Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 26 June 2017

1st Raya 2017

Pantas tak aku update pasal raya? Nampak sangat raya aku hambar haha. Lusa aku dah start kerja and this Friday will be my last day in that office. So now lupakan kejap pasal kerja, mari kita sembang pasal raya aku yang tak seberapa.

Unlike before, tahun ni aku literally beraya dengan sepasang baju kurung moden mini je. Sebelum ni paling tidak pun 2 pasang siap wedges 3 inci. Raya ni pakai sandal yang ada je. Beli cecans pun buat apa, kene sepak jugak dengan orang, kalau boleh bawak kasut dalam rumah ye aku beli baru sambil pakai kain singkat bertujuan riak hahaha.

Jumaat hari last kerja time rest sempat la aku pergi beli tudung bawal RM10. My forever kind of tudung. Time kecik-kecik dulu lagi over aku beraya siap panties pun baru memang time tu ada la rasa nak pakai macam spiderman, buat apa ada benda baru tak menunjuk ye dak? Hahaha yahudi sangat perangai kau Nadia. 

Malam raya tidur lambat sebab mengemas rumah. Pagi raya lepas gosok baju, breakfast, tangkap-tangkap gambar then gerak balik rumah Pah yang hanya 17km sajo dari rumah aku. Sonang kampung dekat ni, tak jem. Kalau boleh nak cari suami yang berkampung sebelah rumah aku je tapi takde yang sesuwei haha. Makcik aku mak mentua dia jiran dia, dapat pulak mak mentua baik perghhh rejeki. 

Ada yang cakap tak feel la balik kampung dekat-dekat. Eh pergi mampus la dengan feeling tu, balik kampung 15minit pun aku dah macam cacing kepanasan dalam kereta haha. 

Sampai rumah Pah terus salam peluk cium mintak ampun (tapi tahu akan buat lagi dosa yang sama) then bagi duit raya. Tahun ketiga aku bagi duit raya. I'm getting old :( Pedulikan dengan getting old, janji bahagia dan perut harus diisi sebab kegembiraan hati terletak dia perut (bakal suami, please take note). Aku makan laksa dan nasi impit.

Kemudian bergambar, bersosial sikit dan aku dah exhausted. Pergi cari bilik mana yang kosong sebagai port tidur terbaik. Jumpa satu bilik, on air cond maka aku tidur dengan aman dalam kegelapan dan kesejukan. Bangun solat dan pergi tengok TV. Yang lain ada yang tidur ada yang pergi beraya.

Lepas Asar baru aku pergi beraya rumah sepupu-sepupu Ayah. Memang rutin setiap tahun. Dapat cover 4 rumah sampai Maghrib. Memang kejap-kejap je pergi. Dah jamah sikit mula la aku ajak balik. Kekadang aku bangun je sandang handbag, fahamlah parents aku haha. Parents aku pun bukan jenis berlama-lama, paling lama pun 30minit kot. Sebab banyak rumah nak cover kan.

Malam aku cuci peti ais. Ha style Mak aku kalau nak raya segala celah dalam rumah ni kena bersihkan. Penat tapi puas. 3 plastik makanan aku buang semalam, semua dah expired, ada yang tak bukak botol dan plastik lagi -_-''. Kenyang monyet belakang rumah aku makan cheese la susu la kerisik la mayonis la haha. Cuci peti ais pun sejam weh.

Tu je la raya first day aku. Hari ni beraya depan sinki je. Orang datang rumah dari 8 pagi tadi sampai Maghrib. Penat.

Nah share sikit gambar raya buat bekalan di hari tua *takde kena mengena


Tadi macam nak upload banyak. Tetiba malas. Hahaha. Psycho tu pun malas. 

Bye. 

11 comments:

  1. Raya ni pakai sandal yang ada je
    adakah ini bermakna nadia berjaya stick to shopping plan? nooo! impossible!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha told yaaa! we should bet on that :P

      Delete
  2. Selama hari raya Nadia. Maaf zahir batin.

    Cantik baju awak.
    Hehehe..

    ReplyDelete
  3. "bangun je sandang handbag"

    Ini pun bakal suami kena take note :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga tahun depan raya berdua :)

      eh, lambat sangat tahun depan.. raya haji nanti la

      Delete
    2. eh cepat sangat raya haji. elok la raya tahun depan haha

      Delete
    3. tapi memang tak pernah raya sorang-sorang pun, selalunya berlima haha

      Delete
  4. beraya kat singki je.wins. my first raya also lah.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. nak buat cmne kan. ada dish washer takpe la kan.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance