Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 21 June 2017

Studio Apartment

Aku memang suka rumah berkonsepkan studio apartment. Simple and nice. Masuk-masuk je terus ruang rehat ada dinding sikit sebagai pemisah tempat tidur, ada satu bilik air yang selesa, ada TV, ruang untuk memasak dan ruang untuk membasuh. Dah, simple as that.

Dream House

Konsep ni memang terbaik. Tempat tidur kat ruang atas. Nanti kalau ada rezeki aku nak beli lot tanah and nak rumah aku design macam ni. Tapi aku tahu mesti aku ditentang masyarakat.

Ish apa rumah macam ni? Kalau orang datang nak tidur mana?

Persoalan dia sekarang, siapa nak jemput orang datang? Kahkahkah 

I'm that anti-social. This is my very personal space, my space to gain tranquility and serenity. Orang datang nanti dah la buat sepah tak reti kemas balik lepas tu memekak lepas tu komplen pasal hidup aku haha. 

So untuk berjumpa orang ayuh kita berjumpa di restoran. Kalau mahu overnight, ayuh kita bercuti. Bukankah lebih indah begitu? Haha. Kalau setakat kawan baik aku sorang dua nak datang nak tidur semalam dua amat dialukan. Tapi kalau Mak Jemah dan 8 anaknya nak datang tumpang tidur sebab nak jimat duit hotel, hmmm sorry not sorry haha. 

Aku pernah sewa 2 studio apartment untuk per night la. Dua-dua terbaik.

1. Vista Alam Studio Unit, Seksyen 14, Shah Alam

Yang ni konsep dia masuk terus nampak ruang tamu included ruang makan. Then ada dinding pemisah untuk bilik. Ada 1 bilik air yang boleh diakses dari ruang tidur and ruang memasak. Ada another door untuk masuk ke ruang membasuh dari ruang dapur.

Ha macam ni je pandangan dari ruang makan. Depan sofa ada TV. Tepi katil tu ada bilik air. Yang tak nampak ruang memasak and ruang membasuh. Sumber gambar: Booking.com. Very nice right?

2. The Signature Hotel and Serviced Suites, Kuala Lumpur

Yang ni kat area Desa Sri Hartamas. Dah dua kali aku stay kat sini sebab ada taklimat dekat Intan Bukit Kiara. Memang padu tempat dia. Kemudahan dalam bilik semua ada. Peti ais, microwave, TV 2; satu kat depan katil satu kat ruang lepak.



Masuk je terus nampak kawasan ni dulu. Sumber gambar: Booking.com. Cuma yang ni aku tak ambil yang ada ruang membasuh. Nak basuh apa je duduk semalam? Basuh fikiran kau? *tetiba

Dua-dua ni buat aku ter-inspired nak ada rumah macam ni je. Bahagianya hidup. Simple and minimise. Nak berdoa la sempena ramadhan ni, inshaAllah termakbul.

Dah tu Nadia, kalau ada anak kau nak letak kat mana?

Lah peti ais kan ada, dalam almari boleh sorang, dalam mesin basuh boleh sorang. HAHAHA.

14 comments:

  1. wow...didnt expct that from you. bukan adik beradik ramai ni suka meriah2 all the time ke? well slap my forehead.Im wrong.haha.

    memang 'macam best' kalau dapat NYC kinda house yang leh dapat good lighting and all. tapi Malaysia. last I pegi scott garden for homestay purpose, siang yeay...malam o kay.. booring. sebab cermin je. heih.. then My family all freak out because of the high ceiling. so apa kata try homestay rumah2 yang you 'think' you like the concept.you might change ur mind or atleast know best either to like or not..
    Its worth the experience. cz its FOR REAL sista. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dont have many siblings, only 3 haha. but my family overall yes ramai. I'm introvert. My energy drained faster bila berada dalam kumpulan yg ramai. so kalau berkumpul family pun selepas beberapa ketika i'll isolate myself in my room alone to regain energy haha thats me. i really need my personal space.

      haha lain orang lain kot. i love being in the dark tapi tgk kehidupan yang chaos through the window. i always love the idea of small house. konsep rumah pun i like like i blog before, satu bilik je or paling banyak 2 hahhaha.

      Delete
    2. well, mind give a homestay a go. if you decided to buy a certain concept of house. I thought so too, smpila dah rasa betul2 the real deal.
      Samalaaa kita. hahaha. I thought Im carrying a disease for acting like a batery that need some time to regain their power. fuh glad to hear Im not the only one.

      oh my mistakes. 3 isnt that many lol

      Delete
    3. for now takde fikir nak beli rumah lagi, just berangan hence no serious thought about it yet haha.

      thats introvert, kind of disease. Human traits is different kan haha. 3 is many for me haha.

      Delete
  2. Aku minat gila rumah mcm ni.. Kt luar femes concept ni sebab ruang tanah yang kecik dan peratusan single citizen yg tinggi. Plus org yang duk rumah macam ni lebih suka pakai public transport so parking is not an issue. Maybe one day Malaysia pun akan lebih gigih buat rumah kos sederhana yang berkonsepkan studio apartment/officetel. Tapi public transport kena upgrade dulu la kalau tak mana nak campak kete menimbun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sama! sep sikit. betul2, kat Malaysia tak popular lagi plus kalau ada pun sangat mahal. Sebab tu aku fikir nak beli tanah dan berkonsepkan begitu hehe. Kalau kau nak tumpang bina ats rumah aku boleh, mari Day haha.

      Yeahh, nampak public transport kita tengah upgrade but only in KL and kawasan sekitar la. Plus it should be maintained properly jugak and with a reasonable price fee of course.

      Delete
  3. tengok gambar dream house tu, terus imagine boleh main baling bantal dari katil tingkat atas pegi kat sofa bawah, so much fun haha.

    that interior design tema industrial also cool. pipe and frame besi camtu nampak functional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kannn. panggil2 tak sahut, baling je bantal. tapi nak lari susah sikit la sebab tak berpintu kene nyorok dalam bilik air hahahha

      yeah that one pun cool tp jangan serabut sangat kot.

      Delete
  4. Rumah mcm ni kalau duduk sorang & berdua dgn pasangan ok la kot. Bilik tidur pun takda pintu.

    ReplyDelete
  5. kau memang nak hidup menyingle eh nad? hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pe yg sikit tu? haha

      tapi kan macam scary la tinggal rumah sorang2 nanti kalau mati takda sapa2 sedar

      Delete
    2. Ada la sikit rasa nak hidup single tu.

      Haha. My prinsip dalam hidup ni jangan fikir complicated sangat. Nak fikir semua benda negatif tak berhidup nanti. Ada je yg duduk beramai tapi time dia mati tkde siapa kat sisi jugak. ;)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance