Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 14 May 2017

Kampung Genting, Pulau Tioman

Hari tu aku pergi Pulau Tioman untuk ambil open water scuba diver course under PADI. Wohoooo at last I can crossed out one of my wish lists. Aku pergi 4 hari/3 malam.

Aku gerak dari Ipoh ke TBS by ETS. Dari TBS aku naik bas Transnational pukul 11.30malam ke Mersing. Sampai Mersing dalam pukul 5.30 pagi. Then lepas Subuh pergi jetty jalan kaki je sebab tak jauh pun plus pagi kan, cuaca sejuk lagi. 

Bayar habis duit penginapan, ferry pergi balik dan makan (pakej) kat kaunter then dapat tiket. Sebelum ambil boarding pass kena bayar fee Taman Laut. Aku stay dekat Kg Genting. Dalam sejam setengah jugak dari jetty Mersing ke Kg. Genting. 

Aku stay dekat Island Reef Resort, betul-betul straight dari jetty and kena mendaki tangga. Memula sampai pihak resort kata bilik penuh, pukul 2 petang baru boleh check in, time tu baru pukul 9.30pagi kot. Aku dah macam kecewa sikit sebab badan penat, rasa nak baring nak mandi plus aku start kelas teori diving pukul 2.00 petang. Aku nak lepak mana oi sampai pukul 2.00 petang. Then dorang bagi bilik sementara nak tunggu bilik deluxe kosong. So okay la. Dapat la baring-baring kejap, refreshment. Bilik deluxe tu puas hati sebab besar. Bilik air dia boleh letak 3 katil bujang. Berbaloi la dengan harga. 

Makan semua pihak resort sediakan kecuali lunch untuk hari first. So aku pergi makan dekat area jetty. Banyak kedai makan, jual burger, jual baju and souvenirs. 4 hari kat sana setiap kali makan ayam mesti dapat bahagian kepak! Apa ayam kat Tioman takde badan ke apa? Haha. Makan kat sana not bad, puas hati la. 

Lepas lunch terus pergi Bayu Dive Center. Jauh jugak dari resort aku stay tu, kena menapak dalam 600m. Ramai tanya kenapa tak stay kat Bayu Resort je? Sebab bila dah bayar deposit kat Reef Island baru decide nak ambil dive course haha. So terpaksa la menapak. Tapi sepanjang kelas, pihak Reef Island hantar lunch dekat center so takde la ulang alik sangat.

Ambil dive course memang pack gila jadual plus badan pun penat. Bayangkan sepanjang kat sana boleh kata hidup aku just dekat dive center, kat bilik and dalam laut. Konon nak sewa basikal round pantai pun tak sempat, nak pergi shopping tshirt pun tak sempat!

Hari last aku balik ferry pukul 7.00 pagi and kena standby pukul 6.00 pagi. Pffft. Tu je ada yang nak ke Mersing. Jadual ferry berubah-ubah ikut keadaan cuaca dan air. Then naik bas ke TBS dari Mersing pukul 10.00 pagi. Aku dah beli sebenarnya tiket pukul 12.30 tengah hari sebab memula kata ferry pukul 9.00 pagi, sekali waktu ferry tukar daaa. So sebab malas nak buang masa, maka aku buang duit haha. So conclusion nya, tiket balik dari Mersing elok lah beli hari balik time dah sampai Mersing.

Kg. Genting tak secantik Redang. Mungkin faktor cuaca jugak kot. Time kat sana ada satu malam tu hujan lebat yakmat. And ada hari-hari yang hujan time kelas. And betul-betul after kitorang naik boat after last diving, ribut melanda. Alhamdulillah dah selesai semua baru storm.


stormy day

Gambar tak banyak sebab takde masa nak ambil gambar. Ha gitu pack jadual. Bawak lens fish eyes je pulak, sebab tu semua gambar berkeadaan begitu hihi. By the way aku guna camera Olympus TG Tough Tracker, beli petang sebelum nak pergi tu haha. Sempatttt.

Serba sikit bab bajet:

1. ETS Ipoh-KL Sentral: RM35.00
2. Bas Transnational TBS-Mersing: RM33.00
3. Pakej Reef Island Resort 4h/3m (Bilik, ferry pergi balik, makan, without snorkeling trip): RM420.00
4. Open Water Scuba Dive Course: RM950.00
5. Tiket bas S&S Mersing-TBS: RM44.00
6. Fee Taman Laut: RM10.00

Total damage around RM1500 la. Tu pun memang aku langsung tak beli apa-apa souvenirs sebab memang tak berkesempatan. Dah penat dive, penat belajar, balik memang fikir tidur je haha.

Next entry nanti aku cerita pasal dive course tu.

6 comments:

  1. bestnyaa.. tingin gak, insyaallah mybe someday
    next time ajak2 kepak ayam la ye nad..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah hehe
      hahaha ajak2 kepak ayam eh? Okayyy! haha

      Delete
  2. fuuhhh, dah ada lesen diving lerr...perghhh...terbaik!

    IQ pernah pergi kg salang pulau tioman je. dah lama. 2010 dulu. sekarang rindu nak pergi pulau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe

      orang cakap kg salang lagi cantik dar kg genting. kg genting ada biawak besar buaya! haha pergi la, pulau is the best remedy hehe

      Delete
  3. bestnye, cepat2 update eh

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance