Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 7 June 2017

Random Review

Garnier Make-up Remover


Sumpah best gila make up remover ni. Yang penting tak oily. Bila cuci pun senang yakmat and rasa fresh je muka sebab dia water based. Muka aku tak boleh barang oily nanti tumbuh bijik-bijik kecik. Sebelum ni aku pakai yang lotion jenama Silky Girl, okay la tapi tak se-best ni. Aku pakai Pixy yang oily, tak sesuai dengan muka aku.

Murah pulak tu. Kalau beli time offer, sebotol boleh dapat RM9.90 je. Aku transfer dalam botol kecil, senang nak bawak berjalan.

Sometime by Rizalman

Exactly like my own

Memula aku malas nak review bag ni sebab semua dah out of stock and katanya takde restock dah. Nanti korang teringin tapi dah takde buat sakit hati je kan? Tapi sebab dia best, aku terpaksa review haha.

Aku dah tengok bag ni lama dah, sebelum masihi lagi haha sebelum launch maksud aku. Aku memang tengah cari handbag sebab sebelum ni aku pakai Sometime by Alia Bastamam tak muat nak letak barang-barang aku. Apa je barang kau oh Beron? Banyak kot barang aku; beg make-up, wallet, handphone, earphone, kain pelikat, buku nota, pen. So I need a bigger space.

So beg ni really caught my eyes. Size just nice, kepanjangan strap just nice and ruang kat dalam luas (paling penting). Kat dalam ada compartment kat dinding bag je, aku tak suka beg ada compartment kat tengah2 alam. Ada satu compartment berzip, yang lain open. Really nice.

Paling best, pakai sedap sebab strap dia lebar. Sedap dibahu. Tak menyesal beli. Ramai tegur, 

Beg Rizalman eh? Eee bencinya, tak sempat beli. *insert my proud face here* haha

Harga bagi aku affordable sebab aku jenis pakai barang satu tu je and bertahun baru tukar kalau dah suka. 

Oh aku nak jual beg Sometime by Alia Bastamam tu sebab aku bukan manusia yang rajin nak tukar-tukar beg. Colour hijau. Nak tengok gambar boleh tengok Carousell aku: beronadia atau Shopee aku: beronadia.

Acer Spin 5

Okay perkenalkan anak aku yang ke 3 selepas Acer, Asus dan Acer kembali. Lepas Asus tidak lagi boleh berjasa, aku cari pengganti dia. Pengganti kena cari cepat supaya hati tak penasaran (wujud ke word ni? haha). So lepas bagitau ciri-ciri yang aku nak, someone suggested this to me.

Aku baca review, macam okay je, tak fikir panjang aku beli terus. Habis duit kutu *nangis sambil peluk laptop baru*.

So far it is nice, laju, ringan, sound ok, paparan screen okay, touch screen pun takde problem. Just aku tak berapa suka keyboard dia. Macam soft, tak feel bila tekan haha. Faham tak? Tak faham pun takpe, tak penting. Dia punya touch pad bersekali dengan right and left click, so susah nak beza. Kena betul-betul letak jari kat penjuru bawah kiri/kanan untuk tujuan right/left click. Yang lain takde masalah, so far so good.

Nasib baik pun aku beli laptop, time DPA nanti banyak nak guna, benda wajib ada. 

Dan dan, ianya boleh flip, boleh jadi tablet. boleh jadikan tent. Time tengok movie memang aku jadikan tent (seperti gambar di bawah). Tetiba movie aku pause, rupa-rupanya di sebalik sana cousin aku tekan keyboard. Biadap -,-

Body ada warna hitam je. Nasib baik iolss tak kisah. Rupa tak penting, function yang penting. Ye dak?

Olympus Stylus Tough TG Tracker



Yang ni so far so good. Aku baru guna sekali time pergi Tioman and ada guna sekali time hiking. Boleh masuk air (30m) tapi bunyi dalam air dia bising, it means microphone dia sensitif. Aku tak tahu boleh off mic ke tak, tak habis explore lagi. Masuk air tak payah nak pakai cover apa-apa.

Gambar memang wide. Cuma screen dia tak boleh pusing 360 degree, so nak selfie pakai agak-agak je la. Kalau tak guna apps dia, susah sikit nak selfie sebab dekat pemegang tu takde button nak tangkap gambar. Most aksesori Gopro boleh ngam dengan dia. Sesuai untuk aktiviti lasak. Ringan and compact.

[Sumber semua gambar: Google]

13 comments:

  1. wahhhh, nais la barang2 yang nadia beli, memang puas hati, anyway, tertarik dengan acer, sila pm jenis acer kepada IQ, IQ nak target beli yang tu jugaaakk..haha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe itu la model dia IQ. Acer Spin 5 nama dia hehe

      Delete
    2. ok, noted. boleh search dan simpan duit lepas ni

      Delete
  2. Part cousin tekan keyboard tu lawak.. Potong betul org tgh khusyuk.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe. part suspen pulak tu. potong stim hahahha

      Delete
  3. mcam seram plk tgk laptop tu boleh flip sampai mcm tu. hahaha

    barang2 yg awak nak jual tu cuba iklankan juga di mudah.my
    mana tahu boleh dapat buyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Okay je

      Ouh. Thank you for suggestion :)

      Delete
  4. garnier makeup remover
    yeke best. nak try jgak la nanti. muka i pon sensitip tauuu hahaha.

    sometime by rizalman
    smart la design bag tu. minimalistic dan kemas. me likeee 👌

    acer spin 5
    nadia di ofis kecewa ngan feel keyboard

    olympus tg tracker
    camera hensem!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nanti cuba la. dengar cerita penampar boleh jugak hilangkan kesensitipan tersebut. nak try? haha

      ha kan. nanti kalau ada restock beli la eh? haha

      handsome like its owner. wow hahaha

      Delete
    2. thanks for the tip. penampar tu oil-free and water-based jugak ke? 💅

      okayyyyy. nanti boleh kita geng! seppp 🙋

      owner memang hensemmmm. girlpren keliling pinggang hahaha

      Delete
    3. Yepp

      Ok sepp. *jalan kat mall sambil pusing2 bag

      Oyeahh. Buat apa tak kawen kalau tak banyak awek hahaha

      Delete
  5. Duit kutu haram btw. *tetiba haha
    oh maan. kalau leh flip cmtu.takut terdouble flip terus melekat ke lantai.
    oh wow. camera tu looks awesome ! rasa macam keje ngan national geograf plak.
    Thanks for introducing this to me, ai seriously hav no idea Alia Bastaman or Rizalman, or any other Malaysia designers buat beg . btw dah tengok x Rizalman at Life? seriously, what a talented designer.
    Yup, barang Nad memang xbanyak haha. But I think, for bag, lg besar space, lg kena ada sections, if not. Malulaaa. org tnye tisu, carik 10 minit.baahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa? kutu sejenis babi ke? hahahha
      takpe, dia ada skill gimnas haha
      haha power sangat tu keje dengan NG
      tak tengok. tak pernah tau fashion dia before this tapi tgk kan bag mmg nampak la kerapian dia
      compartments kecik2 mmg ada, memang sesuai untuk letak tissue, keys. So perfect hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance