni baru nk skodeng blik mmg betul2 menceriakn bg energi pagi2 ni. i wish u good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri. Maaf zahir batin. InshaAllah. ameennn. thankyou :)

      Delete
  3. sistem ni diskriminasi untuk orang yang takde pasangan. kena reprogram balik hahaha. tapi apa pun safwan98 is one lucky guy 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. hey nama pasangan is not the only option lah haha
      kan. lucky fellaa. hahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance