Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 22 June 2017

My kind of dream wedding

Semua orang ada dream wedding, so do I. I have 4 options, probably won't be approved by my parents. Check it out;

1. Aku taknak kahwin! Hahahhaha. Don't get me wrong. Nikah aku nak, tapi aku taknak kenduri. But walimatul urus tu sunat kan? So lets proceed to the second one.

2. Okay here the conversation I had with my Mum;

Mak, kalau Nadia kahwin nanti kan, boleh tak Nadia taknak datang kenduri tu?

Kamu gila ke apa?

Hahahahaha. Tujuan buat kenduri nak bagi orang tahu Nadia dah kahwin and dengan siapa Nadia kahwin kan? Haa buat je la banner. Ada gambar Nadia, ada gambar suami. Settle. Alah dorang datang nak makan je pun and tumpang reunion.

Kamu jangan merepek.

Hahaha. 

I know my Mum knew I was serious and still am with that idea. 

3. Okay ada kenduri. Okay aku datang dengan suami. Tapi aku taknak ada pelamin, aku taknak ada meja makan beradab, aku taknak ada acara potong kek bagai. Aku nak pakai baju biasa-biasa je. Jadi pelayan tetamu sekali.

Kalau lapar aku pergi beratur kat meja buffet, ambil makanan dan makan. Kemudian teringin nak makan aiskrim pergi ambil, sambil tu singgah kiosk rojak buah. Habis makan baru sedar eh lupa ajak suami makan sekali. HAHAHA.

Aku tak boleh berlama-lama in crowd, so kalau aku dah rasa fed-up tu aku balik je rumah sambil pesan kat Mak kalau orang tanya mana pengantin cakap pergi outdoor photoshoot padahal aku balik rumah nak tidur haha. Alah kenduri pun mesti kawan-kawan Mak Ayah yang ramai, aku mana ada kawan sangat.

4. Just small ceremony dalam dewan tertutup. Lepas nikah terus makan-makan. Jemput family je and kawan-kawan baik aku yang tak sampai 30 orang. Still takde pelamin bagai. Makan berhidang. Satu meja 10 orang. Sediakan 15-20 meja je. Settle.

Tak tahu lah idea mana yang akan diluluskan oleh Jabatan Mak aku ni.What you guys think? And what is your dream wedding?

*Kalau aku berezeki kahwin nanti tapi tak seperti di atas, makanya that's not my dream wedding , that Mak's  dream wedding haha.

Rumah aku baru renovate sikit bahagian ruang tamu. Mak pun ada la beli perabot sikit letak kat depan tu and depan tu dah takde ruang nak letak another perabot. Semalam Mak cakap;

Nanti kamu kahwin mana la nak letak pelamin?

Sambil main handphone aku jawab;

Siapa nak kahwin? 

Hahaha kena jelingan petir sedas.

Kelmarin ada singh datang rumah aku pasang langsir. Aku sembang-sembang dengan dia. Dia tanya aku;

Adik, you form berapa? 4 ka 5 ka?

Haha saya dah kerja la

Ayoo. Yaka? You look young. I thought you baru nak ambil SPM. You umur berapa?

27

Lama dia tengok aku macam tak percaya. Last-last dia tanya;

How you maintain? 

Hahaha aku gelak gila. Maintain mendenya. Aku cerita kat parents aku, dorang gelak je. Then aku cakap;

Hmm boleh lah kahwin lagi 10 tahun

Kena jeling lagi. Hmmm. Hahaha

18 comments:

  1. Baca tajuk tadi ingatkan dream wedding level grand sampai bersanding 30m bawah laut selpi dgn ikan jerung. Tak sangka pula.. Haha

    Nadia 27 ye. Hmm..ok. Salam 27 ramadan.
    (Xde kena mengena tapi betul kan harini 27 ramadan. Haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul la tu hari ni 27 ramadhan.

      Delete
  2. hahaha, ape ni nadia, nak raya ni, topik raya la nadia..

    anyhow, idea yang bernas, tapi kalau IQ, IQ approve idea ke4, hahaha! bior bior...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni serius tkde mood nak raya. Cuti pun tak ambil haha.

      Yeay boleh jadikan poll ni haha

      Delete
  3. Replies
    1. All is All Knowing. I have no plan at all in near time.

      Delete
    2. Well, if that's the case let me plan for you.
      i'll plan for me later.
      Selamat hari raya.

      Delete
    3. is that means you want to be my wedding planner? haha

      Delete
  4. Macam dah tak lama lagi ni..

    No 4 tu yg paling acceptable. Tapi kan ini kenduri belah family awak. Yg belah lelaki nanti mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak lah. it's just a random thought

      eh? yang lain tak eh? hmm haha. belah laki? i'll request the simplest one. selalunya side laki ni simple je unless saya kahwin dengan kerabat. wow! hahaha

      Delete
  5. Err.. maksud saya tak lama lagi raya :b


    Yg lain tu mcm tak pernah dibuat org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali ayat bagi habis kalau tkde kena mengena dgn tajuk haha :p

      Orang tak buat, saya buat. Pioneer :p

      Delete
  6. sy pilih option #1, sebab paling low cost. bila low cost mesti banyak duit lebih. so duit lebih tu boleh reallocate untuk beli tupperware set baru tiap2 bulan selama 1-2 tahun and bagi kat jabatan mak, komfem lulus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kena fikir hidup lepas kahwin. plus boleh travel! haha.
      tuppeware? hmm no. My Mum punya tuppeware kalau susun lebih setingkat dari menara al burj hahaha

      Delete
  7. Nad, you speak for my mind.its exactly what I think my wedding should be too.for godness sake.not all women like the attentions k. I always think kahwin kat pejabat daftar nikah tuje dah sweet gila.dah nikah.sweetla.ape masalahnya.haha. I dont want big wedding too! gosh. pretty sure my parents wont allowed it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan. pray from now that your parents will allow it. power of doa ;)

      Delete
  8. What your kind of dream husband then?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dont have any specific criteria. If i can get along with him well, so does he then it can be proceeded.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance