Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 3 June 2017

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sesi 2017

Hari ni aku nak share sikit pengalaman aku ambil exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Hope it helps somehow kepada sesiapa yang memang bercita-cita nak jadi PTD. Enjoy reading!

1)Ujian Online

Ni adalah first step melangkah ke alam PTD. Aku ambil ujian ni 3 kali, kali ketiga baru lulus. HAHA. Yang kali ketiga aku ambil tu aku tak study langsung sebab malas. Sebab aku rasa  study pun bukan lulus (ciri-ciri orang yang mudah berputus asa, jangan tiru!). Aku busy dengan kerja lagipun time tu (alasannnn). Plus tak tahu nak study apa because it's too broad. Pengetahuan am kot. Aku dah la bukan manusia ambil tahu hal dunia. 

Hari nak ambil exam tu aku pergi buat dekat rumah kawan, tumpang internet dia. Sampai sana sekali aku bawak laptop je tak bawak charger and bateri. Kahkahkah. Time tu memang rasa malas gila nak buat, lantak situ. Tapi kawan aku bagi pinjam laptop dia, so aku pun buatlah. 2 papers. Paper 1 pengetahuan am, paper 2 soalan maths (daya menyelesaikan masalah - I tak daya nyahhh haha). Soalan maths tak susah tapi tak cukup sangat masa menjawab. Hentam is the best solution haha. Kawan aku dan suami dia banyak membantu. (Thank you so much).

Seminggu lepas habis buat tu, dengan 0 harapan adik aku tolong cek kan result. 

Alhamdulillah lulus. 

Sumpah tak sangka. Yang time paling aku tak ambil hal la, time tu lulus. Aku bukan nak bagitau korang tak payah study, ini just pengalaman aku sebagai manusia yang tiada wawasan hidup haha.

2) PTD Assessment Centre (PAC)

Ok ni step seterusnya. Nanti akan dapat tarikh pergi pusat latihan seperti yang diarahkan selama 2 hari untuk jalani assessment. Aku kena 2 hari dekat Sg Petani. Penginapan tidak disediakan.

Memula dia akan cek BMI, saringan kesihatan dan ujian fizikal. Ujian fizikal ni ada bip test, sit up, kelenturan, kekuatan genggaman tangan (seingat aku). Lain PAC mungkin berlainan jenis ujian. Dah habis semua ni, urusetia akan bagi keputusan sama ada lulus atau tak. Kalau gagal, boleh balik. Half day je ujian ni. BMI yang diperlukan antara 19-29 kalau tak salah aku. Tak lepas BMI pun tak boleh teruskan.

Alhamdulillah, aku lulus.

Lepas lunch hari first ada ujian essay, BM dan BI. Lepas tu dibahagikan dalam kumpulan untuk aktiviti berkumpulan. Kita akan duduk dalam kumpulan yang sama sampailah akhir program keesokan harinya. Malam tiada apa-apa aktiviti,

Esoknya pulak dimulakan dengan pengucapan awam kemudian public speaking. Tajuk pengucapan awam dan public speaking diberi pada penghujung hari pertama. Habis je tu terus perbincangan berkumpulan dalam BM dan BI. Lepas tu balik la. Tunggu result.

Alhamdulillah, aku lulus. 

Untuk PAC pun aku tak prepare apa-apa sebab tak tahu nak prepare apa. Soalan-soalan dia semua general, tidak terlalu fakta. Boleh goreng haha. Soalan untuk pengucapan awam dan public speaking memang sempat la nak cari bahan malam tu. Perbincangan berkumpulan dapat soalan on the spot.

Apa-apa bergerak dalam kumpulan. So masa public speaking (5 minit sorang) kita just bentang dalam kumpulan je bukan the whole batch. Satu kumpulan dalam 10-11 orang. Batch aku ada dalam 8 kumpulan time tu. Time perbincangan kumpulan (sejam satu kumpulan) jangan tak bercakap langsung and jangan jadi moderator. Berbaiklah dengan ahli kumpulan supaya korang rasa senang nak berkomunikasi dan kurang segan nak membentangkan idea. Penilaian adalah berdasarkan individu.

Oh lepas PAC dia bagi masa 24 jam untuk jawab ujian psikometrik. Just nak uji personaliti kita. Just be honest sebab boleh tahu kalau kau pura-pura untuk mempamerkan kebaikan / kebolehan kononnya kau paling perfect. Nanti akan effect kepada trait kebolehpercayaan. Kan tak cantik kalau trait tu punya result, kebolehpercayaan: rendah. Nampak nau suka membongak. Ada satu soalan dia aku tak boleh lupa. 

Adakah anda berasa puas apabila membuang air besar?

-,-

Nasib baik objektif, kalau subjektif mau 2 perenggan nak hurai bab ni je. Hahaha. 

Ke korang nak aku huraikan kat sini? Hahahaha alah jangan lah jijik. Gurau je. Gurau pun tak boleh *flush jamban*

3) Interview

Okay, ni kiranya final step la. Kalau korang terpilih korang kena pergi kusus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama hampir setahun sebelum posting.

Untuk interview aku tak beria prepare sebab serious life aku busy time tu dengan urusan pejabat. Yang penting kena tahu isu semasa. Pengalaman aku; soalan dia akan berdasarkan apa yang kau jawab untuk first soalan. Kalau tak tahu jangan hentam nanti akan drag kebodohan itu. Haha

Panel ada jugak tanya nak duduk kementerian mana dan why? Dia tanya jugak willing ke kalau kena hantar ke Sudan or Zimbabwe -_-''.

Yang lain lebih kurang berkisarkan apa yang kau tengah buat sekarang. Macam aku kena provok teruk bila panel tau aku qualified to be a lawyer.

Why you don't want to be a lawyer? You have a legal mind. Don't you think it's such a waste for you to be in admin line?

Ha memang kena konfiden habis jawab ni. Beberapa kali jugak la panel tekankan soalan yang sama and paling penting jawapan kena konsisten. Nanti panel putar balik kalau jawapan tak konsisten.

Privileges aku adalah aku memang tengah berkhidmat dengan kerajaan, sedikit sebanyak aku tahu selok belok pentadbiran kerajaan. Aku berkerja di kelilingi PTD, I know what their roles in administrative line. It helps somehow.

Alhamdulillah aku berjaya temuduga.

Time aku dapat email bagitau aku lulus interview sumpah aku takde perasaan. Aku tak happy, aku tak excited. Aku just bersyukur. And 17 Jun ni aku ada taklimat dekat KL then inshaAllah lapor diri as Kadet PTD pada 16 Julai 2017. Doakan aku kuat menghadapi onak dan duri dan diberi kesihatan yang baik.

Aku sayu sebenarnya sebab aku kena tinggalkan orang-orang yang aku sayang dekat Perak untuk pergi training yang dikatakan 10 bulan. Kahkahkah poyo tak aku? Aku hati tisu weh, nampak je gensgter. Aku tau aku bakal homesick teruk sebab dari 2013 aku memang mengempeng je dengan parents aku haha. Lama dah tak duduk jauh. Nak tinggalkan boyfriend-boyfriend lagi hahaha kbye.

14 comments:

  1. Tahniah Nadia. Kamu hebat. Selamat menempuhi dunia kadet dan dpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. eh tidaklah hebat mana, rezeki.

      Delete
  2. Bapak gempak weh kau dpt ptd. Semoga dipermudahkan urusan kerja nanti.

    Aku baca assessment yg kau tulis ni pun dh malas tgk byk sgt stage dia.. Apatah lagi nak kena hadap betul2.. Rajin pulak kau ni.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou Bro! Taklah, biasa je, rezeki hehe

      haha aku fikir menggalas harapan mak ayah je ni. Plus, peluang tak datang selalu dan rezeki tak pernah salah pintu :) So i think i should grab it :)

      Delete
  3. Tahniah!
    Ada nampak haritu orang share kt twitter pasal dia pegi interview, interviewer tu tanya dia ada family yg PTD ke tidak, bila dia jawab "tak" ada panel yg cakap, "susah la kalau macam tu". well actually sebenarnya tak juga ye ..? ke you ada family yg PTD ?

    Tertanya2 juga ..

    hey take care .. and all the best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou Zhi!
      Tu la ada baca jugak. I tak kena macam tu. It depends on panel kot. But panel shouldn't said like that, it sounds unprofessional. I takde family PTD btw, I'm the first, inshaAllah :)

      Delete
  4. tahniah nadia! wahhh, lulus PTD tu weyhh, jarang dengar kawan2 lulus PTD ni. rezeki nadia.

    lepas ni mesti dah jarang update blog...sedih la camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou IQ

      haha fikir jugak, mesti jarang update. eh akan curi masa jugak update sebab..sebab..suka merepek kat sini hehe

      Delete
  5. Tahniah Nadia. take care

    ReplyDelete
  6. dah jadi ptd jangan delete blog ni. haha. tahniah nadia! power lah. nanti update lah blog pasal Sudan hahah. So apa jawapan kepada puas lepas berak tu? Please share.:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha never. thankyou kakbel :) hahhaa amboi doa dia di bulan ramadhan. puass. ahhahahahha :P

      Delete
  7. bestnya nadia. nanti tercapailah impian awak nak travel satu dunia kan. travel dibayar gaji pulak tu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk tak semestinya. it depends duduk kementerian mana. hehe. gaji macam pegawai biasa je, mampu pusing dekat2 je hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance