Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 16 June 2017

Kamal anak Zenab

Hari ni aku nak cerita pasal Zenab (bukan nama sebenar). Zenab ni duduk area-area rumah aku. Tapi sebagai manusia yang ignorant, aku tak ambil hal pun pasal dia. Nampak macam sebatang kara dan kekadang aku nampak Mak bagi makanan kat dia. So biarlah dia. 

Tetiba Mak cakap Zenab dah ada anak, Kamal (bukan nama sebenar) . Bila masa mengandung entah? Lantak kan. Kamal comel, nakal. Selalu jugak aku tegur dia kalau terserempak. Tapi dia jenis malu-malu kalau dengan orang lain. Dah dua mulut Mak aku bagi makan, takpelah, pahala ye dak bersedekah?

Mak cakap Zenab tu sebelum ni pernah keguguran and ada yang anak dia mati. Sian pulak aku dengar cerita tu. Patutlah aku tengok dia punya jaga Kamal bak menatang minyak petrol yang penuh. Kalau Mak bagi dorang makan, aku nampak la dia akan bagi Kamal makan sampai kenyang dulu. Dia duduk je tepi Kamal tengok Kamal makan. Kamal pun bebudak lagi kekadang dia hentamnya makan sampai licin haha. Nasib kau la Zenab.

Lately aku selalu nampak Kamal tapi tak nampak Zenab. Aku tanya Mak,

'Zenab mana?'

'Entah, dah lama tak nampak, rasanya dah ada anak baru'

'Lepas tu tinggal Kamal macam tu je ke?'

'Ye la tu'

'Biadap. Dulu bukan main sayang, Kamal hilang dari radius dia terus menggelupur cari'

Marah sungguh aku. Itulah dia, itulah dia, dah ada yang baru lupa yang lama. Mak mana yang sanggup lupa anak? Mak aku cakap anak baru dia dengan laki lain. Hmm patutlah.

Hari tu aku balik kerja aku nampak Kamal. Lepas tu aku tanya dia

'Kamal, mak kau mana?'

'Meowwww'

'Takpelah Kamal, lupakan je lah Mak macam tu. Takpe, kami ada jaga kau'

'Meowwww'

'Dah tak payah meoww-meoww. Makan friskies ni'

Dia makan dengan gelojohnya, penat lettewww banyak main. Zenab, zenab, apa la nak jadi. Sampai sungguh hatimu.

12 comments:

  1. dah sudah, IQ dah terbayang seorang perempuan tinggal sorang2, dan mula pelik bila dia tetiba mengandung...grrr..

    kutertipu

    ReplyDelete
  2. jenuh la, ada gak cerpen cmni di pagi ramadhan.. perkara pertama masuk opis ni mkn dia.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terhibur tak? Ke marah? haha

      Delete
    2. out of box... mmg smua perasaan ada bercampur baur tp at last senyum kambing gak yg kuar... hahaha

      Delete
    3. Haha. Ampun. Slmt hari raya haha

      Delete
  3. Ada sambungan ke

    ReplyDelete
  4. Kamal, ko nak kenal ngan anak mak? Nama omputih, Winny. Insyaallah boleh jadi jodoh yang baik. eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. urban sangat ke? kamal ni budak kampung je, tak baligh lagi haha

      Delete
  5. hey my name is kamal cat
    im born in kuale
    my mom is zenab cat
    abandoned me for other?

    im cute and im fluffy
    but someone said im naughty
    oh meow im feelin hungry
    nadia! get the friskies and feed me! 😺

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow pantun! i should deliver this to kamal so he wont feel abandon anymore haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance