Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 19 May 2017

Warkah untuk arwah #6

Abang Man!!

Tadi Nadia whatsapp dengan Kak Yan, dia bagitau Syahmi dapat masuk UiTM kos engineering yang dia nak tu. Alhamdulillah! OMG, I'm crying kot. Encik Kimi pulak boleh message Nadia bagitau Abang Man pernah cakap kat dia, Abang Man tak dapat masuk university, biarlah anak-anak yang masuk. Lagi berjurai air mata. Doa Abang Man dah dimakbulkan. Kak Yan pun whatsapp benda yang sama siap bagitau nangis lagi. Adoi, tak tahanlah. Rinduu, sebak.

Then Kak Yan bagi Nadia nombor Syahmi suruh Nadia message dia bagi kata-kata semangat. I did it, proudly! Hehe. Makin dekat dah ni nak tercapai impian Abang Man nak jadikan Nadia menantu! HAHAHA gurau, gurau.

Nadia tau anak-anak Abang Man for sure akan buat Ayah dan Ibu dorang bangga. Kak Yan indeed a strong woman, I wish I can be like her. By the way, Syahmi dah ada lesen kereta, Kak Yan takde lagi hahaha.

Nadia ada bagi sikit hadiah kat Syahmi, malu-malu dia nak terima. Ikut perangai siapa la tu pemalu? For sure not you! Haha. Itu je Abang Man yang Nadia mampu bantu. Kalau nak balas jasa Abang Man kat Nadia, memang tak terbalas.

Bagi Nadia Abang Man masih hidup, hidup dalam kenangan Nadia. Rasa baru je kita bergurau senda. Baru je kita meluahkan perasaan tak puas hati masing-masing. Baru je kita pergi makan sama-sama. Baru je kita selesaikan masalah dengan riang gembira. Baru je kita berkongsi macam-macam cerita.

Rasa baru je tengok Abang Man dekat hospital. Kekadang rasa Abang Man ada je kat Kuale tu. I know you're happy 'there'. I wish I'll be happy too.

I miss you Mr. Harul Azman. Rest well, rest in peace. :)

4 comments:

  1. IQ pun tumpang gembira untuk anak Arwah. Semestinya dia bangga dari sana. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou. Qai'id pun akan jadi kebanggan IQ dan ayah dia nanti. :)

      Delete
  2. Orang yang baik memang akan sentiasa dikenang walaupun pada waktu ketiadaan.
    Kau bertuah Nad, dapat kenal Abang Man :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Jom la kita buat baik supaya dah mati nanti ada benda orang kenang pasal kita.

      btw, i miss ur existence here hehe welcome back! haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance