Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 17 May 2017

Open Water Scuba Dive Course [PADI]

Aku memang ada berangan nak ambil lesen diving tapi tak sangka aku gigih fulfill kan impian aku tu secepat ni haha. Benda tak rancang betul-betul pun. Ada orang ajak, aku terus jom on, deal dengan agent, book, bayar deposit, pergi bedal. 

Benda kalau nak buat, kau jangan fikir banyak sangat. Kau redah je. Kalau fikir karang jadi overthinking lepas tu tangguh. Dah ada niat tu walaupun sikit, kau redah je haha. Kalau tak mesti tak jadi.

Aku ambil diving course dengan Bayu Dive Center kat Kg. Genting, Pulau Tioman. Boleh nak kata time first shore dive aku dalam air macam WTF I'm doing here underwater? At first it was hard and it will getting better by times. 


Aku tak pandai berenang okay! Tapi aku lulus swimming test. Kahkahkah don't ask me how, the hell I don't know! Haha. Paling penting kau tak boleh panik dalam air. Aku tak takut air and water confident aku tinggi jugak la. Bab konfiden ni meh bagi kat aku haha.

Swimming test kau kena berenang 200m guna fin, mask and snorkle. Then kena apungkan diri guna equipment yang sama selama 10min. Sounds easy bagi siapa yang tahu berenang. Macam aku, aku cuak jugak sebab sumpah aku tak tahu berenang. But I did it! Haha. Sampai instructor cakap 'Eh kau boleh je berenang'. Haha.

Dive course ni selain bermastautin bawah air, kena tengok 5 sesi videos yang hanat mengantuk. Satu video dalam 30min-60min. Last sekali kena ambil exam, 50 soalan kena dapat markah 75% baru lulus. Pffft.

Memula instructor kenalkan kau dengan equipments dan functions. Mask, fin, tank, Bouyancy Control Device (BCD), regulator, octopus, weight, bla bla bla. Paling seksa nak usung tank tu dekat 24kg weh dengan weight lagi, nak tercabut ribcage rasanya kendong benda tu. Terhoyong hayang aku bawak benda tu dari darat ke laut.

Then instructor ajar bahasa isyarat dalam air. Kalau ada masalah macam mana, kalau tak cukup oxygen nak bagitau macam mana, bla, bla, bla.

Total buat 4 diving, 2 shore dives, 2 boat dives dekat Pulau Tomok (12m depth) dengan Pulau Renggis (18m depth). If I'm not mistaken.

Setiap dives tu ada dalam 5-8 tasks kau kena fulfill. Susah woiiii! Bagi aku la. Haha. Sebab kena pandai kontrol pernafasan. Plus bernafas guna gas dalam tank tu and guna mulut je memang rasa suffocated, seriously. Dah la nak balance kan tank tu lagi. Yang penting, mind pun kena control sebab memula bernafas guna regulator tu rasa nak mati haha. Semua mind set je tu.

Tasks dia mencabar bagi aku. Kena hovering, kena buat fin pivot (berkedudukan 45 darjah dari paras pasir). Kena fulfill semua teknik kalau berlaku emergency apa nak buat. Air sharing, nak ascend dengan cepat macam mana, kena tahu bila kena buat safety stop. Kena belajar berenang tanpa mask, apa kena buat kalau regulator tak function. Belajar cara baca kompas. Ada task kena bukak BCD and tank underwater dan pakai balik. Belajar nak clearkan mask, back roll entry, macam-macam lah, tak ingat dah aku detailnya haha. 

Lagi satu lagi dalam masuk air, lagi sakit telinga kau sebab pressure. Serius sakit. Kekadang dah equalise pun still sakit. Seksa batin dan otak rasanya kalau dah equalise pun still sakit.

It was freaking hard at first but you'll enjoy it and it was worth it. Dive 4 & 5 dah start masuk lagi dalam memang Subhanallah cantiknya hidupan laut. 


Gambar tak banyak sebab instructor suruh fokus on tasks, video ada tapi aku malas nak upload kat sini haha. Tu pun camera assistant instructor yang manage. Next aku pergi nanti aku ambil gambar banyak-banyak, pwomise *silang jari*

And now I can proudly announce that I'm certified open water scuba diver :D

Please clap for me haha. Done? Again, again, I want to bow haha.

16 comments:

  1. tahniah nad, u have faced ur fear... well done (while clapping my hand) hahaha #bow ha dont forget :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thankyou2. *bow* *angkat sikit kain dress* hahaha

      Delete
  2. Congrats Nad!! Clap clap clap! Big thumbs up!! Me? Tak pandai berenang, boleh tahan panic dalam air so lupakan je lah water activity cenggini hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thankyou. tak pandai berenang pun boleh. panic dalam air tu boleh hilang kot, boleh praktis kat swimming pool dulu hehehe,

      Delete
  3. waahhhh, tahniah nadia! ur achievement unlocked! sangat membanggakan sebab tahu diving bukanlah perkara yang senang utk dicapai. IQ sendiri takut kalau berada dalam air. so...for me, its too impossible to archive like you

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thankyou IQ. takpe IQ, maybe ni bukan impian IQ. So lunaskan impian IQ yg lain, yg mungkin Nadia pulak yg tak mampu nak buat hehehe.

      Delete
  4. tahniah Nad! I honestly lebih rela sky diving, sebab takut sangat2 dengan hidupan dalam air. bila baca ni, ade teringin nak join. until tertengok trailer movie 47 metres down. hampeh. kirim salam niat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sky diving pun ada dalam my wishlist, one day InshaAllah. movie apa tu? best tak? hehe.

      Delete
  5. if you are into shark movie, then this is it.hahaha.

    ReplyDelete
  6. congratulations for:
    1. certified scuba diver 👏👏👏
    2. olympus tg tracker omgg 😱😱😱
    3. spin5 survive banjir 😰😰😰

    im so proud of you! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha thankyou. I know someday I'll make you proud and now is the day hahahha. :P

      Delete
  7. Seronok aku baca pengalaman kau.
    Aku ni, dah laa tak tahu berenang langsung, water confident pun ke laut sebab masa kecik aku pernah lemas jadi sekarang cepat panik bila dalam air.
    Maybe scuba diving takkan dapat aku rasa seumur hidup kot :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh no wonder la kalau pernah lemas. Takpe C, banyak lagi benda boleh buat dalam dunia *pat ur back hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance